Isu Raja: Siapa lebih berkaliber? Dr. M atau Prof Aziz?

Maclean Patrick

Jangan sesekali mudah percaya UMNO bila mereka mula bercakap soal institusi Raja di Malaysia. Begitu juga, jangan kita terpedaya dengan Mahathir Mohamad bila dia membuka mulut tentang isu Raja.


Mantan Perdana Menteri itu menempelak Prof Aziz Bari sebagai ‘kurang ajar’ atau kasar bila pensyarah undang-undang itu menyatakan buah fikirannya yang institusi Raja tidak boleh lari dari kritikan. Mahathir bercakap seolah-olah terlupa akan sejarah diri sendiri yang pernah mengherdik, menghina Institutsi Raja sewaktu memerintah.

Keputusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung Aziz Bari kononnya sebagai tindakan wajar telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional mempunyai pandangan yang sangat rendah terhadap ahli akademik Malaysia. Mereka fikir ahli akedemik ialah golongan yang boleh mereka pergunakan untuk kepentingan dasar-dasar dan permainan politik mereka sahaja. Menurut BN dan UMNO, seseorang ahli akademik itu hanya pencari makan dan melakukan apa yang diperintahkan. BN dan UMNO tidak rasa bersalah bila memaksa pengurusan universiti mengikut telunjuk mereka.

Penghijrahan cerdik pandai ke luar negara bukan isu kesetiaan

Memaksa bercakap mengikut telunjuk Sang Penguasa bukanlah tugas ahli akademik. Ahli akdemik dilatih untuk merumus sesuatu perkara secara objektif dan rasional. Seseorang itu boleh bersetuju atau tidak dengan pendapat ahli akademik. Dan ini turut diperakukan di dalam konteks demokrasi dimana ahli politik parti memerintah di Malaysia tidak mempraktikkan langsung perihal demokrasi ini.

Tentu sahaja UMNO tidak akan melanggan corak pemikiran seperti ini. Sebaliknya, UMNO memilih untuk mencengkam erat kukunya terhadap apa sahaja bentuk pemikiran bebas di negara ini. Bagaimana mungkin Malaysia menjadi negara yang disegani jika kelompok seperti UMNO dan BN menghalang para cerdik pandai dari hak untuk berfikir. Bukan satu kemustahilan lagi yang ramai cerdik pandai Malaysia memilih untuk berbakti di luar lebih dari di tanah air sendiri.

Ini juga bukan persoalan kesetiaan seperti yang sering diwar-warkan oleh UMNO kepada sesiapa sahaja yang memberikan pendapat berbeza dari parti politik itu. Malah peluang bercakap secara bebas itu sering disekat – justeru membantutkan perkembangan minda dan masa depan negara.

Meludah ke langit

Bila Mahathir bercakap yang kita perlu menghormati Raja-Raja, ia seperti meludah ke langit.

Tahun 1983 di bawah pentadbiran Mahathir Mohamad, dia telah mempersoalkan institusi Raja beberapa kali. Dia tampil mengemukakan pindaan perlembagaan yang menghadkan kuasa Agong terhadap Dewan Parlimen. Majlis Raja-Raja terpaksa menyatakan keputusannya dalam tempoh 15 hari ianya digubal dan yang paling penting pindaan itu turut menyerahkan kuasa untuk mengelar Darurat daripada Agong kepada Perdana Menteri. Tetapi Mahathir mempunyai bala tenteranya terdiri dari pihak media yang kemudiannya turun ke jalan-jalan melakukan rapat-himpun bagi menunjukkan yang rakyat turut menyokong.Yang peliknya, rapat-himpun jalanan ini tidak pula dianggap salah berbanding perhimpunan BERSIH pada 9 Julai yang menuntut agar pilihanraya seterusnya bersih dan adil. Tidak juga himpun-rapat itu diisytihar ancaman kepada keselamatan negara atau merugikan ekonomi negara.

Raja enggan tunduk paksaan Mahathir dan Raja juga didukung kuat oleh para Sultan, ahli politik UMNO konservatif, segelintir orang Malayu tetapi ramai orang Cina. Tetapi Mahathir mempunyai bala tenteranya terdiri dari pihak media yang kemudiannya turun ke jalan-jalan melakukan rapat-himpun bagi menunjukkan yang rakyat turut menyokong.Yang peliknya, rapat-himpun jalanan ini tidak pula dianggap salah berbanding perhimpunan BERSIH pada 9 Julai yang menuntut agar pilihanraya seterusnya bersih dan adil. Tidak juga himpun-rapat itu diisytihar ancaman kepada keselamatan negara atau merugikan ekonomi negara.

Selepas lima bulan lamanya, kedua-dua belah pihak berjaya mencapai kesepakatan yang kuasa menggelar Darurat masih di bawah Raja namun sekiranya rang undang-undang itu tidak dipersetujui oleh Raja, kuasa itu perlu dikembalikan kepada Parlimen yang boleh menggelar Darurat tanpa pengesahan Raja.

Mahathir raja tanpa mahkota

Di dalam dekad kedua memerintah, Mahathir sekali lagi mencari pasal dengan institusi Raja-Raja.

Tahun 1992 menyaksikan putera Sultan Iskandar, pemain hoki kebangsaan telah digantung bermain selama lima tahun kerana mencederakan lawan. Sultan Iskandar bertindak menarik balik semua pasukan hoki negeri Johor dari pertandingan kebangsaan itu. Keputusannya itu mendapat kritikan dari jurulatih tempatan dan kerana murka, Sultan iskandar memerintahkan jurulatih itu untuk mengahdapnya di istana sebelum dia dibelasah teruk.

Secara bersama, Parlimen menghukum Sultan Iskandar, dan Mahathir mengambil kesempatan untuk mengubah hak perlindungan Perlembagaan kepada Sultan dari tindakan saman sivil dan jenayah.

Pihak media sekali lagi menyokong Mahathir dan mula menyiarkan dakwaan salahlaku kerabat Raja di Malaysia. Dengan menyiarkan contoh-contoh kehidupan mewah Raja, Mahathir bertekad untuk memotong habuan kewangan kepada institutsi Raja-Raja. Dengan pihak media dan kerajaan terus menyerang mereka, para Sultan akhirnya akur dengan cadangan kerajaan. Kuasa untuk tidak mempersetujui rang undang-undang terus dibatasi dengan peindaan Perlembagaan yang diluluskan pada tahun 1994. Secara tidak langsung, Mahathir ditabalkan “raja tanpa mahkota” di negara ini.

UIA, pusat pengajian yang tidak boleh berfikir?

UMNO di bawah pemerintahan Mahathir secara berkesan membolot kuasa ke atas institutsi Raja-Raja, semakin kuat cengkamannya terhadap kuasa Raja.

Inilah cara UMNO menghormati Raja-Raja di Malaysia. Kita bukan bercakap pasal seorang Sultan sahaja tetapi juga Raja dan institusi itu telah diperkudakan oleh UMNO. Berbanding dengan komen Aziz Bari tentang keputusan Sultan Selangor, kita boleh melihat secara jelas pilih kasih yang digunakan di negara ini bila bercakap soal keadilan.

UIA seharusnya malu kerana tunduk tekanan dan kuasa politik. Sekiranya UMNO boleh menyatakan perbuatan ketua bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri yang menyerang anak lelaki Lim Guan Eng di dalam blognya sebagai ‘pendapat peribadi’, bagaimana UIA tidak boleh menyatakan itu adalah pandangan peribadi Aziz Bari sebagai seorang ahli akademik?

Bukankah ini menunjukkan yang UIA, sebagai sebuah institusi ilmu, melanggan tanggapan yang semua boleh belajar dan menyoal kerana jawapan persoalan itu membolehkan ilmu itu terus berkembang?
-Malaysia Chronicle-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan