Minyak naik lagi: RON97 Naik 15 Sen

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Kerajaan BN akan menaikkan harga minyak petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai 1 Disember ini
Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga minyak petrol berkenaan akan dibuat esuk. Bagaimanapun harga minyak petrol RON95 kekal padda tahap RM1.85 seliter.

Kerajaan BN awal tahun ini memulakan langkah memotong subsidi berdasarkan aras tanda harga minyak RON95.

Langkah tersebut adalah antara beberapa 'pembahruan' yang disyorkan oleh penasihat kerajaan kononnya dalam usaha mereka  mengurangkan beban subsidi keada lima barangan keperrluan asas yang ditanggung dan merencatkan rancangan pembahruan ekonomi negara ini.

Bagaimanapun tidak semua syor yang diunjurkan dilaksanakan oleh kerajaan kerana bimbang langkah itu bakal menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan BN khususnya Umno.

Minyak petrol RON97 yang mempunyai tahap octane yang lebih tinggi berbanding RON95 tidak disubsidi oleh kerajaan.
-tvsnews-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan