SHAH ALAM 30 NOV : Agenda 'Meneruskan Cita-Cita Rakyat' merupakan resolusi hasil dari Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat 2010 semalam.
Antara hasrat utama Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan adalah bagi meneruskan praktis pentadbiran terbuka, telus dan berhemah bagi kebaikan rakyat.
Resolusi yang dibaca Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim antara lain menggabungkan perkongsian pengalaman semua peserta bagi memaksimakan kerjasama memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.
"Menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti. Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani dan memastikan sumber kekayaan negeri diurus secara berhemah, lestari dan mengutamakan kestabilan berterusan,"katanya.
Persidangan sehari ini dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco-exco Kerajaan negeri dan wakil-wakil anak syarikat kerajaan negeri.
Pakatan Rakyat berjaya memenangi 5 buah negeri dalam Pilihan Raya Umum 2008 tetapi Kerajaan Negeri Perak dirampas secara tidak bermoral oleh Barisan Nasional tahun lalu.
Mengetahui penindasan kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Negeri, Resolusi ini turut menyatakan perjanjian persepakatan dengan pembentukan sebuah pakatan ekonomi antara negeri Pakatan Rakyat bagi memastikan pembangunan dapat diteruskan dan bantuan dapat disalurkan sesama negeri ini.
Malah, sebuah dana kelab dengan permulaan RM10 juta turut diwujudkan bagi membolehkan pelaburan berlaku dalam projek ekonomi.
"Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara ini, negeri Selangor menyediakan dana pemula sebanyak RM10 juta untuk menubuhkan satu dana dalam bentuk 'club deal' untuk diambil dari pelabur luar negara dan dengan itu dapat membantu negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain," ujarnya.
Selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat juga komited memberikan hak kepada rakyat dari segi pemilikan tanah dengan mempercepatkan proses pemilikan tanah, meningkatkan kecekapan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) serta keutamaan kepada projek perumahan rakyat.
Selain itu, Khalid juga mengumumkan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan mengusahakan pilihanraya Kerajaan Tempatan yang telah lama hilang dalam sistem pentadbiran Malaysia.
Walau mengakui kekangan kuasa kerajaan Negeri, Khalid mengumumkan keyakinan antara pemimpin Pakatan Rakyat bagi memastikan kerjasama ini dapat memanfaatkan semua pihak.
Malah, siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai Negeri Pakatan Rakyat akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen dan meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat demi memenuhi keperluan keinginan dan harapan rakyat.
"Namun demikian, dengan memiliki kepimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat," jelasnya.

-tvsnews-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan