Ibu terkedu 2 anak gadis berumur 13 dan 15 tidur berpeluk dengan kekasih

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.
-hmetro-

"Jangan nak jadi gangster"(Muhyidin Yassin) - TGNA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata resolusi 100 hari yang dikemukakan pembangkang pada konvensyen mereka lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

"Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara...tunggulah dulu...jangan nak jadi gangster," katanya kepada pemberita selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan (PUTIK) di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Sehubungan itu, menteri besar Kelantan itu meminta kerajaan BN menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu.

Resolusi itu mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya

bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Nik Abdul Aziz berkata apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka.

Beliau juga berkata PAS akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan di dalam Islam.

Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.

"Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja," katanya.

Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina di dalam masyarakat.
-Bernama-

Sebut betul betul wahai Dr.Fadilah Kamsah!

ning
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,.
Inilah susulan orang pandai bercakap membetulkan kenyataan awalnya.Dr.Fadilah Kamsah memang sudah boleh disahkan sebagai seorang yang pragmatik yang sentiasa berdalih untuk dirinya, tipikal kepada orang yang perasan dirinya terlalu pandai tetapi sebenarnya memiliki kemampuan akal yang terhad seperti pernah dinukilkan oleh Al Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, "Lebih baik jadi seorang yang jahil daripada menjadi orang yang bodoh yang mengaku ulamak

Kurang cerdiknya Dr.Fadilah Kamsah bilamana dia menudiing jari kepada masyarakat sebagai pihak yang patut mengambil tanggungjawab membantu GRO sambil melupakan bahawa masyarakat yang ditudingnya sudahpun melantik KERAJAAN, MEMBAYAR CUKAI KEPADA KERAJAAN dengan harapan agar KERAJAAN mengambil apa jua tugas dan tanggungjawab masyarakat terutama dalam membantu orang orang yang susah dan terdesak.Inilah kelemahan yang tidak disedari oleh Dr.Fadilah Kamsah kerana tergolong dalam katogeri orang orang yang dikatakan oleh Al Imam Al-Ghazali. 

Dr.Fadilah kamsah bukan jenis manusia yang mengakui kesilapanya sebaliknya merupakan manusia yang gemar menyembunyikan kesalahannya dengan hujah yang dangkal.Hujah masyarakat secara umum melondehkan kebobrokan dan kedegilan Dr.Fadilah Kamsah kerana sepatutnya dia menyebut kerajaan bukan masyarakat.

Dr.Fadilah Kamsah juga tidak menyentuh sedikit pun keizinan dharurat yang dilapurkan dikatakannya dalam kenyataan awalnya walaupun menyebut kerja GRO itu haram dan tidak baik.Begitu juga Dr.Fadilah Kamsah juga tidak sedikitpun mengaitkan peranaan kerajaan yang sepatutnya menjadi wakil masyarkat dalam membendung kerja kerja haram ini.

Dr. Fadilah Kamsah hanyalah berlagak sebagai ulamak tetapi langsung tidak ada elemen ilmu dalam hujahnya, yang ada hanyalah hujah untuk mempertahankan dirinya sahaja tanpa mahu mengambil kira samada ianya benar atau bathil.

Dr.Fadilah Kamsah jelas tidak tegas kerana sikap pragmatiknya, kalau dia seorang yang tegas dengan kebenaran dari sisi ALLAH, sudah pasti dia akan menyebut kerajaan bukan masyarakat.Dr. Fadilah Kamsah, sebut betul betul!
-tko-

Jabatan agama Islam Sabah kuatkuasa undang-undang murtad dahun depan

TAWAU, 25 Dis: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) akan menguatkuasakan undang-undang murtad di Sabah mulai tahun depan sebaik sahaja pusat pemulihan akidahnya di Kinarut siap pertengahan 2011.

Pengarah Jheains Datuk Amri A.Suratman berkata pada masa ini jabatan itu lebih menekankan pendekatan mendidik kepada pesalah syariah dan akidah berbanding mengambil tindakan undang-undang.

“Pelaksanaan undang-undang ini merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik untuk lima tahun akan datang” katanya kepada Bernama selepas menangguhkan Persidangan Pegawai-pegawai Kanan Jheains 2010 di sini malam tadi.

Isu saudara baru kembali ke agama asal sering menjadi bahan perbincangan pada perhimpunan agung tahunan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) dan pada perhimpunan baru-baru ini Usia Bahagian Ranau mendedahkan ratusan saudara baru di daerah itu kembali murtad.

Usia mendakwa antara punca saudara baru kembali ke agama asal ialah kerana mereka terabai dan tidak mendapat bimbingan sewajarnya tentang Islam selepas mereka menganut agama suci berkenaan.

Amri berkata semua imam di Sabah akan telibat secara langsung untuk memberi penerangan dan kaunseling kepada masyarakat, khususnya saudara baru di kawasan masing-masing terutama generasi muda bagi memastikan mereka memahami undang-undang syariah.

Mengenai usaha dakwah, beliau berkata, Jheains akan memberi tumpuan kepada kawasan strategik dan luar bandar terutama kawasan yang mempunyai bilangan saudara baru yang ramai.

“Pegawai-pegawai dakwah kita akan memfokuskan kepada masalah ibadah. Perkara ini akan dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Persidangan itu antara lain membincangkan usaha mempertingkatkan pengurusan hal ehwal Islam melalui budaya kerja berasaskan prestasi dan berkaitan pelaksanaan undang-undang Syariah dan Dakwah. 
-Bernama-

Suami syok amah

KUALA LUMPUR: Remuk hati seorang isteri apabila suami yang dikahwini lebih 20 tahun lalu mengeji payudaranya sudah tidak menarik sebelum meninggalkannya untuk menjalin hubungan cinta dengan pembantu rumah warga Indonesia.

Isteri malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 43, mendakwa suaminya yang berusia 45 tahun mengabaikan dia dan anak-anak sejak tiga bulan lalu hingga langsung tidak menghulurkan nafkah.

“Hati saya bertambah sakit apabila suami tanpa segan silu memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu tahun depan.

“Paling menyedihkan apabila bentuk fizikal saya yang tidak lagi menarik selain payudara saya yang sudah kendur dijadikan bahan sindiran untuk menghina dan mencaci saya di depan anak.

“Dia sering bersungut kononnya saya malas menjaga badan menyebabkan dia hilang selera setiap kali bersama saya. Maruah saya dihina hingga saya malu apatah lagi bila dia sengaja bercakap dengan suara tinggi hingga didengar jiran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gombak.

Faridah mendakwa, suaminya juga sering membandingkan dirinya dengan amah Indonesia itu yang didakwa berkulit tegang dan gebu kerana mengamalkan pemakanan jamu selain petua awet muda.

Faridah yang mendirikan rumah tangga pada 1990 berkata, keadaan kekurangan fizikal dialami banyak berpunca dari faktor genetik selain terpaksa menyusukan semua enam anaknya ketika mereka kecil. Kini anaknya berusia antara lima hingga 20 tahun.

“Akibat kesempitan hidup, saya tidak mampu membelikan susu tepung dan terpaksa memberi susu badan kepada semua anak. Ada antaranya yang menghisap susu badan sehingga berusia lima tahun. Mungkin faktor itu menyebabkan payudara saya tidak lagi menarik,” katanya.

Dia yang bergantung hidup dengan menjual kuih dan nasi lemak memberitahu kesibukannya berniaga selain menguruskan anak-anak serta rumah tangga menyebabkan keadaan dirinya sering kali tidak terurus.

“Saya sedih diperlakukan seolah-olah saya tiada harga diri. Di matanya, saya cukup jijik hingga makanan yang saya hidangkan sering kali tidak dijamah,” katanya.

Kata Faridah, sebelum ini dia banyak berkorban untuk keluarga kerana menyedari pendapatan suaminya yang kecil selain perlu menanggung kos sewa rumah, persekolahan dan makan minum keluarga.

“Namun apa yang saya lakukan ini langsung tidak dihargai apabila dia kemaruk bermain cinta dengan gadis Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah.

“Perkara ini hanya saya sedari apabila telefon bimbit suami saya kerap berdering pada waktu malam sebelum dia dilihat gemar berbual dalam keadaan berbisik.

“Rasa curiga menyebabkan saya memberanikan diri bertanya sebelum dia tanpa berselindung menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu dan meminta saya memberi persetujuan,” katanya.
-hmetro-

Pengawal Peribadi Rogol Adik Ipar Dipenjara 12 Tahun 2 Sebat

SALWA SHA’ARI
KLANG: Seorang pengawal peribadi yang menggunakan pistol bagi menakutkan adik ipar sebelum merogolnya menerima pembalasannya apabila dihukum penjara 12 tahun bermula Jumaat, dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh yang berusia 34 tahun itu selepas berpuas hati pembelaannya gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Yong Zarida juga memerintahkan tertuduh untuk menjelaskan denda RM300 atau berhadapan dengan penjara sebulan penjara, bagi tuduhan memiliki gari.

Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 25 tahun ketika isterinya yang bekerja sebagai kakitangan awam keluar daerah pada antara pukul 5 dan 7.20 pagi, 22 Mei 2005.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa memiliki gari pada masa dan waktu yang sama. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 89(a) Akta Polis yang boleh dihukum di bawah Seksyen 94 akta sama.

Keterangan pada perbicaraan menyatakan, tertuduh telah merentap seluar sukan yang dipakai mangsa dan menakutkan wanita tersebut dengan sepucuk pistol.

Pada usaha untuk mengurangkan hukuman, peguam Badrul Munir Bukhari memohon supaya mahkamah mempertimbangkan faktor bahawa tertuduh menanggung keluarga, termasuk tiga orang anak.

“Selepas kejadian, tertuduh telah bekerja sebagai secara sambilan di kelab malam dengan pendapatan RM500 sebulan, selain bekerja sebagai ‘call man’ yang menerima komisen mengikut kemalangan yang dihubunginya.

“Tertuduh juga membantu seorang rakan yang berniaga di pasar tani dengan pendapatan sebulan RM200,” katanya dan menambah tertuduh telah insaf dengan kesalahan yang dilakukan.

Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatannya telah menyebabkan mangsa mengalami trauma.

“Sebagai abang ipar yang menjadi sebahagian daripada keluarga, tertuduh seharusnya menjadi pelindung dan orang yang dipercayai mangsa, tetapi telah bertindak sepatutnya.

“Kesalahan ini akan menyebabkan masyarakat beranggapan tidak lagi selamat berada di kalangan keluarga sendiri,” tambahnya yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Norbaya Jamil.
-mstar-

Anggota Trafik Dipenjara 45 Bulan

KUANTAN: Seorang anggota polis trafik berpangkat Sarjan dijatuhi hukuman penjara 45 bulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini Jumaat selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah, masing-masing RM500, antara November tahun lepas dan Januari lalu.

Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Malek Sulaiman, 43, dari Taman Kempadang Baru, di sini selepas mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Abdul Malek didakwa menerima suapan RM500 daripada Teoh Ting Keong di kafe sebuah hotel di sini, kira-kira pukul 5.44 petang pada 15 November tahun lepas sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori milik Teoh yang mengangkut pasir dan didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Bagi tuduhan kedua dan ketiga, Abdul Malek yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang didakwa menerima suapan masing-masing RM500, juga daripada Teoh atas sebab yang sama di kafe dua hotel berbeza kira-kira pukul 3.39 petang, 17 Disember tahun lepas dan 12.30 tengah hari pada 19 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, bagi setiap kesalahan.

Irwan menjatuhkan hukuman 15 bulan penjara dan denda RM10,000 terhadap tertuduh bagi setiap kesalahan itu dan mengarahkan hukuman berjalan berasingan bermula hari ini.

Terdahulu, Abdul Malek dalam rayuannya menerusi peguam, Syed Azimal Syed Abu Bakar, Mohamad Saifuldin Ab Rahman dan Mohd Rosalman Fithri Salim memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman minima dengan alasan ia adalah kesalahan pertamatertuduh selain memiliki rekod perkhidmatan baik.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa SPRM, Raja Mohd Shasrizam Raja Nik Mahmood membantah rayuan berkenaan dan mahu tertuduh dijatuhkan hukuman setimpal memandangkan rasuah adalah kesalahan serius malah tertuduh juga adalah penjawat awam.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara dan mengarahkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu dalam kes lain di mahkamah yang sama, seorang bekas Eksekutif Kewangan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) dijatuhi hukuman penjara berjumlah tiga tahun dan 11 sebatan selepas didapati bersalah atas 11 tuduhan pecah amanah antara Disember 2007 hingga Mac 2008.

Mohamad Yusnizam Mohamad, 30, dari Kampung Padang di sini dituduh melakukan kesalahan itu membabitkan 11 cek dengan jumlah keseluruhannya kira-kira RM260,700 di pejabat koperasi itu di Sri Kuantan Square, Jalan TelukSisek, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dan dengan sebat dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Irwan bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara dan mengarahkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Hidayatul Syuhada Shamsudin manakala tertuduh diwakili peguam Muhd Hisham Abdul Rahim dan Zaharman Zainal Abidin. 
-Bernama-

Demi rakyat Khalid tak tidur malam fikir pasal air

cucupakkasim
"Di sebalik kerja keras Tan Sri Khalid Ibrahim dan Kerajaan PR negeri Selangor untuk membuat beberapa tawaran alternatif bagi mengambil balik semula konsesi air di Selangor daripada Syabas, gurkah-gurlah politik di'port' masih tetap skeptikal yang kerja keras Khalid itu akan boleh selesai dalam jangka masa yang terdekat ini.

Gurkah-gurkah politik di'port' telah diberitahu yang kerajaan PR Selangor dan Syabas akan memulakan lagi rundingan, entah 'round' yang ke berapa punya 'negotiations' pun tak tau lah untuk menyelesaikan isu ini demi kesejahteraan rakyat negeri Selangor.

Gurkah-gurkah politik di'port' pun tak mahu lah membuat apa-apa spekulasi dengan apa yang TS Khalid nak 'offer' dekat Syabas pada rundingan yang akan datang ini. Apa yang gurkah-gurkah ini tahu TS Khalid bercadang untuk menggunakan khidmat seorang jururunding antarabangsa untuk menilai dan memastikan harga yang patut dan adil untuk membeli syarikat konsesi air itu.

Pada masa ini ada empat buah syarikat air yang sedang beroperasi di-Selangor, termasuk lah Syabas, yang telah mendapat mandat untuk membekalkan air yang telah dirawat ke KL,Selangor dan Putrajaya. Tiga lagi ialah Splash,Puncak Niaga dan Konsortium Abass Sdn.Bhd.

Menteri di pusat yang jaga air pula telah memberikan tempoh sehingga akhir tahun ini saja agar supaya kerajaan negeri PR Selangor dapat menyelesaikan masalah air ini. Dengan tinggal empat lima hari saja lagi nak habis tahun 2010 ini gurkah-gurkah politik di'port' kata Khalid Ibrahim pun dah tak tau nak pikir macam mana lagi. Dan gurkah-gurkah pun tak nampak yang Khalid ada jalan lagi.

Demi kesejahteraan rakyat negeri Selangor, Khalid mesti kena cari jalan juga untuk ambil alih konsesi air ini demi memastikan rakyat negeri Selangor dapat menggunakan air ini dengan kadar murah dan air yang berkualiti.

Jika Khalid tak dapat ambil alih air ini, maknanya rakyat Selangor terpaksa hadapi kenaikan sebanyak 37% diikuti dengan 25% dan 20% lagi kenaikan dalam masa enam tahun.

dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com

dollah yankee -
Silap haribulan..Tan Sri Rozali ni pun akan jadi macam Tan Sri Yahya Ahmad.. sebab dok kena sumpah dengan rakyat hari-hari ...

Dicekup dalam keadaan bogel

ALOR SETAR: Mungkin baru ingin melakukan hubungan intim apabila seorang wanita warga asing dari Indonesia yang tidak memiliki dokumen perjalanan dicekup dalam keadaan telanjang bulat dalam Ops Sapu yang dilakukan Jabatan Imigresen Kedah, semalam.

Ketika serbuan dijalankan di salah satu rumah sewa dua tingkat di Tanjung Kapor, Jitra, wanita berumur 35 tahun itu ditemui dalam keadaan bogel berdiri berhampiran almari selepas pasangannya yang berpakaian lengkap ditahan.

Manakala pada bahagian atas rumah itu pula, terdapat satu pasangan lagi yang turut ditahan ketika ingin melakukan hubungan intim.

Operasi yang diketuai Pengarah, Muhammad Hatta Kassim itu disertai 19 pegawai Imigresen telah melakukan serbuan di beberapa rumah sewa sekitar Jitra termasuk tapak pembinaan di Langgar.

Dalam operasi yang bermula jam 9 malam itu, 30 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk wanita berusia lingkungan 19 hingga 55 tahun telah ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Muhammad Hatta berkata, ketika pemeriksaan dijalankan di tapak pembinaan, terdapat pekerja asing bersembunyi dalam rumah yang masih dalam pembinaan, malah ada juga cuba melarikan diri namun berjaya dihalang anggotanya.

Operasi yang berakhir jam 4 pagi itu berjaya menahan tujuh lelaki warga Bangladesh; 12 warga Indonesia termasuk empat wanita dan 11 warga Myanmar termasuk seorang wanita.

Daripada jumlah itu, sebanyak 19 Pati yang ditangkap telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali atau sebatan tidak lebih enam sebatan.

Manakala selebihnya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana menetap lebih tempoh dalam negara yang boleh sabit kesalahan dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Muhammad Hatta berkata, semua Pati yang ditahan itu dipercayai bekerja sebagai buruh binaan.

Ini berdasarkan tempat tinggal mereka.

Menurutnya, pihaknya masih menyiasat lagi mengenai majikan dan tuan rumah yang mengupah mereka bekerja dan membenarkan Pati yang ditahan itu menyewa di rumah mereka.

Beliau berkata, semua Pati terbabit dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik untuk siasatan lanjut. 
-sinarharian-

Pas ada peluang menang

JOHOR BAHRU: Pas mempunyai peluang menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang memandangkan kerusi N05 adalah kerusi campuran dengan 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India.
 
Perkara itu diumumkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad yang mana dua kerusi yang dimenangi Pas sebelum ini iaitu DUN Maharani dan Sungai Abong memiliki komposisi yang sama.


Beliau berkata, Pas telah memenangi di tiga UPU dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 iaitu Bandar Labis Timur, Bandar Labis Tengah dan Labis.

“Mengambil senario pengundi Cina masih bersama Pas dan PR maka fokus gerak kerja Pas adalah untuk meningkatkan undian pengundi Melayu dan India bagi memastikan kemenangan Pas di DUN Tenang.

“Kemenangan calon Pas di PRK Tenang akan menyuburkan sistem demokrasi dalam negeri Johor kerana kita boleh mewujudkan konsep teliti dan imbangi dengan lebih berkesan.

“Jika kemenangan berpihak kepada kita, kita akan menambahkan suara pembangkang DUN Johor daripada enam DUN sedia ada kepada tujuh DUN daripada 56 DUN di Johor,” katanya pada sidang media di Rumah Kelab Akhbar Cina di sini, semalam.

Menurutnya, penambahan kerusi DUN Tenang akan menguatkan suara pembangkang khususnya dalam membawa masalah rakyat ke DUN Johor.

“Kita juga akan memastikan setiap projek atau keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi kesan yang baik serta menguntungkan rakyat dan bukan membebankan.

“Pengundi-pengundi PRK DUN Tenang termasuk ahli penyokong UMNO dan BN tidak perlu takut untuk mengundi Pas kerana jika Pas menang, Kerajaan Negeri Johor tidak akan terjejas kerana Johor akan terus kekal dan berada dibawah pemerintahan UMNO dan BN.

“Saya merayu kepada semua pengundi-pengundi untuk PRK DUN Tenang keluar beramai-ramai membuang undi bagi menaikkan peratusan undi agar melebihi 80 peratus,” katanya.

Pada PRU-12 yang lalu, peratusan yang keluar mengundi adalah 73.45 peratus dan meningkat pada PRK Galas (82 peratus) serta Batu Sapi (79 peratus). 
-sinarharian-

YDP Majlis Perbandaran Darul Bonggol akhirnya ditukarkan.

Ustaz Saiful Bahri
Bandar Dungun yang kini terlalu banyak bongol-bongol yang dibina dijalan utama di kawasan Bandar Dungun. Penulis dimaklumkan ada 97 bonggol yang baru dibina setelah diluluskan dan binaan tersebut diperolehi oleh sebuah syarikat sahaja yang bernilai Rm3K setiap bongol. Itu belum dikira bonggol-bongol yang sedia ada. Layaklah Dungun dikenali sebagai Darul bangol.

Setelah diangkat menjadi Majlis Perbandaran Dungun, macam-macam perubahan yang menyebabkan penduduk menjadi semakin rimas dan resah. Kononnya untuk mengangkat martabat sebagai perbandaran… akhirnya menyusah dan membebankan rakyat.

Pelbagai desakan, perbincangan bahkan ianya disuarakan ke dalam Sidang DUN tetapi nampaknya YDPnya masih tidak mengambarkan ia seorang yang peka dan mesra rakyat. Tahap kesabaran orang ramai memuncak dan akhirnya mereka berarak melakukan bantahan dihadapan bangunan Majlis Perbandaran Dungun pada 30 Nov 2010.

Orang-ramai menghantar memorandum yang melibatkan YDP Majlis yang dikatakan mengamalkan sikap tidak telus, salah-urus, penyalah-guaan kuasa dan tidak prihatin kepada penduduk kawasan Dungun.

Penulis juga masih ingat pada 12 Februari 2009, bagaimana YDP Majlis telah mensabotaj program "Rayuan Gaza,Palestine:Bantulah Mereka". Program anjuran MAMPAT dan Yayasan Amal Malaysia ini diadakan bagi tujuan mengutip dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestine. Kelulusan yang telah diberikan tetapi di saat akhir ianya ditarik balik secara tergesa-gesa. Seluruh kawasan Padang Astaka Dungun telah disita oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Dungun.Terdapat juga 8 helai banner pemberitahuan dari pihak Polis Dungun dan Majlis Perbandaran Dungun. Meskipun program tersebut berlangsung di perkarangan Surau Haji Zainal Abidin sebagai alternative yang dirasmikan oleh YM Tengku Paduka Raja tetapi tindakan tersebut amat mengecewakan.

Banyak tindakan dan pembahagian projek-projek dikuasai sepenuhnya oleh pimpinan UMNO Bahagian Dungun yang dikuasai oleh Pak Rosli bahkan ianya lebih berkuasa daripada pegawai kerajaan maupun Wakil Rakyat sendiri. Pak Rosli yang dikatakan kroni MB Mat Said telah menafikan hak-hak dan peruntukan YB sendiri yang bersama dengan team Idris Jusoh. Khususnya melibatkan peruntukan Dun Paka, Bukit Besi, Sura maupun parlimen Dungun sendiri. Wakil rakyat yang ada dah jadi macam tunggul buruk kepala. Tanpa kuasa.

Apapun mulai 1 Jan tahun hadapan ini YDP Majlis perbandaran Dungun akan bertukar keluar dan akan digantikan denga Harun Mohamed, YDP majlis Daerah setiu sempena rombakan 15 pegawai tadbir Kerajaan Negeri Terengganu.

Adakah ia akan menyebabkan rakyat menarik nafas lega? Jangan Nampak gelap dilangit lalu air ditempayang dicurahkan… Ingatlah, tanda biru gelap dilangit itu adalah hujan lebat dan mungkin banjir. Entah-entah musibah tsunami yang terjadi… Selagi Gelombang Biru memerintah… selagi itulah beban rakyat tak berkesudahan. Semoga Pru akan datang medung biru akan berlalu… biru muda tanda langit cerah akan muncul.. warna hijau segar akan menyinar sebagai harapan baru kepada rakyat Darul iman, InsyaAllah.

1Malaysia: Pakatan bukan takut tapi muak...

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak mengiktiraf slogan 1Malaysia kerana mendakwa ianya memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di negeri itu.

Malah, setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin berkata, Pakatan bukannya takut, tetapi sebaliknya muak dengan "slogan hipokrasi" BN yang didakwa menciplak logo politik dan bukan diilhamkan oleh rakyat negara ini.

NONE
Sehubungan itu, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengarahkan supaya slogan dan logo politik tidak dibenarkan di premis kerajaan dan premis awam.

"Kerajaan negeri juga tidak akan mengeluarkan dana bagi membiayai program yang berkaitan dengannya.

"Manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa melihat perincian selari dengan Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diamalkan sebelum ini," katanya.

Faekah mengulas kenyataan Timbala Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang mendakwa kerajaan Selangor takut slogan 1Malaysia tersebut digunakan di semua papan tanda di negeri itu.

Muhyiddin dilaporkan berkata, visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu semakin popular di kalangan rakyat dan menakutkan pembangkang.

Dalam satu kenyataannya, Faekah berkata, ia merupakan satu slogan politik BN yang pada pendapatnya "mana-mana ahli politik yang waras akan menyetujui bahawa ia tidak harus disokong oleh badan-badan kerajaan negeri Pakatan".

"Bukan sahaja ini adalah keputusan politik, namun ini adalah keputusan yang perlu melihat situasi politik kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Pakatan Rakyat Selangor tidak mengharapkan kerajaan persekutuan membantu menyebarkan maklumat mengenai program-program anjuran kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

"Namun kita kesal sikap tidak profesional mereka yang saban hari memburuk-burukkan program yang kita jalankan," katanya.

Menurutnya, meskipun tiada langsung niat untuk membalas dendam, persoalannya adalah wajarkah kerajaan negeri membantu mempromosikan satu slogan tersebut.

Faekah berkata, rakyat Malaysia khusus di negeri itu, harus memahami bahawa slogan 1Malaysia telah "menghukum tanpa bicara" Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan digantung daripada menghadiri sidang parlimen selama enam bulan.

"Slogan ini jugalah yang menggantung tiga ahli parlimen Pakatan dan mengakibatkan ratusan ribu rakyat yang mereka wakili tidak mendapat hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Slogan inilah yang menghalang suara mereka di bawa ke Parlimen," tegas Faekah yang juga seorang peguam.

Faekah mendakwa Umno yang kian terdesak dengan tekanan penolakan terhadap politik perkauman, cuba menjadikan slogan tersebut sebagai sandaran mendapat sokongan. 

Ahli perniagaan 'dibelasah' polis mahu tuntut keadilan

 Fazy Sahir
KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan duitnya 'dicuri' anggota polis, seorang ahli perniagaan menjadi mangsa sekumpulan polis yang membelasahnya gara-gara kerana tidak mempamerkan cukai jalan yang tamat tempoh di skrin kereta.
Chia Buang Hing, peniaga bingkai lukisan, yang memandu kereta jenis Proton Waja milik isterinya pada 18 Disember lalu, mendakwa dipukul 11 anggota polis dan menanggung kerugian lebih dari RM13,000.

Mangsa berumur 34 tahun turut mengalami kecederaan fizikal di mata kanannya dipukul ekoran enggan menyerahkan sejumlah wang yang dimilikinya.

Mangsa ketika kejadian itu dalam perjalanan ke kedainya di Kota Damansara ditahan sekumpulan anggota polis dalam sekatan jalan di kawasan tersebut.

Chia yang menyedari cukai jalan telah tamat tempoh kemudian meminta untuk disaman atas kesalahan itu, namun anggota polis yang menyeluk seluarnya menyedari beliau memiliki wang sejumlah.

"Apabila dia nampak kad VIP Kelantan saya, seorang anggota polis berkata, awak ingat Kelantan istana banyak besar,banyak besar. Saya cuba ambil gambar anggota polis dengan telefon bimbit saya dan kemudian dua lagi anggota menumbuk saya secara bertubi-tubi.

"Saya digari dan dibawa masuk ke dalam kereta polis sehingga ke balai polis Dataran Sunway. Di balai itu, saya terus dipukul oleh tujuh anggota sehingga muntah darah dan mengalami kecederaan," katanya dalam sidang media di sebuah restoran di Taman Tun Datuk Ismail pagi ini.

Mangsa turut ditemani ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan peguam Ricky Tan Seng Cheong.
"Mau tolak lu mati"

Katanya, beliau yakin dapat mengecam 10 daripada 11 anggota polis yang membelasahnya itu.

"Saya turut dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui dan mendengar perbualan polis yang mahu menolak saya. Saya dengar suara polis kata "mau tolak lu mati", masa itu saya sudah muntah darah dan berbuih di mulut.

"Saya dibelasah dari jam 11 malam hingga 3 pagi, 19 Disember itu. Saya yakin dapat mengecam 10 daripada 11 anggota polis itu. Saya juga boleh cam lima orang polis di IPD Petaling Jaya, serta lima lagi yang pukul saya dalam lori polis. Mereka semua memakai uniform ketika kejadian," katanya.

Chia pada 19 Disember dibawa ke mahkamah Petaling Jaya dan direman selama empat hari, namun dilepaskan melalui jaminan mulut pada 22 Disember.

Sementara itu, Lim yang mewakili mangsa berkata kesal dengan tindakan sekumpulan polis terbabit malah keengganan majistret untuk mengambil aduan Chia.

Beliau yang turut menemani mangsa membuat laporan di balai polis Kota Damansara petang semalam, turut menuntut beberapa perkara.
"Kami menuntut beberapa perkara antaranya; tidak mahu pihak ibu pejabat Petaling Jaya mengambil kes ini; mangsa mahu membuat kawad cam; pihak majistret perlu disiasat; kereta mangsa dipulangkan semula serta duit yang dicuri itu," katanya.

Anwar: Apco adalah isu belanja 'sembrono' k'jaan

Isu Apco bukan hanya mengenai siapa yang mengilhamkan konsep 1Malaysia tetapi kurangnya ketelusan dalam perbelanjaan sembrono kerajaan sebanya, RM77 juta untuk mengupah sebuah syarikat asing yang mempunyai rekod berkhidmat dengan sebuah regim penindas.

NONEKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu asasnya berlegar mengenai "kurangnya tanggungjawab seorang perdana menteri yang mengabaikan rekod Apco" dan kurangnya akauntabiliti dalam membelanjakan wang rakyat untuk membina imej partinya sendiri.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, digantung enam bulan daripada menghadiri sidang parlimen kerana membangkitkan isu kaitan Apco dengan '1Malaysia' dan 'One Israel' yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri Israel Ehud Barak.

Dalam satu kenyataan, ketua umum PKR itu mendakwa "penglibatan mendalam" Apco dalam pentadbiran Najib merupakan "bukti sikap hipokrat Umno/BN" dalam melancarkan "propaganda tak henti-henti" untuk menggambarkan dirinya (Anwarnya) sebagai agen Yahudi.

Beliau bertanya mengapa sebuah syarikat yang diketahui mempunyai hubungan yang kuat dengan perisikan Israel dibenarkan untuk menguruskan salah satu fungsi kerajaan yang paling berpengaruh, iaitu komunikasi.

Oleh kerana itu, katanya, sebahagian besar hujah beliau ketika membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat, adalah ditujukan kepada sikap hipokrasi dan kelalaian perdana menteri mengupah sebuah syarikat yang mempunyak reod rekod seperti Apco.
-malaysiakini-

Saman Sime Darby: Kerajaan Cuma Mahu Tutup Pekung

SHAH ALAM, 24 DIS: Tindakan dua saman sivil Sime Darby Bhd yang dikemukakan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan beberapa individu lain dianggap satu lagi sandiwara kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) untuk menutup pekung kerugian hampir dua bilion yang ditanggung Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC).
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata jumlah yang dituntut Sime Darby melibatkan peratusan kecil berbanding jumlah kerugian sebenar yang tidak didedahkan.

Sime Darby Bhd dan tiga subsidiarinya hari ni memfailkan saman sivil terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan dua eksekutifnya memohon ganti rugi sekurang-kurangnya RM92.2 juta kerana pecah amanah dan tanggunggjawab berhubung projek Bakun.

Semalam,Sime Darby Bhd menuntut RM177 juta apabila memfailkan saman terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan empat pegawai utamanya.

Konglomerat kerajaan itu juga menyaman Datuk Mohamad Shukri Baharom iaitu bekas naib presiden eksekutif Bahagian Tenaga dan Utiliti; ketua pegawai kewangan bahagian itu Abdul Rahim Ismail dan ketua unit minyak dan gasnya Abdul Kadir Alias serta Mohd Zaki Othman dari Sime Engineering.

"Apa yang berlaku sekarang didakwa dengan RM177 juta, 90 juta ini hanya jenis ikan bilis.

"Secara andaian mudah saya berani mengatakan jumlah yang didakwa yang dituntut itu hanyalah kurang daripada lima peratus daripada jumlah yang patut ditanggung atau didakwa atau dipertanggungjawabkan sekiranya nak dipertanggungjawabkan orang-orang itu," katanya kepada Tv Selangor.

Tambah Azan lagi, beliau mempersoalkan saman sivil ke atas beberapa individu terbabit sedangkan beberapa individu besar dan pimpinan negara terus bebas tanpa sebarang pendakwaan.

"Jadi dalam kes Sime Darby ini kita tengok perancangan, seolah-olah ada perancangan yang begitu teliti dan rapi. Peringkat pembuat dasar, peringkat timbang-tara, perlaksaannya dan peraturan ada perancangan sehingga teruk begini, apa logiknya tiba-tiba apabila sudah tiada arah untuk mengenakan tuduhan kepada lima dan enam individu ini , orang yang bekerja dalam Sime Darby boleh mencuri dalam 200 juta, takkan lah dua malam punya kerja, atau sebulan punya kerja," soalnya.

Azan juga menjangkakan,selepas ini akan banyak lagi pendedahan kerugian yang dialami syarikat berkaitan kerajaan yang mengalami kerugian dan yang didakwa hanyalah 'ikan bilis'.

"Tidak lama lagi akan ada beberapa lagi GLC-GLC kerajaan yang besar dan bertaraf terbaik atau tertinggi dana yang dipegang akan mengikuti nasib dan mengikut jejak langkah Sime Darby," dakwa Azan.
-tvsnews-

Miskin Tegar Hapus, Menteri Guna Ukuran Mana- MTUC

SHAH ALAM, 24 DIS: Pengisytiharan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa tiada lagi golongan miskin tegar di kawasan bandar terutamanya di Kuala Lumpur dipersoalkan oleh pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud mahu Raja Nong Chik menjelaskan garis panduan dan ukuran yang digunakan beliau dalam mengenalpasti golongan miskin tegar ini.

Ini kerana realitinya, peningkatan kos yang berlipatganda di kawasan bandar telah memperbanyakkan lagi golongan miskin kota dan sepatutnya satu tanda aras jelas perlu bagi memastikan mereka yang kesempitan hidup di kota besar khususnya Kuala Lumpur.

"Berdasarkan apa yang ada di depan mata kitalah, kos hidup menaik, dari segi sewa, kos pengangkutan, dari segi makanan semua terus meningkat. Jadi bagaimana dikatakan kos kemiskinan itu terhapus,? soalnya.

Dalam laporan agensi berita Bernama semalam, Raja Nong Chik berkata, selain dari golongan miskin tegar terhapus, bilangan penduduk miskin dan mudah miskin juga telah dapat dikurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun lepas.

Calon Setiausaha Agung MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid turut mempersoal tanda aras yang digunakan oleh kerajaan pusat dalam menentukan golongan miskin bandar.

Menurut beliau, sepatutnya tanda aras golongan miskin tegar bandar adalah RM750 sebulan di bandar besar dan bukan sama seperti di luar bandar.

"Sekarang ni kadar kemiskinan tegar adalah di bawah paras RM750 di bandar. Kalau samakan bandar RM750, dengan kadar sewa rumah RM300, dengan empat orang anak, tak jadi papa kedana orang itu," katanya.

Beliau kemudian memberi contoh golongan yang terjejas teruk dengan hal ini dan melabel 'pengisytiharan' Raja Nong Chik itu sebagai retorik politik Umno semata.

"Setahu kita rakyat miskin bandar sebagai contoh guru KAFA, Guru KAFA gaji dia RM 550, duduk di Kuala Lumpur. Kalau kita ambil sudut pekerja kilang di sempadan kuala lumpur, bagitau saya satu syarikat yang gaji minimum pekerja (bawahan)nya lebih dari RM 700? Ini semua adalah propaganda retorik bicara dipanggil," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat.
-tvsnews-

PAS gesa Majlis Fatwa semak kenyataan Harussani

Harakahdaily
TEMERLOH, 24 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan untuk campurtangan menyemak semula kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu ancak.
Harussani sebelum ini dilaporkan mempertahankan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak sebagai tidak khurafat.

“PAS memohon Majlis Fatwa Kebangsaan melakukan semakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak bahawa tindakan Menteri Besar Perak melakukan upacara ancak, tepung tawar tiang seri rumah dengan pelbagai upacara tidak bercanggah dengan syarak,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Di dalam satu laporan akhbar minggu lepas, Harussani dilihat sebagai terpaksa menghalalkan dengan mengkategorikan tindakan Zambry yang merenjis dan menepung tawar semasa memasang ancak tiang seri baru-baru ini sebagai ‘satu amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak’.
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

Sebelum ini, Nizar juga mendakwa kenyataan Harussani bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di negara ini, malah turut mencalarkan kredibiliti ulamak termasuk mufti.

Lebih bahaya menurut Nizar, perbuatan Zambry itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat.
Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut membidas tindakan Harussani sambil berkata bahawa PAS khuatir kenyataan Harussani akan menyemarakkan lagi amalan khurafat yang semakin menghakis kini kerana beliau dilihat sebagai seorang mufti yang berpengaruh di negara.

“PAS melihat beliau sebagai seorang mufti yang berpengaruh, beliau sepatutnya menasihati umat Islam agar menjauhi amalan yang tidak mendasari hukum syarak, bukan kenyataan yang tidak membantu memperkukuhkan akidah ummah,” bidas Tuan Ibrahim.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Perak sedang merancang bertemu dengan ahli majlis fatwa dan ulama, bagi medapatkan penjelasan berhubung isu ancak secara lebih dekat.

Untuk permulaan, mereka telah mengadakan pertemuan dengan salah seorang Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perak, Haji Abdul Majid Zainal Abidin semalam.

Pertemuan hampir dua jam itu antara lain membincangkan permasalahan ummat Islam yang masih meneruskan amalan khurafat khususnya di Perak.

Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan memaklumkan mereka akan turut mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh agama lain.

Polis siasat dakwaan lelaki dipukul di balai

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki kononnya dia dipukul beberapa anggota polis di balai Dataran Sunway pada Sabtu lepas menyebabkan kedua-dua matanya lebam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh Chua Buang Hing, 34, yang turut mendakwa dia ditumbuk oleh tiga anggota polis lain sebelum itu.

Chua memberitahu pemberita hari ini bahawa pada 11 malam Sabtu lepas, beberapa anggota polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara telah menahan keretanya kerana tidak mempamerkan cukai jalan.

"Saya telah akui kesilapan saya kerana tidak menampal cukai jalan yang baru dihidupkan dan rela disaman. Saya terkejut seorang anggota polis itu terus menyeluk poket saya yang mengandungi RM7,000 dan meminta wang saya, namun saya tidak mahu memberi dan ini membuat dia marah. Tiga daripada mereka kemudian menumbuk muka dan mata saya serta menggari saya,” katanya. 
-Bernama-

1 Malaysia: 1 BN atau 1 Umno?

Roslan SMS
1 Malaysia adalah cogankata dan logo yang diilhamkan oleh PM yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN. Kebelakangan ini ia digunakan dalam setiap acara dan kegiatan politik mereka termasuklah secara meluas semasa Konvensyen BN di Bangunan MCA baru-baru ini. 

Asalanya ia lebih sebagai slogan penyatuan dan perpaduan tetapi dari itu ia bergerak semakin sebagai kata juang politik, dan kini tidak terpisah dari politik BN dan Umno. Dalam pilihanraya kecil Batu Sapi dan Galas penggunaannya sangat meluas oleh BN dan Umno.

Ternyata 1 Malaysia yang asalnya bermotif lain kini laku sebagai slogan politik BN dan Umno. Lalu jika benar ia mahu menjadi seruan politik mereka maka isytiharkanlah demikian. Mengapa rakyat dibelenggu dalam dilemma separuh ular separuh belut. 
 
Kerana itu kerajaan Selangor mengambil langkah bijak dan proaktif, 1 Malaysia ini diharamkan sahaja penggunaannya kerana ia punya motif dan mesej politik yang tidak dibenarkan oleh peraturan tempatan yang digubal di zaman BN lagi. 

TPM Muhyuddin berkata kerajaan Selangor gentar populariti 1 Malaysia. Bukan gentar Tan Sri, tetapi berterus-terang. Kalau mahu berpolitik, berterus-terang sahaja, jangan sembunyi-sembunyi, jangan mencuri kesempatan, jangan mengabur dan menipu rakyat. Kalau ular katakana ular kalau belut katakana belut.

Guna sahaja 1 Malaysia dalam semua iklan dan kain rentang Umno dan BN sebagaimana sekarang.
 
Sementara itu menurut laporan, Pusat Kajian Bebas Medeka Centre telah menerbitkan kajiannya yang terbaru terhadap prestasi kerajaan PR Selangor. Menurut Merdeka Centre, jika diadakan pilihanraya segera, Pakatan Rakyat akan mampu bertahan dan mengekalkan pemerintahan di Selangor.57 peratus dari 1,214 responden yang disoal menyatakan mereka yakin dengan arah tuju kerajaan PR di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim. Rupanya tak popular semana lah 1 Malaysia sebagaimana dibayangkan?!
http://n32.blogspot.com/

Kajiselidik: 2/3 rakyat bantah menara 100 tingkat

Kajiselidik yang dijalankan Merdeka Centre menunjukkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia membantah rancangan kerajaan pusat untuk membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat.

azlanKajiselidik yang membabitkan 1,005 responden di Semenanjung
Malaysia itu, menunjukkan 65 peratus tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, dan hanya 25 peratus yang menyokongnya.

Responden dari kalangan kaum Cina merupakan yang teramai - 75 peratus - yang membantah pembinaan menara itu.

Ini diikuti oleh responden Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus).

Pembinaan menara 100 tingkat itu, yang akan mengatasi ketinggian Menara Berkembar Petronas, diumumkan dalam bajet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Oktober lalu.

Projek tersebut, yang dilaporkan membabitkan kos RM5 bilion, terus mendapat bantahan umum dan pembangkang. Mereka menganggapnya sebagai salah keutamaan.

Mereka sebaliknya menyarankan agar wang tersebut lebih baik digunakan untuk menambahbaik kemudahan pengangkutan awam, kebajikan atau infrastruktur. 
-malaysiakini-

Slogan 1 Malaysia Berhantu?

Mohd Sayuti Omar
MUHYIDDIN Yassin kata kerajaan Selangor takut kepada logo 1 Malaysia kerana ianya mendapat sambutan ramai. Sebab itulah kerajaan Selangor larang logo berkenaan dipasang di negeri berkenaan. Muhyiddin boleh membuat telahan begitu kerana ia menguntungkan Umno. Bila cerita itu disebarkan ia memberi gambaran slogan 1 Malaysia mendapat perhatian rakyat. Politik akan mengeksploitasikan apa saja termasuk tanah, air, api dan angin.
\Saya tidak fikir kalau kerajaan Selangor takut kepada logo berkenaan. Tidak ada sebab untuk merasa takut. Ia sebuah logo saja tidak lebih dari itu. Ramai pun rakyat Malaysia termasuk pemimpin UBN sendiri tidak faham dengan tujuan dan makna logi demikian. Jadi kenapa ianya harus ditakuti kepada sesuatu yang tidak ada apa-apa erti?

Sebaliknya kalau logo itu membawa kesan dan natijah baik ke atas UBN maka wajar kalau kerajaan Selangor takut dan gerun kerana ia boleh menganggu kerajaan Selangor hari ini.

Teapi semua pihak sedar bahawa 1 Malaysia hanya sebuah slogan saja. Ia sama saja dengan slogan atau laungan kata-kata peransang yang dilaungkan penonton bola sepak kepada pasukan yang mereka suka. Kalau Kelantan, "gomo Kelantan gomo" kalau Terengganu "peteh Terengganu Petah".

Begitu juga dengan slogan 1 Malaysia. Ia slogan ataupun laungan Najib untuk mengejutkan para hadirin yang mengantuk atau pun layu semasa mendengar ucapannya. Ia sebuah jenama Najib bagi mengganti Wawasan 2020 atau Islam Hadhari yang menjadi sebutan sebelum ini. Kalau Islam Hadhari tidak memberi apa-apa impak dan makna, nah begitu juga dengan slogan 1 Malaysia.

Jadi tidak logik kalau kerajaan Selangor takut dengan slogan berkenaan seperti mana kata Muhyiddin itu. Takut kepada sesuatu tidak diketahui asal usul dan kesannya, takut yang tidak ada asas.

Adapun larangan itu bagi saya, yang saya nampak ialah kerana ia menganggu alam sekitar. Apa lagi kalau billboard itu dipasang di persimpangan jalan sehingga menganggu pemandangan pemandu ianya merbahaya.

Kalau pun kerajaan Selangor ada melarang pemasangan papantanda 1 Malaysia bukan kerana ianya ditakuti tetapi kerana masalah tadi, mencacatan keadaan sekitar dan menganggu pemandangan orang ramai.

Misalnya kalau papan tanda itu dipasang di taman rekreasi bukankan ia menganggu pemandangan umum. Orang ke taman rekreasi untuk melihat keindahan alam sekitar tiba-tiba tergerugup pula papan tanda 1 Malaysia
menutupi pemandangan. Tidakkah sakit mata dibuatnya?
Bagaimana pun kerana faham dalam politik. Apa saja keadaan ianya diambil kesempatan. Politik tidak pernah berkata jujur melainkan penuh dengan tipu muslihat tidak kira ianya keluar dari halkum siapa. Misalnya kalau isteri Naijib atau Muhyiddin terjatuh di mana-mana jalan di Selangor, Muhyiddin dan Najib akan terus salahkan mengatakan jalan di Selangor buruk dan huduh. Itulah politik. Yang penting apa saja keadaan dan isu akan memberi untung kepada pihak yang menimbulkannya.

Satu hal yang lain kita mahu tanya Muhyiddin dan Najib apakah mereka juga akan bersedia untuk memberi ruang dan tempat dan tidak melarang sekiranya Pakatan Rakyat ada memasang banner ataupun apa-apa papan tanda slogan mereka di dalam negeri-negeri kepunyaan UBN? Saya tidak mahu menjawab tetapi biarlah penjenguk blog ini menjawabnya.

Saya sangat berharap agar ada sesiapa yang mengambil gambar membuktikan bahawa ada terdapat apa-apa slogan atau papan tanda Pakatan Rakyat di negeri-negeri dikuasai UBN? Jadi kalau Muhyiddin atau UBN juga tidak bersedia membenarkan bumi mereka yang dipinjamkan Allah untuk membenarkan Pakatan Rakyat meletakkan simbol atau slogan mereka, apa nak hairan kalau Selangor berbuat demikian?

Kesimpulannya di pagi yang cerah dan diharap akan cerah sampai ke esok, ialah... tuduhan Muhyiddin yang kerajaan Selangor itu takut adalah tuduhan atau cakap-cakap untuk menggaru mulut yang gatal saja, tidak lebih dari itu. Pembelaan Muhyiddin kepada slogan 1 Malaysia itu juga hanya di luar saja sedangkan hakikatnya beliau sendiri menjueh mulut kepada slogan berkenaan.

Bukankah Muhyiddin yang menyokong pandangan Mahathir yang mengatakan orang tidak faham dengan 1 Malaysia? Mat Masllan benar-benar ingat apa yang diperkatakan Mahathir itu. [wm.kl.8:00 am 24/12/10]