Kawan sekolah akui sembunyikan baju berdarah

Seorang saksi kes pembunuhan remaja Aminulrasyid Amzah berkata dia membantu menyembunyikan baju yang digunakan oleh saksi utama, Azamuddin Omar.

Mohd Zubir Salleh, yang bersekolah sama dengan Azamuddin berkata rakannya itu memohon bantuan bagi 'menyimpan' bajunya yang digunakan pada malam Aminulrasyid ditembak mati.
NONEMohd Zubir berkata dia berjumpa dengan Azamuddin (kiri) di luar sekolah sekitar jam 7.20 pagi pada 26 Apr lalu dan mendapati kawannya itu mempunyai masalah.

"Saya sapanya dan kami mula berbual. Dia suruh saya kumpulkan rakan-rakan dan kita berjumpa di tandas,” katanya kepada mahkamah sesyen Shah Alam hari ini.

"Kita berjumpa di tandas selepas perhimpunan sekolah dan dia beritahu kami bahawa Aminulrasyid sudah mati.

"Ia berlaku dengan cepat, saya tidak fikir melebihi 10 minit dan ramai yang menaggis,” katanya semasa disoal-balas oleh timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Mohd Zubir berkata ketika di tandas sekolah, Azamuddin kemudiannya member beg plastik pakaian yang digunakan pada malam kejadian untuk disimpan dengan selamat.
NONEMohd Zubir berkata dia menyimpan baju itu di belakang sekeping zin di sebuah lorong kira-kira 20 meter dari rumahnya di Seksyen 11, Shah Alam kerana bimbang ibunya akan menjumpainya jika dibawa pulang.

Sebelum itu, ketika diosoal-balas oleh peguambela M Athimulan, remaja 15 tahun itu berkata dia tidak tahu pakaian itu berlumuran darah kerana dia tidak pernah membuka beg plastik itu.

Dia bagaimanapun bekerjasama dengan polis forensik yang datang ke rumahnya sekitar jam 1 pagi pada 27 April dan menunjukkan tempat dia menyorok baju Azamuddin.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan