Tujuan beratus baju-baju BERSIH 2.0 dirampas terbongkar?

Milo Suam
MAKLUMAT yang baru diterima ini benar-benar memeranjatkan. Diharap pihak penganjur dan mana-mana pihak yang berkenaan memandang berat tentang isu ini

MiLo SuaM telah menerima sebuah email dari "orang dalam" yang membongkarkan bahawa tindakan sabotaj akan dilakukan ke atas Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti.

Difahamkan bahawa beratus-ratus baju BERSIH 2.0 yang dirampas sejak kebelakangan ini akan dipakai oleh puak-puak penentang perhimpunan tersebut dengan niat untuk melakukan sabotaj.

Bagi mengesahkan maklumat ini, kita lihat nanti, apakah berita yang akan dimainkan oleh media-media arus perdana untuk menggambarkan bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah sebuah perhimpunan yang ganas?. Bagaimanapun, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakan perkara tidak diingini daripada berlaku.

Bik Mama seperti biasa masih membelek-belek katalog beg tangan import, sambil menunggu peruntukan dari isteri tercinta kah kah kah...

ReJaM© "Kita tunggu dan lihat, berita apa akan dikeluarkan oleh media arus perdana pada 9 Julai ini..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan