'Trio Datuk T akan didakwa minggu depan'

NONEKumpulan 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang kanan menjangkakan mereka bertiga akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

Sambil menolak soalan bertalu-talu daripada wartawan, seorang anggotanya Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata ia mungkin terjadi minggu depan.

"Ada beberapa lagi siri sidang media selepas ini. Kami mungkin didakwa minggu depan," katanya dalam sidang media tergesa-gesa selama hanya 12 minit di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Walaupun terus diasak, Eskay enggan menjelaskan lanjut. Katanya, beliau percaya mereka akan didakwa atas kesalahan menayangkan video lucah.

Pada 21 Mac lalu, rakaman video seks berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Misteri "Datuk T" terungkai apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersama bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku mereka bertanggungjawab di atas penayangan video tersebut dan menggelarkan kumpulalan mereka sebagai "Datuk T" merupakan singkatan "Datuk Trio".

Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis. Beliau juga menafikan individu yang beraksi itu adalah dirinya.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan