BN Bercadang Menolak Usul KembaliKan Kuasa Sultan

ex-IPT
Pembangkang Selangor akan hadir ke sidang tergempar dewan undangan negeri pada Isnin namun tidak akan menyokong usul pindaan perlembagaan negeri yang akan dibentangkan oleh kerajaan negeri.
 
Hujah 1.........Sultan telah memperkenankan usul tersebut dibentang...Mari kita tunggu apa tindakan wakil rakyat BN...Beranikah BN menolak usul tersebut? Masihkan diingati macam mana PM Mahathir menggubal perlembagaan Malaysia dengan memusatkan kuasa kepada kerajaan persekutuan?

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri Datuk Seri Noh Omar berkata, BN tidak akan menyokong pindaan berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak perlu serta membazirkan masa dan wang rakyat.

 HUJAH 2........Pembaziran? biar betul.....masihkan kita ingat macam mana bekas menteri besar selangor mempunyai rumah bak istana...masihkan dilupai macam BN mengaut keuntungan jualan pasir dan pengagihan kontrak kerajaan negeri?  Adakah mengembalikan kuasa sultan suatu pembaziran? Siapa penderhaka.....?

Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini yang berkata, pindaan itu akan mengembalikan kuasa untuk melantik pegawai tinggi negeri kepada Sultan.

Sebaliknya, Noh berkata pindaan itu akan mengurangkan lagi kuasa sultan dan meluaskan kuasa menteri besar.
 
Hujah 3....So, adakah PEMUSATAN KUASA KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN TELAH MENGEMBALIKAN@MENGURANGKAN KUASA SULTAN YANG MEMPUNYAI HAK KE ATAS NEGERI MASING-MASING?

Pindaan itu seolah-olah akan membolehkan menteri besar berkongsi kuasa dengan Sultan, kata Noh dalam satu sidang media di ibu pejabat Umno negeri di Shah Alam hari ini. 
 
Hujah 4..Biasalah UMNO nak kekal berkuasa....

Niat untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan itu juga hanyalah untuk mengabui mata rakyat, kata Noh lagi.
 
P/S: Mari kita sama-sama sokong LANGKAH KERAJAAN NEGERI PAKATAN SELANGOR MENYOKONG USUL BERKENAAN......56 wakil rakyat duduk di dalam sidang DUN namun berjuta rakyat berada diluar sidang DUN.....BN TOLAK BERJUTA RAKYAT SOKONG...... 
-tranungkite-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan