Himpunan Berita Dan Ulasan Isu Dari Pelbagai Sumber
Pingat Emas Ke-11 Negara
NEW DELHI, 14 OKT: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan dengan memenangi pingat emas untuk Malaysia bagi acara badminton perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel di sini hari ini.
Dalam acara akhir di Kompleks Sukan Sri Fort, juara All-England itu dengan mudah mengetepikan cabaran Rajiv Ouseph dari England 21-10, 21-8 untuk menyumbang emas ke-11 bagi Malaysia pada temasya sukan itu kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan