Pilihan Raya Kecil Orang Sibu Kena Ugut Oleh Naib Presiden Umno

Herman Samsudeen

“Orang Sibu akan rugi besar jika memilih calon DAP.Ini kerana kerajaan negeri ditabir oleh BN dan jika wakil pembangkang yang jadi Ahli Parlimen mereka akan berdepan dengan masalah peruntukan untuk pembangunan.”-Begitulah petikan ucapan Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno yang dipetik oleh Agenda Daily dalam Majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Kelab Melayu Sibu Rabu lepas.

Hal ini bukanlah kali pertama kita dengar. Modal pembangunan menjadi modal tunggal BN dalam mana-mana Pilihanraya. Rakyat diugut tidak akan dapat pembangunan jika BN kalah. Malah, sebelum ini Adun Engkili, Johnnical Rayong anak Ngipa, turut memberi amaran kepada penduduk agar tidak bangkit menentang BN.

“Kerajaan BN masih lagi berusaha untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang mencakupi peningkatan taraf hidup ekonomi dan sosial penduduk di kawasan luar bandar sehingga sekarang.

“Justeru tidak berbaloi sekiranya penduduk bangkit menentang BN selepas ini. Tindakan ini boleh merugikan diri mereka sendiri memandangkan BN boleh memberi pembangunan terhadap hidup mereka secara berperingkat,”-Begitulah cara Rayong layan rakyat Sarawak.

BN memang tidak boleh dipercayai. Jika benar mereka ikhlas membangunkan Sarawak sepatutnya negeri itu sudah setaraf dengan kehidupan masyarakat di Semenanjung. Kerana BN cukup lama berkuasa dinegeri itu.

Tapi saya yakin, pengundi khususnya kaum cina tidak akan mengendahkan ugutan dan amaran itu kerana mereka sudah lihat apa yang berlaku di Hulu Selangor.

Walaupun BN kalah di DUN Kuala Kubu Bharu semasa Pilihanraya kecil Hulu selangor bulan lepas, BN tetap berikan bantuan kepada sekolah Cina disitu. SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor mendapat RM 3 juta walaupun BN kalah disitu.

Ini membuktikan bahawa sama ada BN menang atau kalah, rakyat tetap akan dapat pembangunan. Malah jumlah peruntukan diterima dikawasan yang kalah lebih besar berbanding dikawasan yang BN menang. Ini boleh dilihat diseluruh negara. Malah di negeri-negeri yang BN kalan seperti Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, rakyat dinegeri itu dapat dua sumber peruntukan pembangunan. Pertama mereka dapat dari Kerajaan pakatan, kedua dapat peruntukan dari Jabatan Pembangunan Persekutuan dibawah Kerajaan BN.

Di Sibu, saya yakin masyarakat Cina yang kebanyakannya adalah peniaga dan bekerja sendiri tidak kisah kalau BN kalah. Mereka bukan kakitangan kerajaan. Mereka bebas untuk menentukan pemikiran mereka.

Saya yakin Pakatan boleh menang di Sibu.

http://syukran.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan