Bila Tok Guru Nak Lawat Najib

Mohd Sayuti Omar
SEMASA menghadiri majlis kenduri seorang jiran petang semalam, di sebuah meja VIP beberapa orang bercakap mengenai kesihatan perdana menteri, Najib Razak. Macam-macam spekulasi kedengaran berhubung kesihatan perdana menteri itu. Ada yang mengatakan sudah sihat (berpandukan kepada kenyataan Menteri Kesihatan dan Ketu Pengarah Kesihatan) ada yang kata sebaliknya.
"Kenapa dua orang buat kenyataan berhubung dengan kesihatan Najib itu, pelik!" kata salah seorang dari mereka cuba mempertikaikannya. Tukasnya lagi, "mesti ada masalah." Mendengar kata-kata itu menyebabkan saya menahan telinga, bang dengar....

"Untuk menyakinkan rakyat, kena buat penjelasan...," balas yang lain seolah-olah memberi kefahaman kepada yang mempertikaikan keadaan itu.

"Sepatut seorang saja, cukup Ismail Marican - Ketua Pengarah Kesihatan," tekannya masih meragui kenapa kenyataan itu bertindih.

"Ataupun cukup 'TPM' sahaja yang buat kenyataan, kan 'TPM' lebih rapat denganya..." kata yang seorang lagi. Nadanya jelas sinis. Saya cepat menangkap maksud 'TPM' itu, ianya bukan Muhyiddin Yassin tetapi Rosmah Mansor. Iya, bukankah cukup dengan kenyataan Rosmah saja, kan dia Wanita Pertama. Kenyataan wanita pertama orang akan dengar dan sangat berautoriti.

Banyak yang orang di meja VIP itu bercakap, mengulas dan membuat spekulasi mengenai perdana menteri itu. Ada yang membuat tafisran lain bila mana Menteri Kesihatan menjelaskan PM menghadapi masalah (usus) ulser dan gastritis ringan. Dalam perbualan itu juga ada yang menaruh kebimbangan entah-entah PM menghadapi simptom penyakit yang dialami oleh arwah ayahnya, Tun Razak Hussein. Kata orang itu penyakit dihidapi Tun Razak boleh berjangkit kepada keturunannya. Didoa dijauhkan Allah s.w.t.

Saya tidak mahu mendengar pertuturan itu. Gerun. Dalam hati mendoakan biarkan perdana menteri sihat dan selamat dan dapat berkerja seperti biasa. Rakyat sangat memerlukan keprihatinanya kedahuluan beliau menangani masalah.

Di sepanjang pulang isi percakapan itu terngian-ngian di telinga saya. Walaupun cuba dibuang dari telinga tetapi ia datang menganggu. Apakah kesihatan Najib membimbangkan dan doktor ataupun menteri kesihatan dan pengarah kesihatan tidak mahu menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku? Benar dan molek juga saranan Husam Musa agar kerajaan berterus terang mengenai penyakit perdana menteri itu.

Dalam teringatkan Najib sakit itu, teringatlah juga kepada poster gergasi yang di pasang di Gua Musang yang menunjukkan Najib sedang menziarahi Tok Guru Nik Aziz sakit di hospital. Najib menekankan kedua belah tangannya di birai katil wad sambil bertanya sesuatu kepada Nik Aziz. Gambar itu dijadikan modal besar kepada BN dalam pilihan raya. Di mana ada pilihan raya maka gambar itulah yang akan dipamerkan.

Terfikir juga di dalam kepala saya apakah Tok Guru tidak terliur untuk pergi menjenguk Najib di hospital? Bukan untuk diambil gambar kemudian dijadikan poster, tetapi kunjungan ikhlas sebagai jiran sebangsa dan seagama. Kunjungan seorang jiran kepada jirannya boleh melegakan orang sakit. Kalau Nik Aziz boleh terbang ke Singapura untuk menziarahi Lee Kuan Yew, apa salahnya beliau juga terbang sekejap untuk jenguk Najib.

Bukan itu saja kunjungan Nik Aziz ke atas Najib juga sebagai membalas basen - balas budi. Kalau masa beliau sakit Najib ziarah maka bila Najib sakit beliau pula yang ziarahi. Saya pasti dan percaya kalaupun Nik Aziz belum jumpa Najib, tetapi sebagai tok guru dia mendoakan kesejahtraan Najib.

Saya tidak tahu mungkin Tok Guru ada niat untuk berbuat begitu. Pasti dia sudah menghubungi pejabat Najb. Barang kali ada yang tidak memberi respon. Al maklumlah orang besr ini susah untuk diziarahi. Banyak pengawal yang mengawalnya takut ada pengkhianat yang masuk mahu membuat kacau. Ada seorang ahli politik sakit di kawal macam banduan yang dibawa ke hospital. Sesiapa tidak dibenarkan masuk kecuali setelah diskan demikian rupa. Katanya keluarga terdekat pun susah nak masuk kerana dikawal rapi.

Akibat terlalu ketat kawalan menyebabkan kawan-kawan ahli politik itu tawar hati untuk lawat dan pulang begitu saja. Yang kawal katanya bukan pengawal, polis, askar, rela atau mata-mata cerah (gelap) tetapi si ieteri ahli politik berkenaan. Pelik... setengah orang mahukan ramai orang melawat orang sakit, kerana lawatan itu ubat tetapi isteri ahli politik ini tidak mahu suaminya dilawati. Apakah Rosmah juga mempunyai perangai seperti isteri ahli politik itu? Kalau sudah jahil begitulah...

Adalah diharap selepas membaca posting ini Tok Guru akan terilham untuk menziarahi Najib. Kalau tidak nak ziarah kerana Najib sebagai orang Umno ziarahilah atas kapastiti Najib sebagai perdana menteri dan muslim. Diharap juga kalau Tok Guru cadang untuk ziarah Najib maka pintu kamar hospital hendaklah dibuka.

Sekali lagi dingatkan jangan ambil gambar bimbang takut dieksploit dalam pilihan raya. Sangat buruk kalau soal sakit demam pun dijadikan bahan kempen. Rendah sangat mutu politik kita. Tetapi saya yakin dan percaya orang Pas tidak tergamak berbuat demikian dan rasa ralatnya juga untuk memanggil sembahyang hajat untuk mendoakan Najib lekas sembuh . [wm.kl. 8:44 am 06/11/10]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan