Pada 12 Januari 2010 saya telah membuat komen setelah DS Anwar Ibrahim memberikan ucapan tahniah di atas perlantikan Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiausaha PKR mengantikan Dato' Saleh.
Saya sekadar mengulas soal-soal keahlian parti di antara parti-parti Pakatan Rakyat. Bukan apa tidak mahu celaru dan saya juga mengulas kedudukan YB Zul Noordin. Anda boleh baca tulisan saya "Saifuddin Nasution, mana satu nak guna pakai ni!"
Seperti yang disebut sebelum ini, tak berapa kerat lagi tinggal penulis politik yang tajam dan kritis. Saya memang mengikut penulisan mereka, terutamanya Mohd Sayuti Omar.
Terbaru Sayuti Omar ada menulis dalam blognya.
Selain Mustapa Kami yang berucap memberi semangat pengukuhan, Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung berjaya menghidupkan suasana kongres. Cara pengolahan pidatonya, kupasan, kritikan dan menjawab kritikan cukup bernas dan bijaksana. Pada saya Saifuddin bagaikan sebuah pedang tajam yang menikam kita tanpa disedari.
Tidak terlampau kalau dikatakan Saifuddin Nasution adalah setiausaha agung yang dilahirkan PKR secara berkebetulan yang tidak ada tolak bandingnya. Untuk 10 tahun akan datang PKR tidak akan memperolehi seorang setiasusaha yang bukan saja rajin tetapi sarat dengan ilmu siasah seperti beliau.
Kali ini pilihan Anwar untuk menjadi nadi kepada parti berkenaan tidak salah. Pemilihan Saifuddin itu mengganti bekas setiausaha yang busuk tepat dan mungkin kerana ianya dibuat menerusi sembahayang istikarah. (Baca di sini)
Saifuddin Nasution (UPM) adalah antara pimpinan pelajar yang lantang dan berwibawa. Pada zamannya beberapa siri demostrasi pelajar bangkit semula. Dia antara yang berjaya menonjol berbanding dengan Zulkifli (UM), Idris Ahmad (UKM) dan Ahmad Lutfi (UTM).
Akibat daripada beberapa kepincangan dalam perniagaan, dia bertemu dan meminta bantuan daripada Anwar Ibrahim akhirnya ditawarkan untuk bersama dengan Anwar dan UMNO sehingga namanya melonjak sebagai Setiusaha Pemuda UMNO Malaysia.
Dia meninggalkan peluangnya bersama UMNO demi perjuangan reformasi membela Anwar Ibrahim.
PKR mengalami nasib yang tidak menentu dalam politik semasa, Saifuddin Nasution dengan nasihat dan perbincangan beberapa orang kuat PAS di Kedah telah mendaftar diri menjadi ahli PAS di Pokok Sena pada awal 2007. Dia kemudian bergiat aktif dengan PAS walaupun tidak menyatakan status kedudukannya dalam PKR.
Saifuddin Nasution sekadar menjawab dari segi teknikal beliau masih lagi ahli PKR bila dibangkit soal 'kesepian'nya dalam PKR suatu masa dulu. “Tetapi saya sudah lama tidak bayar yuran keahlian parti dan tidak peduli pun samaada saya ahli PKR atau tidak,”
Saya tidak menolak pendapat Sayuti bahawa Saifuddin Nasution adalah Setiausaha yang berjaya dan berwibawa, tiada penganti tetapi dia bukannya orang yang menginggit sehingga mati seperti kerengga mengginggit musuh bila menggugat kedudukan 'rumah'nya.
BatuApi @ FireStone
Shadow of Death
Tiada ulasan:
Catat Ulasan