Kemasukan 40 Ulama Bukan Atas Kerelaan Mereka?

Mohd Sayuti Omar

ARAHAN Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein supaya polis merahsiakan maklumat mengenai Jemaah Ismaliah (JI) (sepatutnya juga rahsia jenayah-jenayah lain) menyebabkan timbul berbagai tafsiran. Kenapa arahan itu semena-mena dibuat sekarang, tepatnya dalam suasana hari ini sesudahnya berlakunya manipulasi kegiatan JI di kampus!

Sudah pasti arahan segera itu ada sangkut paut dengan desas desus sebelum ini mengenai kononnya ada kegiatan JI di negara ini seperti mana dijelaskan oleh Ketua Polis Negara.

Tidak dinafikan ada berlaku kebocoran mengenai rahsia keselamatan negara. Betapa pun rahsia ini dikunci dan dikawal ia akan bocor juga. Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai sistem pertahanan yang canggih dan ampuh juga tidak dapat elak dari mengalami kebocoran.

Selagi ada manusia tidak jujur, ataupun tidak senang dengan sesuatu tindakan kerajaan rahsia itu akan bocor atau dibocorkan. Bagi mereka kebocoran itu sebahagian daripada sumbangan mereka untuk menentang kemungkaran. Apakah pihak kerajaan atau mana-mana pihak dapat memastikan orang terlibat menyimpan rahsia itu orang setia dan patuh kepada mereka secara pandir?

Mengenai pembocoran rahsia keselamatan seperti mana dibimbangi Hishmuddin itu siapakah yang membocorkannya. Kalau berhubung taklimat mengenai kegiatan JI yang melibatkan pensyarah universiti ianya dihadiri oleh siapa. Polis tentu mengetahui siapa yang hadir dalam taklimat berkenaan.

Ia terdiri dari pegawai polis peringkat atasan sendiri dan juga pegawai pendidikan dan ahli majlis keselamatan negara lain. Repoter atau bloger tidak diundang dan tidak tahu pun di mana taklimat itu diadakan. Cuma setelah menteri memberi tahu para cencelor dipanggil baru repoter mengetahuinya dan berminat untuk mennyiasatnya.

Kalau rahsia itu bocor tentulah mereka yang hadir itu mendedahkannya. Orang lain tidak mungkin. Pulak, kenapa Hishmuddin susah-susah arahkan polis supaya menutup rahsia itu. Apakah ianya ada kena mengenakan dengan spekulasi mengatakan pihak polis telah menggunakan ugutan ke atas mereka yang terlibat dengan JI dengan memberi kata dua kepada mereka?

Apakah ada kebenaran spekulasi pihak media sebelum ini bahawa sekumpulan ulama yang akan menyertai Umno itu (telah pun serah borang) disebabkan mereka diugut kononnya mereka pengganas. Dan kerana mereka takut maka mereka bersetuju menyertai Umno untuk mencari perlindungan daripada dikenakan tindakan tangkap dan ditahan di bawah ISA?

Begitukah? Dan Umno pula cukup senang dengan persetujuan itu kerana boleh dijadikan modal yang Umno kini mendapat sokongan ulama. Najib Razak pun telah bermadah di Pekan semalam mengatakan Umno diterima ulama kerana ia sebuah parti Islam.

Kerana tekanan dan ugutan itu mereka pula terpaksa akur untuk melepaskan diri. Khabarnya rata-rata mereka adalah berfahaman wahabi yang dianggap sebagai mempunyai pemikiran ekstrim agama.

Dalam kumpulan 40 itu salah seorangnya adalah menantu MB Perlis, Shahidan Kassim.

Saya tidak mahu membuat tuduhan melulu di dalam hal ini dan kita semua dapat menganalisa dengan perkembangan yang berlaku dan juga dari kenyataan-kenyataan pemimpin Umno. Ia juga boleh disuluh dengan cara kemasukan 40 ulama itu ke dalam Umno, secara berkumpulan yang dinamakan ulama.

Cara mereka menyertai Umno itu pun sudah menghairankan dan menyebabkan kita akan tertanya-tanya kenapa tiba-tiba mereka sepakat menyertai Umno. Kalau tidak ada mengadakan masakan mereka berbuat demikian. Berpandukan kepada spekulasi sebelum ini dan dipadankan dengan maklumat yang saya terima jelas kemasukan mereka itu bukan atas kerelaan mereka. Dalam kata lain bukan keputusan dari hati mereka untuk berjuang dalam Umno melainkan kerana terpaksa oleh hal-hal disebut di atas tadi.

Khabarnya dalam majlis taklimat oleh pihak berkuasa kerajaan kepada satu agensi, latar belakang mereka ini sudah pun diceritakan. Mereka dikatakan terlibat dengan kegiatan berunsur kekerasan. Bahkan katanya gambar tiap orang mereka juga sudah dirakam bersama dengan orang yang terlibat dengan JI. Bukti inilah menyebabkan kesemua 40 ulama itu dikatakan menggeletar?

Bukti inilah dijadikan oleh pihak kerajaan (BN) untuk memerangkap mereka. Mereka semua dipanggil dan diberi kata dua samada memilih jalan kiri yang mereka pilih sekarang atau ke jalan 'kanan yang kiri' dengan menyertai Umno.

Jadi kerana ingin selamat mereka terpaksa memilih jalan kanan yang kiri itu dengan menyertai Umno. Sebab itu cara mereka menyertai Umno seolah mereka terpaksa. Lagaknya tak ubah seperti kumpulan Al Arqam yang ditangkap kemudian dipaksa membuat pengakuan di tv. Sebenarnya kerja-kerja seperti ini sudah lama berlaku di dalam Umno dan inilah tektik semulajadi Umno untuk mempertahankan kuasanya.

Tahun 1969 dulu mereka telah menangkap para ualama Pas dan mereka-reka tuduhan ke atas mereka. Ada yang dikaitkan dengan skandal sex dan sebagainya. Begitu juga dengan wakil rakyat Pas ditangkap dan ditahan. Akhirnya mereka diminta membuat pengakuan memburukkan Pas. Yang tidak tahan terkulai layu ditangan Umno dan setengah yang lain memilih jalan menegakkan kebenaran meskipun terpaksa dibuang daerah dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tidak mustahil strategi yang diguna pakai Tun Razak Hussein itu akan dipraktikan pula oleh anaknya Najib Razak.

Bertolak dari sejarah itu saya seidkit pun tidak hairan kalau sekumpulan ulama berkenaan juga mengalami nasib dan keadaan demikian. Bezanya mereka disabitkan dengan kegiatan (fahaman wahabi) mereka itu dan mana ditafsirkan terarah akan melakukan sejarah.

Kesimpulannya kemasukan sekumpulan ulama ke dalam Umno itu tidak akan memberi kesan besar untuk Umno kerana ia bukan atas kerelaan tetapi atas paksaan kerana sebab-sebab lain. Jadi Umno tidak boleh bergembira sangat dengan penyertaan mereka itu. Mungkin jasad mereka boleh dibakar tetapi pegangan dan fahaman mereka (jihad) tidak boleh diapa-apakan. Kerana itu saya kira Dr Asri Zainul Abidin masih memikirkan sama ingin menyerah diri kerana ugutan itu ataupun mempertahankan prinsipnya dengan apa yang diyakini itu. [wm.kl. 9:00 am 27/06/10]

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan