Lebih 200 orang solat maghrib di hadapan Balai Polis Dungun

WTKO
Walaupun tangkapan kepada Ustaz Sheikh Hanafi berlaku kira jam 6.00 petang tadi. Semasa maghrib lebih daripada 200 orang sudah datang untuk solat maghrib di sana.

Menurut maklumat mereka akan bersurai selaps Ustaz Sheikh Hanafi dikeluarkan daripada Balai Polis. (Gambar: Salah seorang jurufoto Pihak Polis)

Kira jam 7.15 malam dah ramai pemuda turun ke Balai Polis.


Jalan ke Balai Polis Mulai sesak.


Lebih daripada 200 orang solat maghrib dan selepas itu solat Hajat.


Ustaz Saiful Bahri Mamat (blog http://ustazsaifulbahri.blogspot.com) Timbalan YDP PAS Kawasan Dungun Mengetuai Solat Hajat. Beliau juga adalah Timbalan Persuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang baru.


Balai Polis Dungun.

Setak ini Sheikh Hanafi masih disiasat berhubung dengan BERSIH 2.0. Ustaz Wan Haasan Mohd Ramli YDPertua PAS Kawasan Dungun juga turut masuk ke Balai Polis.

Kami lapor lagi selepas ini.

Note: Tahniah dan syabas kepada ahli PAS terutama Pemuda PAS Dungun yang begitu cepat boleh turun ke Balai Polis Dungun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan