Eskay sedia sumpah laknat bersama Anwar


Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As di Sentuk selepas solat Jumaat esok.

 "Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.

Semalam sebahagian lagi rakaman video seks yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog.

Pada 4 April lalu, satu klip video juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.

Pada 21 Mac lalu, rakaman video seks berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis. Beliau juga menafikan individu yang beraksi itu adalah dirinya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan