Apa Perjanjian Sulit Najib Dan RPK Di Australia?

Angkasanuri
Raja Petra Kamarudin sudah pun berpusing 360 darjah. Asalnya RPK dilabel TV3 sebagai petualang dan pengkhianat negara. Malah ada pemimpin BN yang mendesak agar kerakyatan RPK dilucutkan. Ramai pemimpin BN yang gabra dan gelisah. Polis Malaysia gagal menangkap RPK berdasarkan dua waran tangkap yang dikeluarkan, lalu Interpol diguna. Dato Seri Anwar dituduh membiayai kehidupan mewah RPK di kota London.



Namun, itu cerita tidak lama dulu. Kini TV3 yang menggelarnya pengkhianat memberi ruang siaran melalui temubual ekslusif bersama RPK di Australia. Saya tak tonton TV3, tetapi dari ulasan rakan-rakan bloggers yang menonton, RPK meracau tak tentu pasal macam orang kena sampuk, santau dan pukau.

Mengapa King Blogger kini menjadi burger benjo King? Saya tak pelik kerana dari awal RPK meninggalkan negara sudah meninggalkan 1001 persoalan. Macam mana RPK senang-senang boleh meninggalkan negara ini sedangkan SB sentiasa memantau pergerakkannya? Bagaimana RPK boleh hidup di Apartmen mewah di kota London? Siapa yang biaya, siapa yang taja?

Apa yang lebih memusykilkan saya kenapa tiba-tiba RPK terbang dari Kota London ke Australia bulan lepas ketika Perdana Menteri secara 'kebetulan' turut berada di sana? Difahamkan satu pertemuan 'dari hati ke hati' secara bersemuka telah diadakan di antara Najib-RPK, untuk apa? Mengapa Najib tiba-tiba lembut hati sudi untuk bertemu RPK yang sebelum ini menuduhnya macam-macam termasuk melalui akuan bersumpah? Adakah itu semua berlaku secara kebetulan tanpa dirancang? sekonyong-konyong tak lama lepas tu RPK mula membela Najib...tak kan itu pun payah nak fikir???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan