Anwar: Pakatan yakin sekat majoriti dua pertiga BN


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan berjaya menyekat peluang BN daripada memperolehi majoriti dua pertiga di DUN Sarawak.

Pakatan yakin akan memenangi lebih daripada 24 kerusi yang diperlukan untuk meraih kemenangan moral ke atas BN, katanya dalam sidang media di hari terakhir kempen pilihan raya negeriSarawak hari ini.

Katanya lagi, Pakatan optimis dalam peluangnya memecahkan monopoli kuasa BN di negeri berkenaan.


NONE

Namun, Anwar dilihat berwaspada dan mengakui bahawa ianya satu usaha sukar apabila ditanya sekiranya Pakatan mampu mengambil alih kerajaan negeri.

Katanya, masalah tidak akan timbul sekiranya pilihan raya itu dijalankan secara bebas dan adil.

Apa yang membimbangkan adalah perkembangan yang akan berlaku dalam tempoh terakhir kempen ini, katanya lagi,

Kempen selama 10 hari akan berakhir pada tengah malam ini dan pemilih akan mula membuang undi sebaik pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi esok.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan