Berlagak Kau Ye Adnan .... HAH! Jawab NIH!!

mazwandi

Ada cerita MB Denan sempit kata pembangkang cakap melalut berkenaan dengan laporan audit kerajaan negeri Pahang. Apa yang melalut, tidak pula digembur-gembarkan dengan terperinci. Denan sempit kata selama dia memerintah Pahang, hanya 2 kali sahaja Pahang mengalami defisit dalam pentadbiran. Selama 12 tahun, hanya 2 tahun ianya defisit. Atau lebih senang kabor, hutang! Hebat benor Denan sempit. Betul ka? 

Mari kita lihat penyata kewangan yang dibuat oleh pihak Jabatan Audit Negara terhadap negeri Pahang
Tahun terdekat, 2008 dan 2009, denan sempit sudah buat rugi pada negeri Pahang. 2008 kurang duit RM27 juta, tahun 2009 kurang duit RM42 juta. Pandainya engkau Denan sempit tadbir Pahang. Belanja sakan sampai tidak perasan lebih guna duit sebanyak 42 juta. Cap ayam betul!
Kemudian anda sekelian jangan pula terpesona dengan lebihan duit pada tahun 2005 hingga 2007 tu. Ada cerita disebalik mee.

 
Cuba lihat jadual di atas, jadual hutang Kerajaan Pahang dengan Pusat. Tahun 2005 hutang 1.58 bilion, tetapi pada tahun 2006, hutang dengan pusat naik lagi hingga tahap 1.71 bilion. Yang peliknya, pendapatan lebih 72 juta. Kenapa pula hutang bertambah? Tidak reti-reti bayar hutang ke? Apa jenis punya pemimpin ini? Ingat kamu tu tok 4 kampung ke? Tok 4 kampung pun lagi pandai mentadbir dari engkau Denan.


Berterusan hutang kerajaan Pahang pimpinan Denan sempit bertambah dari tahun ke tahun. Yang paling teruk sekali, hutang terakhir 2009 adalah RM2.17 bilion. Bilion tu kawan, bukannya hutang sekupang dua. Bilion! Apa punya jenis mentadbir ni Denan? Budak tidak lulus SPM pun boleh mentadbir begini. Malu sungguh!
Jadual di atas pula perbezaan antara penerimaan duit dengan pembayaran pada tahun 2008 dan 2009. Tahun 2008 terlebih guna duit RM115 juta. Tahun 2009 pula terlebih guna duit RM119 juta pula. Apa punya boros yang melampau pentadbiran kerajaan Denan sempit ini? Sudah lah boros, berlagak bodoh sombong pula. Tidak mengaku tak tahu mentadbir negeri. Padahal memang tak reti tadbir pun. Stupid!

Jika hamba menjadi orang Pahang, sudah lama MB Denan sempit ini dibuang ke sungai Temerloh dalam-dalam. Biar tidak timbul. Pandai suruh rakyat berhemah berbelanja, dia pula boros macam duit ini mak bapak dia punya. Cis!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan