‘Sudahkah polis siasat Papa Gomo?’


PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertanya mengapa polis lambat menjalankan siasatan laporan terhadap sebuah blog yang menyiarkan laporan palsu mengenai mesyuarat majlis itu bulan lalu.
Halimey Abu Bakar berkata,  laporan terhadap blog Papa Gomo itu dibuat oleh Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya 16 Ogos lalu.
Mohd Fauzi dalam laporan polisnya berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
“Laporan polis itu dibuat oleh pengarah penguatkuasa, pegawai awam kelas A dan bukannya laporan oleh orang politik.
“Mengapa susah sangat hendak ambil tindakan ke atas Papa Gomo,?” tanya Halimey ketika dihubungi hari ini.
Halimey yang juga ketua penerangan PKR Petaling Jaya berkata, isu mahu menyita DUMC tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Burukkan kerajaan negeri
Katanya, apa yang dilakukan oleh blog tersebut ialah semata-mata untuk memburuk-burukan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.
Blog Papa Gomo bertarikh 13 Ogos lalu memuatkan dokumen dengan label “Sulit” bertajuk “Laporan Ops Sita Gereja Methodist
Damansara Utama” oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.”
Blog itu mendakwa operasi menyita premis DUMC dibatalkan setelah mendapat arahan pemimpin Pakatan Rakyat.
Pemimpin Pakatan Rakyat yang dimaksudkan termasuk Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid
Samad dan tiga Exco Kerajaan Negeri Selagor Ronnie Lu, Elizabeth Wong dan Teresa Kok.
Khalid bersama ahli-ahli majlis MBPJ telah membuat satu laporan polis terhadap Papa Gomo, bulan Ogos lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan