Kenapa SAPP sanggup persenda Islam??

































SELAR…. Haji Awang menyelar tindakan Amde dan SAPP yang mempersendakan Islam.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
RAMAI di kalangan Umat Islam merasa kecewa dan terkilan terhadap tindakan seorang Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Amde Sidek, yang secara terang-terangan menentang habis-habisan perlaksanaan undang-undang Anti Murtad yang bakal dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHAEINS) dalam masa terdekat ini. 

Timbalan Pengerusi USIA Bahagian Sandakan, Hj Awang Japar @ Omar (gambar) ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Yang Dipertua PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah berhubung isu penentangan pelaksanaan undang-undang Anti-Murtad oleh Amde Sidek yang telah tersiar di Sabahkini.net baru-baru ini menjelaskan umat Islam yang lain turut kecewa dan hampa. 

Kata Hj Awang, tindakan Amde boleh mengguris hati seluruh Umat Islam sejagat kerana ini isu agama Islam dan jangan sesekali dipersenda-sendakan kerana boleh mengundang dan mencetuskan huru hara di kalangan masyarakat Islam.

“Sikap SAPP mencampur adukkan agama dan politik amat tidak wajar, sedangkan ramai umat Islam menjadi ahli SAPP. Bukankah tindakan ini akan ramai yang kecewa dan terkilan. Made seolah-olah menggali lubang untuk mengubur partinya sendiri,” jelas Hj Awang lagi. 

Tambah Hj Awang, SAPP belum pun memerintah dan menjadi kerajaan negeri, namun sudah buat banyak karenah terutama sekali tentang undang-undang Islam. Sepatutnya Amde dan SAPP turut menyokong mengenai perlaksanaan undang-undang tersebut oleh pihak JHEAINS bukannya menentang. 

Ekoran tindakan SAPP dan Amde benar-benar menimbulkan kemarahan Umat Islam kerana tindakan Amde bertentangan dengan akidah Islam di samping mencemarkan nama baik kesucian Agama Islam sebagai agama rasmi Negara. 

“Sebagai seorang ahli UMNO/BN saya merayu agar para pemimpin politik khusus UMNO di Sabah, supaya mengutuk sekeras-kerasnya terhadap perilaku dan tindakan songsang Amde Sidek (SAPP) yang menentang usaha JHEAINS untuk melaksanakan undang-undang yang dimaksudkan, sedangkan Amde juga beragama Islam,” tegas Hj Awang. 

Hj Awang selanjutnya bersyukur dan berterima kasih kepada Hj Hamzah Abdullah (PAS) walaupun berlainan ideologi fahaman politik, tetapi sebagai umat Islam, beliau begitu prihatin dan mengambil berat tentang syiar dakwah Islamiah di Negara ini yang sering dipersenda oleh umat Islam sendiri, seperti Amde.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan