Cerita temberang filem “Bukit Kepong..”

Penjual Ubat
Cerita temberang ini terus dipanjangkan lagi oleh pemerintah hari ini dan terus di propagandakan dengan filem Jins Samsudin “Bukit Kepong”..Baca cerita sepenuhnya disini..

Tulisan Wasiat Pejuang mengenai cerita seorang Melayu yang sebenarnya mengetuai serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong didalam tahun 1950 mengingatkan kembali kunjungan saya ke Bukit Kepong suatu ketika dahulu.

Pengambaraan filem arahan Jins Samsudin tersebut sedang dilakukan ketika itu. Saya sempat bertanya kepada seorang orang tua penduduk disitu mengenai sejarah serangan tersebut.Orang tua tersebut juga menyalahkan pihak Komunis kerana menyerang Balai Polis itu tetapi yang menariknya beliau juga turut menceritakan Balai Polis itu diserang ketika anggota-anggota polis yang bertugas disitu sedang ayik bermain judi.Saya kemudiannya menghantar email kepada Saudara Mat Amin (http://matamin02.blogspot.com) yang juga merupakan seorang bekas perajurit Rejimen Ke 10 bagi mendapatkan komen beliau mengenai kisah sebenar Peristiwa Bukit Kepong itu.Berikut adalah jawapan yang saya terima dari balasan email beliau..

alaikumussalam,

semoga saudara di sana sihat wal afiat.

Cerita konkrit Pertempuran Bukit kepung pernah dibukukan oleh pihak Rejimen Ke-10. Akan tetapi sekarang pun tercari2 di mana tersoroknya dia.

Memanglah filem bukit kepung itu lebih banyak propaganda daripada sejarah sebenarnya.

2. Mat Indera benar-benar ikut memimpin 1 platun perajurit Melayu Johor dalam serangan itu. Mereka bergabung dengan pasukan Cina yang bergerak di Johor (tak ingat Rejimen berapa).

3. Pasukan TPNM benar2 membakar balai polis itu setelah menguasainya. (Mereka merasa semua polis sudah mati)

4. Pasukan TPNM mengeluarkan seruan2 supaya polis menyerah diri, tetapi mereka enggan.

5. Selepas pertempuran itu Mat Indera mengadakan rapat umum yang dihadiri ramai massa.

Tujuan pihak TPNM ketika itu ialah selain dari menekan kecongkakan polis2 penjajah juga untuk membangkitkan semangat perjuangan dan sokongan massa. Pertempuran2 begini akan memberikan pengaruh yang besar kepada massa revolusioner dan keyakinan mereka kepada perjuangan.

Abdullah C.D. ada sedikit menceritakan pertempuran tersebut dalam Memoirnya. (Memoir Abdullah C.D. bahagian 2 Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10 ms 116-117

Saya pernah berbual dengan Jomo (yang kini berkhidmat di PBB) berkenaan filem Bukit Kepung. Jomo adalah antara hakim yang menolak filem itu. (kalau tak salah ingatan pertandingan festival filem….)

Alasan Jomo ialah filem itu bukan bersifat sejarah, tetapi bersifat propaganda. Selepas itu Jomo dicop sebagai komunis.

salam

Mat Amin – bekas perajurit Rejimen Ke-10
http://matamin02.blogspot.com

http://penjualubat.wordpress.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan