Seminggu sebelum BERSIH

albangi
Saya dapati ramai rakan-rakan dan jiran serta orang kebanyakan tidak tahu apa tujuan DEMO BERSIH dan mengapa DEMO BERSIH perlu dilakukan, Publisiti dan penerangan mengenainya belum sampai ke akar umbi, mungkin hanya berlegar dalam Internet. Di dalam media elektronik, DEMO BERSIH disebut berulang-ulang sebagai menggugat keselamatan awam dan dirancang oleh kumpulan pengacau.
Semua media UMNO cuba memaku kepala rakyat dengan gambaran negatif terhadap DEMO BERSIH. Dan rakyat tidak tahu apa dan mengapa BERSIH mahu dilakukan.

Tektik propaganda iaitu memaku kepada rakyat berulang-ulang ini adalah tektik al-Hitler. Bila dibuat berulang-ulang, akhirnya rakyat akan akur dan percaya atau termakan dengan propaganda itu walaupun hal atau berita yang disebut itu tidak betul. Itulah yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim, Al-Maunah, Ibrahim Libya, dan JI.

Media BN-UMNO mengatakan bahawa kerajaan bersedia mendengar apa saja cadangan atau kritikan terhadap kelemahan SPR dan semua itu boleh dibuat melalui saluran perbincangan dan tidak perlu kepada DEMO. Katanya Malaysia negara aman (aman? tapi tidak sejahtera kerana penyelewengan, kepincangan, kes buang anak, kes dadah, kes AIDS/HIV dan kes rasuah yang tinggi)

Orang ramai perlu diberi maklumat bahawa DEMO ini dibuat sebagai kemuncak bantahan kepada kerajaan khususnya SPR yang masih mengekalkan penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya semata-mata untuk memastikan BN-UMNO terus menang.

Perbicangan demi perbincangan dengan SPR telah dijalankan, berhelai-helai memo bantahan telah dihantar, puluhan cadangan dan kritikan telah diberikan kepada SPR, tetapi SPR terus melakukan penipuan dalam senarai daftar pemilih dan penipuan dalam pelbagai prosidur melalui proses pelaksanaan pilihanraya.  INILAH YANG RAKYAT dan ORANG KEBANYAKAN PERLU DIFAHAMKAN.

Berikan info kepada rakyat apa sebenarnya kritikan dan cadangan BERSIH.
Berikan sebab mengapa DEMO ini TERPAKSA dibuat dan bukannya BERSIH tidak pernah berdialog atau duduk semeja dengan SPR dan kerajaan. Semuanya pernah dibuat.

Berikan sebab mengapa rakyat harus sokong ketelusan proses pilihanraya.
Berikan inspirasi kepada rakyat mengapa kita sebagai rakyat harus bersama membetulkan urusan negara yang milik kita bersama dan bukan milik BN-UMNO!

Edarkan risalah di seluruh negara, masjid, surau, pasaraya, pasar basah, sekolah, stesen bus, stesen keretapi, stesen teksi, stesen bas, pantai-pantai peranginan,  padang-padang permainan, kawasan rekreasi, dan di sepanjang jalan di seluruh negara. Banjirkan maklumat mengenai BESRIH dalam negara supaya rakyat faham mengapa BERSIH perlu di lakukan dan di sokong! 

Tidak cukup dengan bercakap dalam Internet sahaja! Insya Allah saya mulakan sendiri dengan mencetak dan mengedar info apa dan mengapa DEMO BERSIH itu. Kepada rakyat yang sayang pada negara, ayuh didik rakyat, inform rakyat apa dan mengapa BERSIH.

JK BERSIH perlu segera lakukan pecutan akhir dalam seminggu ini. Kalau pun tidak jadi DEMO BERSIH kerana arahan DYMM atau sekatan Polis, mesej BERSIH tetap sampai kepada rakyat seluruhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan