Mesir: tajamkan kuku dan besarkan penjara

tokpepijat 
Akhirnya Presiden Mesir Hosni Mubarak "mengendur"sedikit keegoannya. Selepas berucap dengan takbur dan kesombongan persis Firaun untuk kekal jawatan, hari ini mengumumkan untuk bersara September ini.

Mengapa pilih September tidak serta merta?

Itulah taktik dan "wirid" diktaktor di seluruh dunia. Kononnya untuk keselamatan, teratur dan demi rakyat. Mubarak bersumpah untuk mati di bumi Mesir. Boleh dipercayai? Sedangkan anaknya yang bakal diangkat menjadi Presiden Mesir telah memikul 100 beg melarikan diri ke Britain.

Mubarak dengan dikelilingi oleh Penasihat Zionis (macam UMNO dikelilingi APCO) sedang merancang sesuatu untuk terus berkuasa.

Langkah pertamanya, menyuruh seluruh penyokongnya untuk bertempur dengan rakyat. Senjata pisau, batu bahkan penyokongnya akan mendapat senjatapi untuk melakukan provokasi terhadap rakyat.

Apabila berlaku pertempuran hasil provokasi (macam aksi SB kita setiap demo di KL), maka tentera akan digunakan untuk campurtangan dan seterusnya meneruskan penguasaan Mubarak keatas Mesir.

Kejayaan rakyat untuk jatuhkan Regim Mubarak bergantung sejauhmana mereka bertahan untuk berdemostrasi. Juga sejauhmana langkah proaktif dilakukan oleh pimpinan Ikhwan Muslimin.

Sebarang langkah berundur, bermakna memberi peluang Mubarak mengasah lebih tajam kukunya dan memperluaskan lagi saiz penjara buat penentangnya!

Bayangkan sehingga September, bagaimana ketajaman kuku Mubarak dapat diasah dan berapa kilometerkah penjara dapat disiapkan untuk dihuni oleh penentangnya?


-tranungkite-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan