Bersediakah Qardawi memimpin Mesir?

tokpepijat
Setelah 3 minggu berhimpun di Dataran Tahrir, akhirnya rakyat Mesir menang. "Firaun Moden" Hosni Mubarak meletak jawatan.

Beliau diberitakan lari menaiki pesawat tentera menuju ke Sharm el Sheikh bandar peranginan berhampiran sempadan Israel.

Fasa pertama perjuangan rakyat Mesir telah berjaya. Mubarak letak jawatan.

Fasa Kedua bermula. Fasa ini bakal menentukan segala-galanya. Samada Tentera ambilalih pemerintahan dan meneruskan cara diktaktor dengan mendapat sokongan Amerika dan Israel ataupun Tentera bakal berhadapan dengan jutaan rakyat.

Fasa ini bakal berkesudahan seperti Iran ataupun Algeria.

Jika menjadi seperti suasana di Iran 1979. Siapakah pemimpinnya ? Kita melihat ketika Revolusi Iran, Khomeini memainkan peranan. Ianya lebih kepada individu iaitu tubuh badan Khomeini. Iaitu rakyat secara totalnya mendengar arahan Khomeini dan mentaatinya. Jika Khomeini kata putih, putihlah bagi rakyat Iran. Begitulah sebaliknya. Khomeini sebagai pemimpin spritual.

Suasana ini berbeza dengan Mesir. Setakat ini peranan Ikhwanul Muslimin lebih kepada kumpulan. Tiada individu yang menonjol di Mesir untuk diangkat menjadi pemimpin menerajui Mesir selepas era Mubarak.

Ahmad Baradei umpamanya bukanlah pemimpin rakyat. Beliau hidup di Eropah. Bukan pemimpin akar umbi.

Setakat ini Ikhwanul Muslimin tidak menonjolkan pemimpinnya untuk memimpin Mesir.

Barangkali Dr Yusof Qardawi layak menjadi seperti Khomeini. Keduanya menjalani kehidupan yang sama iaitu hidup di dalam buangan dan bakal dihukum jika balik ke bumi mereka sendiri.

Tetapi adakah Dr Yusof Qardawi bersedia? Atau adakah rakyat Mesir bersedia menerima beliau sepertimana rakyat Iran menerima Khomeini?

Kita melihat mana-mana revolusi atau gerakan rakyat di serata dunia memerlukan seorang individu atau pemimpin untuk memandu dan menerajui rakyat.

Begitu juga jika Regim Diktaktor ingin menghapuskan gerakan rakyat, langkah pertamanya menangkap atau membunuh pemimpin gerakan ini. Inilah yang berlaku keatas Hasan Al Banna,Ahmad Yasin (Palestin), Abbas Madani(Algeria),Benigno Aqiuno(Filipina), Aun Saan (Myarmar) danAnwar Ibrahim(Malaysia).

Barangkali melihat pengalaman itulah Ikhwanul Muslimin tidak menonjolkan pemimpin mereka supaya tidak menjadi mangsa sasaran regim diktaktor.

Apapun, fasa kedua ini amat penting atau getir bagi rakyat Mesir. Samada bakal berlaku pertempuran antara rakyat dengan tentera ataupun tentera bertindak seperti Regim Algeria.

Kemungkinan Tentera akan mengizinkan pilihanraya. Tetapi jika keputusan pilihanraya berpihak kepada golongan Islamik maka "Algeria Kedua" bakal berulang.

Yang pasti, perancangan Allah Taala lah yang terbaik! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan