Garis panduan pembinaan rumah ibadat digubal


Kerajaan dalam proses mengubal garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat di kawasan perumahan yang baru.
NONETimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim (pertama dari kiri) dalam maklumannya kepada Dewan Rakyat, berkata garis panduan itu kemudiannya akan dikuatkuasakan oleh Kementerian Perumahaan dan Kerajaan Tempatan.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga menganggotai jawatankuasa yang menyediakan garis panduan itu,” katanya sambil menambah peraturan baru itu akan dimaklumkan kepada orang ramai setelah dimuktamadkan.

Mashitah menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) semasa sesi soalan pagi ini.
religious toleranceSirat merujuk kaji selidik Jakim yang dijalankan daripada 2007-2009 yang mendapati 91 peratus daripada orang ramai menghormati sensitiviti kepercayaan keagamaan.

Namun, dakwanya realiti menunjukkan keadaan sebaliknya dan ingin tahu jika ada kriteria tertentu berhubung pembinaan rumah ibadat di kawasan perumahaan yang baru.

Setahun lalu sekumpulan penduduk Islam berang dengan tindakan kerajaan Selangor yang memindahkan sebuah kuil di tamah perumahaan mereka di Shah Alam.

NONEMereka membantah tindakan itu dengan berhimpun dan mengheret kepala seekor lembu.

Keadaan itu menimbulkan ketegangan agama seketika di negara ini. Namun semua penunjuk perasaan itu dibebaskan dengan denda RM1,000 setiap seorang dari Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengakui terbabit dengan perhimpunan haram.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan