Cerita dari Merlimau

cucupakkasim
Kerenyih sampai telinga itu bahasa kasar gurkah-gurkah politik di'port' kepada Anwar selepas melihat riak wajah dia malam kelmarin dulu lebih kurang jam 2.45 pagi semasa dia dan konvoi berlepas pulang dari Melaka selepas membuat tiga perhentian untuk ceramah kempen di Merlimau.

Laporan lain pula bagi tahu dekat gurkah-gurkah ini kata... masa dalam kereta Anwar membuat beberapa 'phone call' dan ayat yang didengar ialah "I am surprised, but i am damn happy!".

Kiri kanan jalan sejauh satu kilometer lebih sikit penuh dengan kereta. 'Crowd' cukup besar, menjadikan jalan raya kawasan ceramah tersebut hanya satu lorong untuk laluan kereta sahaja.

'Crowd' malam tu...95 persen melayu, orang-orang tempatan semua, ini bermakna banyak undi boleh dipancing pada malam ceramah tu. Itu yang buat Anwar kata dia terkejut dan very happy.

Yang best... pada masa yang sama juga kira-kira 1 kilometer dari tempat Anwar ceramah, BN juga ada buat ceramah dengan menampilkan superstar mereka si-anak omak KJ.

Sedih... memang sedih kalau nak dibandingkan dengan ceramah Anwar.
Yang ada selepas dihitung... ada laa lebih kurang dalam 120 orang dok dengar ceramah merapu dari KJ, benda lain yang di-perasan ialah, kebanyakan yang sedang dengar KJ berceramah tu dia orang punya pakaian... fuhhh..cukup smart... seluar hitam dengan baju BN warna biru (hitam dengan biru..memang striking laa..). Kasut pula berkilat, seluar yang dipakai pun boleh tau yang bukan murah punya, semua tempah... Size seluar dan baju...terpacak! Nampak macam mereka ini semua adalah Ketua-Ketua pemuda atau AJK-AJK pemuda. Kalau dilihat pada senario tu, gurkah-gurkah kata ini bukan kempen pilihanraya, ini macam mesyuarat pemuda... Kah..Kah..Kah..

Jadi, lagi sekali bila melihat pada suasana ini, gurkah-gurkah kata dengan tinggal lagi 2 hari nak undi, silap haribulan mau 'menungging' Ali Ketam.

dollah yankee -
Mana tau mungkin orang-orang Merlimau dah nak ubah selera pulak??!! Baru laa ... cempedak sudah jadi nangka ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan