'Upacara Kata Kesat & Mencarut'Tiada water cannon tiada gas pemedih mata
KUALA LUMPUR 28 SEPT: Luar perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Jalan Maharajala di sini, malam ini, kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang termasuk ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang membantah pelancaran album Namawee yang didakwa berunsur perkauman.
Mereka dilihat tiba ke perkarangan dewan kira-kira jam 8.45 malam dengan beberapa mereka membawa sepanduk Perkasa dan gambar Namawee yang dibakar, sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.
Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak jam 8 malam.
Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tetapi dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu.
Mereka kemudian meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan.
Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat negara kerana menghasilkan klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.
"Kami desak, minta dia (Namawee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.
"Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur," katanya.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan