Kenapa tidak dicari Azizan Abu Bakar?

 ning
Assalamualaikum,
Rahimi Osman mungkin merupakan peluru terbaru untuk menembak DSAI.Dakwanya, SD yang dibuatnya kerana dipaksa oleh DSAI, hebat sungguh DSAI sehingga boleh memaksa Rahimi. Dengan apa paksaan itu? pistol? parang? atau saluran buangan Saiful? Entahlah, cuma kata Rahimi Beliau akan dedahkan semuanya nanti. Apa yang nak didedahkan sama samalah kita tunggu. Setakat ini keterangan yang sudah keluar dan menarik minat  ialah kehadiran DNA orang ketiga yang tidak dikenali.

Mungkin Rahimi akan mendedahkan siapa orang ketiga ini kerana Saiful tidak nampak ketika dia dirogol. Boleh pakai ker andaian ini? sebab semuanya cakap cakap kedai kopi yang tidak ilmiah dan komprehensif, yang tidak memutarkan belitkan kenyataan seseorang semata mata mahu menunjukkan DSAI memang meliwat Saiful tetapi hanya persoalan untuk mencari KEBENARAN kedai kopi.

Tetapi ada sesuatu yang tertinggal, ia itu Azizan Abu Bakar yang menjadi mangsa liwat pertama DSAI. Azizan juga ada SD yang mendakwa dia diliwat dan Azizan juga ada kes khalwat yang menyebabkan dia dipenjara semasa perbicaraan kes liwat 1 dulu. 

Selepas kes itu selesai dan DSAI melaungkan amaran kepada Mahadir dan UMNO, see you in fifteen years time or maybe earlier, Azizan ditemui oleh TV ABC Australia menjadi pengarah sebuah syarikat. Ini yang menarik kerana diambang perbicaraan kes liwat 2,  berita tentang syarikat Azizan mungkin boleh membantu mencari KEBENARAN kedai kopi.

Kata kata Dato Mat Zain bin Ibrahim dalam surat terbukanya kepada  Datin  Kalsom Taib mengenai SD Rahimi patut diambil kira dalam perjalanan jauh mencari KEBENARAN kedai kopi ini. Dato Mat Zain menyamakan SD Rahimi dengan SD Bala dalam kes pembunuhan Altantuya dan dengan tegas menyebut penggunaan bukti palsu dalam perbicaraan kes sodomy II. Dato Mat Zain telah menunjukkan beliau seorang bekas pegawai polis yang berintergriti sehingga tidak langsung mengutuk DSAI kerana mengaitkan nama beliau dalam pemalsuan bukti yang melibatkan Ghani Patail dan Musa Hassan. Seorang yang dikaitkan sedemikian rupa masih boleh menerima dan memberi penjelasan jadi timbul persoalan kenapa orang yang tidak ada kena mengena dengan kes sodomy II begitu bersungguh sungguh memutar kenyataan seseorang semata mata mahu memburukkan imej DSAI? 

Rasanya sudah sampai masanya untuk ABC dan team pembela mencari Azizan serta mendedahkan kehidupan peribadi semasanya untuk tatapan umum. Namun siapa tahu mungkin Azizan menjadi "suprise object"yang hanya akan didedahkan apabila sampai waktunya.
-tko-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan