UMCO kecewa gagal malukan Khairy, Muhyiddin terkencin dalam seluaq

Tok Senapi


Usaha bersungguh2 UMCO untuk melenyapkan Khairy Jamaludin dari peta politik Malaysia belum berakhir selagi menantu Pak Lah itu menjadi Ketua Pemuda UMCO. Selepas 3 tahun Najib masih enggan melantik Khairy jadi timbalan menteri sekalipun.


Kemenangan tipis Khairy sebagai ketua Pemuda UMCO dulu kerana saki baki pengaruh Pak Lah dan faktor rasuah yang dihulurkan oleh Khairy kepada perwakilan UMCO.

Puak-puak yang anti Khairy cuba menghasut dia berdebat dengan Mat Sabu dalam isu siapa pejuang kemerdekaan. Mat Sabu dakwa antara pejuang kemerdekaan ialah Mat Indera manakala UMCO dakwa penjajah Britishlah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya.

Puak-puak tu berharap dengan ketokohan pidato Mat Sabu, Khairy akan kalah tertungging-tungging dan lepas kalah akan tenyeh muka kat lantai kerana malu. Tapi niat buruk depa terhadap Khairy tu tak menjadi, sebab Mat Sabu menolak hasrat tersebut. Mat Sabu pun ada 'belas ehsan' kat budak beringus macam Khairy, nanti orang kata Mat Sabu kejam pulak..ibarat Mike Tyson lawan tinju dengan budak pra sekolah.

Kalau nak berdebat Mat Sabu pilih Muhyiddin Yasin yang bermulut celupar dok maki Mat Sabu, tapi malangnya menurut sumber-sumber yang rapat dengan Muhyiddin, TPM itu sampai terkencin dalam seluaq bila Mat Sabu cabar berdebat. Kalau takut sampai tara tu tak payah berdebatlah... jadi TPM pun tak payahlah, balik kampung tanam kacang lagi baik Pak Din oiii.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan