Hantu, Jin sebabkan kemalangan di lebuhraya ?

rozmal


ustaz yang saya temui sering berkata, kalau bawa kereta di lebuhraya ada kereta lama atau kereta buruk memotong kita di lebuhraya, biarkan. Jangan potong kereta tadi. Percaya kepada Qada dan Qadar adalah sebahagian daripada Rukun Iman. 

Mengenai Kemalangan Maut di Rembau pada 10.10.10 , nampaknya rakyat menanti jawapan JPJ, LPKP, PUSPAKOM, PDRM, Menteri Pengangkutan dan lain-lain. Kenapa rakyat khususnya umat Islam tidak bertanyakan pandangan alim ulama dan para mufti dalam isu ini ? 
Kisah jin dan hantu berkaitan kemalangan di lebuhraya di http://waghih.blogspot.com/ 

***************
Isnin Oktober 11, 2010
Penumpang: BAS CUBA POTONG KENDERAAN TAPI GAGAL
SEREMBAN: Seorang penumpang bas ekspres Delima yang terselamat dalam kemalangan maut yang mengorbankan 12 nyawa petang semalam, mendakwa dia melihat pemandu bas cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi gagal dan bas itu mula terhoyong-hayang menyebabkan ia melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

OBJEK HITAM MENERPA SAYA’
MELAKA 11 Okt. 2010 – Seorang pemandu bas memaklumkan dia ternampak satu objek hitam seperti menerpa di hadapannya sebelum merempuh bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedang dipandunya.
Umar Yusop, 31, bagaimanapun terselamat dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa 12 orang itu berkata, selepas itu dia tidak sedar apa-apa lagi sehingga dimaklumkan bahawa objek itu adalah bas Ekspres Delima yang terbabas dan melambung dari laluan bertentangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan