Pengantin Perempuan Berbillion Dollar

addin_77
Sarawak Report telah menjadi sasaran serangan siber, yang telah menyebabkannya berstatus off-line buat sementara waktu. Kejadian ini juga telah diikuti oleh beberapa ancaman bunuh menerusi email, dan ada yang akan mengancam untuk menggunakan format ilmu hitam terhadap kami.

Merosakkan laman-laman web dengan jutaan serangan adalah proses yang mahal, lebih mahal dari mengupah peguam-peguam yang sangat berkaliber. Dengan ini kami boleh menjangkakan dan mengesyaki perkara ini hanya dilaku oleh seseorang yang tersangat kaya dan berhasrat untuk mengaibkan kami, tetapi tidak berani berhadapan dengan kami di mana-mana mahkamah terbuka. Kami membiarkan para pembaca kami untuk memikir siapakah yang sanggup melakukan perkara ini ke atas Sarawak Report.


Pengantin perempuan bernilai berbillion-billion dollar
Sementara itu, kami mempunyai beberapa gambar ekslusif isteri baru Ketua Menteri. Bandaraya Kuching telah diselubungi rasa riang dan geli pada berita yang dibocorkan mengenai orang tua yang berusia 74 tahun itu yang menikahi isteri keduanya yang berusi dalam lingkungan 20an.

Walau bagaimana pun, kerajaan Negeri Sarawak enggan mengeluarkan pengesahan rasmi berita-berita mengenai majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung di kediaman mewah Ketua Menteri (yang dibina secara misteri, sama seperti harta-hartanya yang lain). Kami juga mendapati ada di kalangan menteri-menteri senior yang menggunakan internet untuk cuba mendapatkan beberapa maklumat peribadi si pengantin perempuan, yang belum diumumkan namanya.

Kekayaan negeri Sarawak menghiasi badannya
Rakyat Sarawak telah menyaksi beribu-ribu hektar hutan yang telah ditebang dan kemudian dijadikan ladang-ladang kelapa sawit untuk menghiasi pengantin perempuan tersebut. Salah seorang ahli peniaga barangan kemas terkemuka di London menjangkakan kesemua barangan kemas yang dipakai oleh pengantin perempuan itu adalah diperbuat dari “kaca”. Alasannya, jika barangan tersebut adalah tulen, maka ianya nampak tidak bernilai kerana saiznya yang besar. Apabila kami ‘memaksa’ peniaga tersebut untuk meneka nilai sebenarnya, dia mengatakan bahawa nilai semua barangan kemas mungkin mencecah RM150 juta.

Memandangkan Ketua Menteri belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isteri barunya itu, terpulanglah kepada rakyat Sarawak untuk meneka sama ada isterinya itu dihiasi dengan kaca atau pun intan berlian cabochon.

Hari Krismas adalah hari untuk berkongsi
Ketika pasangan tersebut berbulan-madu meraikan perkahwinan mereka, yang sudah pastinya terbang menggunakan salah sebuah pesawat Hornbill yang dibiayai dengan wang pembayar cukai kerajaan, kami berharap mereka meluangkan sedikit masa mereka untuk memikirkan dan mengingati kanak-kanak yang kelaparan di rumah-rumah panjang yang mengharapkan buah tangan Krismas tahun ini.

Walau bagaimana pun, semakin banyak tanah dirampas daripada masyarakat orang asli ini, justeru, ibu bapa kanak-kanak ini memberitahu mereka untuk tidak mengharapkan lebih dari apa yang ada. Seperti kebiasaannya, ibu bapa ini perlu mengingatkan anak-anak mereka, bahawa nasihat Ketua Menteri kepada orang-orang kampung supaya mereka “belajar menunggu”. Nampaknya, kemewahan hasil dari apa yang telah dirampas Taib akan dikongsikannya dengan rakyatnya!/SR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan