Betulkah Khir Toyo Dikorban Untuk ‘Wajarkan’ Anwar Ke Penjara?

Khir Toyo Dikorbankan Untuk 'Wajarkan' Anwar Ke Penjara
KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang menyabitkan kesalahan ke atas mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan sebuah hartanah dengan harga lebih rendah, membuktikan satu perkara yang pasti, Datuk Seri Anwar akan didapati bersalah dan dihumban ke penjara!!


Justifikasinya, dengan keputusan ini, UMNO/BN mengharap rakyat tidak akan mempersoalkan sistem keadilan negara bila Anwar kelak didapati bersalah dan dihantar ke penjara kerana pemimpin UMNO sendiri seperti Khir Toyo juga didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman.

Pendek kata, keputusan ke atas Khir Toyo hari ini adalah ‘jawapan’ UMNO/BN jika keputusan Anwar nanti dipersoalkan banyak pihak dari segi kebebasan hakim membuat keputusan.

Tapi penulis ingin mengingatkan kerajaan bahawa rakyat bukan bodoh. Dengan informasi dihujung jari pada hari ini, semua maklumat mudah didapati tidak seperti dahulu. Pendakwaan ke atas Khir Toyo ini sebenarnya terlalu ‘ringan’ kerana dia dituduh dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, bukan Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang lebih berat hukumannya.

Hukuman penjara pun maksimum 2 tahun sahaja selain denda.

Selain dari itu, maklumat yang penulis perolehi dari mereka yang arif dengan soal perundangan, Khir Toyo tidak mungkin didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas kerana satu faktor yang utama – nilai hartanah itu tidak ditentukan oleh Khir Toyo tetapi penilai hartanah yang bertauliah, Rahim & Co.

Justeru bila hakim Dato Mokhtarudin Baki masih mendapati Khir Toyo bersalah, penulis melihat adanya ‘tangan-tangan ghaib’ yang mempengaruhi hakim dalam membuat keputusan tersebut. Logik ini ada kerana campur tangan eksekutif dalam sistem perundangan dan kehakiman Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru.

Ia sudah menjadi rahsia umum sejak sekian lama dengan pertubuhan berkaitan keadilan seperti Majlis Peguam sendiri telah mengadakan beberapa siri bantahan menuntut proses kehakiman yang bebas daripada campur tangan eksekutif. Masalah ini telah mendapat perhatian antarabangsa dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik Pelapor Khas untuk memantau perjalanan sistem perundangan di Malaysia.

Satu ketika dahulu, Hakim Datuk Muhamad Kamil Awang pernah membuat pengakuan terbuka ada menerima panggilan telefon dari pihak yang tidak dinamakan yang mengarahkannya menggugurkan petisyen pilihanraya Likas yang didakwa dicemari pengundi hantu.

Jadi penulis tidak lihat keputusan mahkamah ini sebagai kebebasan sistem kehakiman yang diharapkan rakyat. Ia masih lagi percaturan politik bagi mewajarkan tindakan yang bakal dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan fitnah meliwat Saiful Bukhari.

Khir Toyo masih mempunyai ruang untuk merayu ke mahkamah yang lebih tinggi, ditambah dengan latar belakang kesnya yang lemah, tidak mustahil dia akan dibebaskan di peringkat rayuan besok.

‘Terima kasih Ibrahim Ali, saya masih bersama PAS’

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali menolak tawaran Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mempelawanya menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu.
Perkasa pada dasarnya memperjuangkan Islam, keistimewaan Melayu dan kedaulatan institusi Raja.

Malah Dr Hasan menegaskan beliau masih mahu berjuang dalam PAS dan fokus terhadap usahanya untuk menyampaikan mesejnya selama ini.

Ibrahim semalam dilaporkan berkata sudah sampai masanya Dr Hasan membuat keputusan menyertai Perkasa jika merasakan perjuangannya dalam PAS tidak mampu memenuhi hasrat dan cita-citanya itu memandangkan Adun PAS Gombak Setia itu sudah pun dipinggirkan oleh parti sendiri.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata beliau telahpun menyatakan hasratnya itu kepada Dr Hasan sebelum ini tetapi setakat ini belum menerima apa-apa jawapan.

Jumpa presiden
“Saya ucapkan terima kasih kepada Ibrahim Ali kalau ada tawaran tapi beri saya peluang untuk berjuang dalam wadah sedia ada yang diberikan kepada saya untuk tentukan wadah ini memberi impak dan kesan kepada 28 juta umat Islam di negara ini.

“Di peringkat ini saya tak terima,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, ditanya tentang pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan isu ini, beliau berkata setakat ini tidak mendapat apa-apa arahan atau surat daripada pimpinan, namun tetap bersedia bila-bila masa sekiranya dipanggil.

“Saya perlu berjumpa dengan pimpinan parti kerana saya patuh kepada pimpnan parti, saya perlukan bimbingan mereka tentang polemik yang berlaku, selain ada beberapa cadangan yang nak disampaikan kepada pucuk pimpinan tertinggi,” katanya.

Beliau turut akur dengan perintah pimpinan parti untuk tidak membuat kenyataan terbuka dan menganggap ini sidang media terakhir dalam isu ini, namun mempertahankan tujuannya hari ini adalah kerana Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mencabarnya supaya menjawab dakwaan tentang perjumpaan dengan orang Umno Julai lalu bagi mengelakkan tanggapan negatif ahli dan masyarakat lain.

Kantoi! Gambar gay Filipina diguna untuk fitnah Adam Adli!

Milo Suam
TENTU anda sudah sedia maklum dengan fitnah terbaru blogger-blogger United Malays No Otak berhubung penyebaran gambar bogel yang didakwa sebagai gambar Adam Adli baru-baru ini.

Kita sedia maklum United Malays No Otak, Umno memang gemar memainkan politik lucah untuk menjatuhkan kredibiliti serta mengaibkan pihak lawan mereka.

Pelbagai fitnah direka supaya rakyat percaya mana-mana pihak lawan Umno terbabit dengan skandal seks, gay, zina dan sebagainya. Kalau kita lihat blog-blog United Malays No Otak tidak ubah seperti blog lucah tanpa sempadan.

Adam Adli yang menurunkan gambar Najib selama lima minit baru-baru ini tidak terlepas daripada fitnah mereka.

Malangnya fitnah mereka terbongkar apabila gambar yang disebarkan oleh blogger-blogger United Malays No Otak yang didakwa adalah gambar adam Adli sebenarnya merupakan gambar Gay Filipina.

Gambar tersebut telah dimuat naik ke internet sejak 2010, di salah sebuah blog Gay Filipina. Malah terdapat gambar lelaki ini yang menunjukkan kemaluan yang tidak bersunat (Link lucah tidak disediakan harap maklum).

Apa pun terima kasih kepada pakcik google kerana membantu ReJaM© menemukan"similar image" yang berjaya membongkarkan fitnah ini.

Sekiranya anda ada niat untuk menentang United Malays No Otak, Umno, makabersedialah untuk difitnah dengan gambar-gambar bogel yang seiras dengan wajah anda. Sebarkan!

ReJaM© "Politik lucah taktik meraih sokongan rakyat kepada Umno"

Dokumen, Bukti Jamil Khir salahguna wang Zakat.

AnakSgDerhaka
23 Jun 2011 yang lalu… Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Khamis menafikan laporan Harakahdaily yang kononnya wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Ali.
Beliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu.

"Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di sini Khamis - BERNAMA

Patutlah Jamil Khir nafikan.. memang benar bukannya RM32,000 tapi RM63,500.00 telah digunakan.. lihat dokumen yang disertakan..

Surat yang mendedahkan penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Bersamanya disertakan dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,500.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Lagi dokumen sila lihat di SINI 

Pesakit mati selepas alat kelamin putus digigit tikus di sebuah hospital

Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, di India, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.

Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.

Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

"Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.

Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.

Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.

Sabtu lalu, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya.

Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Disember lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut.
-Bernama-

Saya tarik balik kritik negara berkebajikan - Hasan Ali

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.
Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.

Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.

Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya.

Khir Toyo Berkata Dia Kambing Hitam!!

laniismaa

Khir Toyo didapati bersalah kerana rasuah untuk mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu dan dia dipenjara setahun.

Namun begitu dia berkata dia sebagai kambing hitam politik dan berkata dia tetap tidak bersalah  kerana harga RM3.5 juta pada asasnya “pembeli sanggup dan penjual sanggup”. Khir juga berkata “Sejak dari mula lagi,” apabila ditanya pemberita sejak bila dirasakannya akan bersalah sekiranya dia kambing hitam.

Khir juga berkata “ini bukan keputusan muktamad dan saya akan terus berjuang untuk membersihkan nama saya.” “Soalan politik, saya akan menjawab selepas Januari 9,” tarikh keputusan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Khir didakwa telah melakukan kesalahan itu di kediaman Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7 / 1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei, 2007. -Sumber TMI

PS :Ha..haa… baru terasa dia berada di pihak yang benar dan baru terasa dia menjadi kambing hitam politik Najib. Mungkin betul kerana Najib nak menunjukkan dia serius nak benteras rasuah [NFC lain cerita!]. Sebenarnya Khir tak dikehendaki lagi dalam UMNO. Kalau dikehendaki dan pengaruhnya masih kuat tentu dia tak bersalah…itulah politik!!

EkELEH!!! Kambing Hitam Konon!!

20 calon tidak mungkin menang PRU-13: Cuba teka siapa mereka?

Mathias Gomes


Selepas Perhimpunan Agong Umno yang lepas dan perkara-perkara bodoh yang dilakukan oleh pemimpin pakatan BN, saya berasa amat jelik dan ia telah pun menyebabkan saya tidak menghadap computer selama 10 hari.


Terima kasih kepada ubat-ubatan dan antibiotik, allergik saya telah pulih dan saya akhirnya berupaya untuk duduk dan menulis semula.20 calon utama yang tidak mungkin menang PRU 13, disusun dari bawah

20: P Ramasamy (DAP), beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan sebenarnya tidak berada dalam senarai saya ini apabila idea itu datang beberapa minggu yang lalu. Tetapi, situasi yang ada sekarang telah dicipta oleh beliau sendiri. Beliau telah menjengkelkan pengundi di Pulau Pinang. Saya sangat kesal kerana melihat seorang lelaki jatuh hanya kerana egonya. Beliau mahu kerusi di negeri dan juga di Parlimen kerana merasakan bahawa beliau layak. Keangkuhan beliau akan membawa kepada kekalahannya.

19: Nasharudin Mat Isa (PAS). Dengan hubungan beliau dengan UMNO, dan juga Hassan Ali, beliau telah meletakkan diri beliau jauh daripada pengundi dan juga PAS yang menyayangi beliau seperti anak. Tapi Nampak gayanya ia tidak berbaloi. Kini, sekiranya beliau di pilih untuk bertanding satu kerusi untuk PAS, peluang beliau untuk menang agak tipis. Walaupun beliau mempunyai penyokong, tetapi ia tidak cukup untuk beliau menang. Beliau akan memerlukan pertolongan daripada UMNO, yang berkemungkinan akan simpati pada beliau dan mungkin juga akan memberikan sekotak dua kotak undi pos untuk membantu beliau.

18: Siapa lagi? Semestinya Hassan Ali (PAS). Si pandai ini akan jatuh teruk. Beliau akan akhirnya akan kembali kepada realiti. Rakyat Selangor akan memberitahu beliau bahawa mereka tidak suka akan taktik kotor dan menjengkelkan beliau. Sekiranya beliau bertanding di Terengganu, beliau mungkin boleh menang tetapi, sekiranya di Selangor dengan bantuan UMNO beliau pasti kalah teruk. Sekiranya beliau fikir bahawa rakyat Selangor bodoh akan mempercayai karut marut yang beliau adakan selama ini, beliau memang silap. Rakyat Selangor sememangnya berpelajaran dan bijak. Mereka tidak akan mudah melupakan isu-isu yang ditimbulkan UMNO dan Hassan terutamanya mengenai serbuan DUMC dan juga Injil bercakap yang bertujuan menakut-nakutkan orang Islam.

17: Zulkilfli Noordin (Calon bebas pro BN) Ini seorang lagi pencetus masalah yang sering berpura-pura seperti orang alim. Tetapi malangnya beliau hanya layak untuk tong sampah. Sekiranya beliau bertanding lagi di Bandar Baru Kulim, beliau pasti kalah. Penduduk di sana akan memastikan beliau akan kehilangan wang deposit beliau. Mereka yang mengundi beliau atas tiket PKR telah merasa tertipu dan sekiranya UMNO meletakkan beliau lagi di sana, PKR pasti menang!

16: Zahrain Hashim (Calon bebas pro BN) Dahulu, beliau dianggap sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim. Zahrain akhirnya menjual persahabatan dan maruah beliau kepada UMNO semata untuk mendapatkan yang tidak seberapa dan juga mengikut PM ke luar negara. Penduduk di Bayan Baru sememangnya mahu melihat beliau kembali tetapi kali ini, mereka menanti dengan telur buruk. Beliau tidak berani menunjukkan mukanya di sana lagi sejak menipu mereka. Beliau juga mungkin tidak akan diambil oleh mana-mana parti walau UMNO sekalipun. Beliau akan kalah di mana sahaja beliau bertanding di Malaysia.

15: Nasharuddin Hashim (UMNO). Ada sesiapa yang ingat pada beliau? Beliaulah yang menjadi penyumbang kepada huru-hara di Perak apabila keluar parti PKR dan masuk UMNO. Bukan itu sahaja, beliau juga membawa 3 orang ADUN PKR bersama untuk masuk UMNO. Beranikan beliau bertanding di Bota lagi? Tidak mungkin kerana orang Bota akan ingat betapa beliau ini seorang penipu. Ceramah beliau sentiasa melaungkan janji setia pada Anwar tetapi, beberapa hari sahaja selepas menang, beliau terus kembali kepada UMNO. Sekiranya ada satu soalan yang boleh ditanya rakyat Bota kepadanya, ia adalah berapa banyakkah yang dibayar Najib kepadanya untuk lakonan beliau itu.

14: Osman Jailu (Calon bebas pro BN). ADUN Changkat Jering ini adalah antara 3 orang yang popular dengan situasi menggigit tangan yang memberi mereka makan. Beliau lah antara 3 orang yang melompat parti dan membawa kepada rampasan kuasa di Perak. Changkat Jering akan memberi pengajaran untuk beliau sekiranya beliau menagih undi mereka lagi. Mungkin juga beliau sudah bersara kini. Denagr-dengar beliau telah mendapat habuan besar untuk pengkhianatan beliau –cukup untuk mengenyangkan keluarganya dan generasi yang seterusnya.

13: Jamaluddin Mohd Radzi (Calon bebas pro BN). Layaknya seperti kasanova dengan misai tebalnya. S.ememangnya seorang penipu. Beliaulah orang kedua dalam drama rampasan kuasa di Perak yang menumbangkan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Nizar Jamaluddin. Behrang juag ingat pada bekas posmen ini. Beliau juga akan kehilangan wang deposit sekiranya beliau cuba bertanding di sana lagi. Beliau diyakini gagal.

12: N Gopalakrishnan ( Calon bebas pro BN). Beliau merupakan bekas ketua pemuda MIC dan juga rapat dengan Samy Vellu. Saya ingat pada beliau kerana saiz kek harijadi yang beliau berikan kepada Samy Vellu. Ada kalanya kek yang beliau berikan itu mencecah 4 kaki. Beliau menjadi rapat dengan Anwar Ibrahim dan juga menjadi seorang yang terkenal dalam PKR, sangat fasih berbahasa Melayu. Tetapi seperti yang lain, beliau juga telah mengkhianati Anwar kerana wang. Keadaan kewangan beliau sangat teruk tetapi sekarang nampak gayanya beliau sudah melangsaikan segalanya dan hidup senang- hasil bantuan UMNO. Orang di Bagan Serai, termasuk kaum India di sana tidak akan mengundi beliau lagi dan kita akan terselamat daripada mendengar seorang lagi si mulut bechok di Parlimen.

11: M Saravanan (MIC) Beliau dianggap sebagai salah seekor anjing Samy Vellu (You tube). Juga seorang yang mempunyai personaliti besar tetapi latar belakang yang tidak baik dan sekarang beliau sedang berhadapan dengan skandal penipuan membabitkan beberapa buah flat DBKL dan semestinya beliau menepis dakwaan itu. Walaupun telah menang 3000 undi di Tapah pada 2008, beliau akan kalah sekiranya bertanding lagi di sana kerana kaum India di situ telah memboikot beliau. Terima kasih kepada Hindraf, sesiapa pun boleh menang di sana. Sekiranya ada pertarungan 3 penjuru, PKR pasti menang.

10: Subramaniam Sathasivam (MIC), sekarang merupakan timbalan pengerusi MIC dan Menteri Sumber Manusia. Beliau sedang bertelagah dengan boss beliau, G Palanivel. Tercetusnya pertelagahan dalaman MIC dikalangan pemimpin tinggi mereka telah menghasilkan perpecahan diakar umbi dan ini sememangnya melemahkan kedudukan beliau dalam parti. Walaupun mungkin ada yang mengundi beliau nanti tetapi orang-orang jahat dalam MIC akan memastikan kekalahan beliau si Segamat!

9: K Devamany (MIC). Timbalan Presiden MIC, Devamany adalah antara beberapa calon mereka yang menang pilihanraya lepas. Tetapi, Cameron Highland sudah tidak mengkehendaki beliau. Selepas 2 tempoh, beliau telah lupa asal usul beliau dan beliau sekarang ingin memasui politik peringkat kebangsaan dan ini tidak membawa hasil apabila ia mengorbankan kawasan beliau yang juga telah merasa diabaikan. Sememangnya akan kalah di Cameron Highland- tiada keraguan mengenai itu.

8: Khairy Jamaluddin (UMNO) Si bijak pandai graduan Oxford ini bukanlah lawan Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin (PKR) di Rembau. Seperti biasa, apabila Khairy menang, pasti ada kontroversi seperti juga kemenangan beliau melawan Mukhriz Mahathir untuk jawatan Ketua Pemuda. Sekiranya beliau ingin mempertahankan Rembau, terutamanya selepas skandal Gemas, NFC- Shahrizat Jalil, dan juga sekiranya UMNO merelakan beliau bertanding, Khairy akan kalah teruk. UMNO pasti akan membuang beliau daripada UMNO. Penyelamat Khairy hanyalah bapa mertua beliau yang mungkin boleh meyakinkan orang-orang besar UMNO untuk beliau lepaskan kawasan beliau Kepala Batas dan Khairy bertanding di sana. Layaknya seperti pengorbanan besar tetapi UMNO mungkin akan menolak. Tidak menjadi rahsia bahawa orang seperti Mahathir Mohamad mahukan karier politik Khairy berakhir.

7: Leo Gwo Burne (PKR) Beliau menjadi popular setelah skandal pita ‘correct, correct, correct’ Lingam. Semasa tsunami yang belaku pada 2008, beliau telah di hadiahkan kemenangan oleh rakyat kerana mendedahkan ketidak jujuran dalam sistem kehakiman Malaysia. Beliau agak kolot dan belum bersedia untuk politik peringkat kebangsaan. Sekiranya PKR menamakan beliau sebagai calon, sudah tentu PKR akan kalah di Kelana Jaya.

6: Syed Hamid Syed Jaffar Albar (UMNO) Bekas menteri dalam negeri inilah yang bertanggungjawab memeningkan kepala Hishamuddin Hussein mengenai isu pendatang haram. Semasa beliau mentadbir, beliau telah meluluskan banyak lesen kepada syarikat-syarikat untuk membawa masuk pekerja asing. Syarikat-syarikat ini memperoleh 20 000 hingga 50 000 permit yang di ‘outsource’. Pentadbiran sangat lemah sehinggakan banyak syarikat-syarikat ini bungkus selepas mendapat keuntungan besar. Ini menyebabkan pemegang permit ‘outsourced’ mendapat masalah kerana kehilangan status sah mereka selepas firma-firma ini tutup. Hisham ynag kurang bijak itu sekarang harus berhadapan dengan masalah ini. Syed Albar yang juga bertanggungjawab menahan Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Sin Chew dibawah ISA pada 2008 tidak akan menang di Kota Tinggi. Umno juga tidak mungkin akan membenarkan beliau bertanding.

5: Chua Soi Lek (MCA). Akankan presiden MCA ini menjadi calon pada pilihanraya akan datang? Ikut kemahuan dirinya, sudah semestinya beliau mahu bertanding walaupun tidak popular. Tetapi ketamakkkan Soi Lek sudah pun diketahui umum dan beliau akan terus memaksa UMNO sehingga mereka membenarkan beliau. Malang untuk beliau, sama ada orang Cina atau Melayu, mereka akan membantah. Melihat kepada kedudukan beliau, pasti beliau dapat bertanding di beberapa kawasan. Mungkin beliau juga merasa bahawa beliau ada kerusi selamat di Labis, kawasan beliau sebelum ini. Tetapi memandangkan kenyataan beliau mengenai hudud yang menimbulkan marah orang Melayu, dan juga usaha untuk menaikkan anak beliau juga DVD seks beliau, yang menimbulkan kemarahan orang Cina, ada baiknya beliau tidak bertanding. Rakyat sebenarnya mahu beliau berundur. Beliau mengampu UMNO demi mendapatkan kerusi dan menyokong UMNO membabi buta. Sememangnya rakyat Malaysia mengatakan TIDAK kepada Soi Lek.

4: P Kamalanathan (MIC). Ketua penerangan MIC ini mempunyai taraf keraguan yang belum dibersihkan tetapi tetap menang di Hulu Selangor terima kasih kepada jentera BN yang menjalankan rasuah untk undi. Beliau melakukan dosa besar kepada kaum India apabila beliau tunduk mencium tangan TPM Muhyiddin Yassin. Gambar itu terpahat di minda pengundi India – gambar yang menceritakan segalanya- beliau hamba. Saya boleh bertaruh bahawa tiada orang India di Malaysia yang suka akan gambar itu. Beliau juga merupaka orang buangan dalam MIC. Beliau akan kalah di tempat di mana orang India menjadi penentu kemenangan seperti Hulu Selangor. Satu kekalahan yang pasti buat BN.

3: Sekarang untuk tiga ter-atas- tiga yang pasti kalah. Berada di tempat ke-3 adalah manusia yang sudah hamper pupus. Raja Amfibia dan yang ke -2 paling bersikap perkauman selepas Mahathir Mohamad. Ya tuan-tuan dan uan-puan, beliau ialah Ibrahim Ali (Calon bebas pro BN). Beliau akan bertanding di Pasri Mas sebagai orang UMNO atau bebas? Apa jua yang beliau pilih, beliau akan kalah teruk sama ada Pasir Mas atau mana-mana sahaja di Malaysia. Inilah balasan rakyat kepada beliau kerana cuba memecahbelahkan masyarakat. Beliau mungkin fikir bahawa beliau dipuja orang Melayu kerana menjadi jaguh yang memperjuangkan hak mereka melalui Perkasa tetapi beliau silap. Apa yang beliau buat menjadikan beliau tidak ubah seperti pelawak. Cuma orang UMNO yang sayang pada beliau dan mereka sangat sedikit. Beliau dan Perkasa akan dilenyapkan semasa pilihanraya kelak. Semua sudah muak dengan beliau dan sudah semestinya Mahathir juga akan meninggalkan beliau.

2: Di tempat kedua adalah wanita yang sudah menjadi bebanan kepada UMNO- dengan atau tanpa keluarga beliau. Beliau sangat dikenali kerana skandal NFC yang berjumlah RM 250 juta. Bagaimanakah lembu boleh tinggal di kondo dan menaiki Mercedes? Hanya di Malaysia! Tidak hairanlah Malaysia merupakan negara ke 4 paling rasuah di dunia! Selamat datang ke “Bolehland” di mana perkara yang mustahil jadi tidak mustahil. No 2 tidak lain tidak bukan, Shahrizat Jalil (UMNO). Beliau kalah di Lembah Pantai kepada Nurul Izzah, puteri reformasi dan telah dilantik melalui jalan belakang dengan pangkat Senator untuk menjadi Menteri Wanita. Kerajaan UMNO telah dengan pemurahnya memberikan pinjaman RM250 juta kepada keluarga beliau untuk memulakan projek ternakan lembu dan kini sudahpun menjadi harta mereka. Inilah ibu kepada semua skandal di Malaysia walaupun ia tida mencapai tahap setinggi skandal Najib dengan isu kapal selam Scorpenes bernilai RM 12.5 billion, isu kawasan bebas Pelabuhan Kelang di mana berjuta wang cukai rakyat Malaysia disalahguna. Skandal lembu dan kondo Shahrizat sememangnya suatu lagenda kerana ia telah berjaya memburukkan UMNO dan menghilangkan rasa hormat yang ada daripada rakyat. Shahrizat sememangnya beban untuk UMNO dan tidak mungkin beliau menang di mana sahaja di Malaysia.

1: Dan akhirnya, saat yang ditunggu! Calon paling tidak dapat menang dalam sejarah Malaysia- di tempat pertama merupakan wanita Cina paling dibenci oleh rakyat Malaysia – Hee Yit Foong (DAP). Beliau dipanggil pelbagai nama dan telah mencetuskan rampasan kuasa di Perak. Orang ke 3 dalam drama tersebut dan menjadi yang paling menjengkelkan pada masa itu. Untuk pengkhianatan beliau, beliau telah memperoleh RM 25 juta daripada kroni kerajaan. Orang di Jelapang akan memberikan satu pengajaran untuk beliau sekiranya beliau kembali menagih undi di sana. Ada yang mengatakan bahawa beliau akan dibaling dengan selipar buruk dan penyapu. Kami rasa beliau tidak mungkin akan menang di mana-mana di Malaysia kerana belakang beliau sendiri pun tidak akan mengundi untuk beliau setelah melihat muka beliau! Apakah yang lebih sarkastik daripada itu? Hahahhaha !
-Malaysia Chronicle-

Kisah Khir Toyo, Anwar, Sharizat & Awang Adek Hussein

Mohd Sayuti Omar

KHIR Toyo Erodikromo telah pun mengetahui nasibnya hari ini bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana didapati bersalah melakukan rasuah ke atas pembelian satu lot tanah atas namanya dan isterinya Zaharah Kechik. Saya tidak pasti apakah keputusan mahkamah hari ini telah dapat difirasatkan oleh isterinya lebih awal.


Saya masih teringat dalam satu interviu dengan sebuah akhbar dengan Zaharah Kechik selepas suaminya mengangkat sumpah menjadi MB Selangor dulu, Zaharah berkata dia tidak merasa terkejut dengan perlantikan suaminya sebagai MB kerana sebelum itu dia pernah 'bermimpi' yang Khir Toyo akan jadi MB.

Jadi saya tidak tahu apakah Zaharah mempunyai warida' yang suaminya akan masuk ke penjara suatu hari nanti. Hari ini kalau mahkamah tidak membenarkan rayuan, Khir Toyo sudah pun akan tidur berlapikan toto dalam penjara.

Sehubung dengan hukuman yang diterima hari ini Khir akan membuat keputusan mengenai masa depan politiknya pada 9 Januari nanti, tarikh sama Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan apakan Anwar Ibrahim akan going back ke penjara atau pun tidak. Saya berfirasat Khir akan mengambil keputusan akan berihat dari politik sekiranya Anwar akan ke penjara.

Sebaliknya kalau Anwar didapati bebas dan dibenarkan jamin, Khir akan terus berpolitik. Iya, bagi Khir beliau tidak perlu gentar dengan apa yang berlaku. Kalau Anwar yang dijatuhi penjara sembilan tahun masih aktif dalam penjara kenapa tidak dengan Khir? Khir hanya 12 bulan sahaja kalau rayuanya ditolak. Jangan pula gara-gara rayuan itu hukuman di tambah enam bulan lagi menjadi 18 bulan sudahlah.

Dalam soal ini Khir kena belajar dan mengambil air bekas dalam botol Anwar untuk minum bagi menguatkan semangat dan menghilangkan rasa menggeletar. Anwar walaupun di penjara tetapi semangatnya kuat dan tidak patah. Dia melawan dari dalam tembok. Khir harus sama melawan dari dalam untuk membalas dendam dan memberi pengajaran kepada bekas menteri yang Khir dakwa cuba hendak menjatuhkan kerjaya politiknya. Khir jangan mudah mengaku kalah, kita anak jantan keturunan Jawa lagi.(Saya bukan Jawa walaupun nama macam Jawa).

Elok juga kalau Khir Toyo masuk penjara. Dia boleh kenal siapa lawan dan siapa kawan. Boleh tahu siapa yang setia dan siapa yang berpaling tadah saat beliau ditimpa musibah. Dengan apa yang berlaku akan mematangkan proses politik dan hidup Khir sendiri. Khir perlu mengingati siapa yang mengujunginya malam dan siang semasa menjadi MB dulu, yang datang membawa berbagai-bagai proposal dan hari ini ke mana mereka menghilang.

Apa yang dialami Khir hari ini sudah dilalui oleh Anwar. Kawan yang dulu 'mendolor' (bukan liwat) punggungnya, memujinya dan menjadi pembela terhadap kritikan kepadanya lari lintang pukang selepas Anwar dipecat dari Umno, hilang kuasa dan diringkukkan dalam penjara. Kawan-kawan yang mengelilingi Anwar kini sebahagian besar rakyat yang dulu tidak pernah mendapat perhatian Anwar. Sementara sebahagian yang hampir setiap Subuh bersembahyang bersama Anwar kini bertindak mufarakah dari saf Anwar.

Khir juga perlu ingat dan intai-intai apakah Dr Hasan Ali ada bertanya mengenai masalahnnya. Bukankah ketika saat kritikal hendak tubuh kerajaan Selangor sebaik pilihan raya ke-12 selesai dulu Hasan ada jumpa dengan Khir dan Khir berjanji akan menyokong Hasan sebagai MB Selangor. Jadi adakan hari ini saat Khir telah divoniskan Hasan ada jumpa Khir? Ataupun nombor telefon Khir Toyo pun Hasan sudah delete dari handsetnya.

Penantian untuk Khir sudah pun berakhir. Kini orang sedang menanti bila pula nasib bakal diterima oleh Sharizat Abdul Jalil. Khabarnya SPRM sudah pun mula masuk dan menggelidah pejabat projek lembu gemuk (NFC). Rakyat sedang menunggu apa yang ada di pejabat itu. Apakah Sharizat yang kini sedang mengigil dan tidak dapat tidur malam sampai mata pun sudah dalam terlibat atau tidak. Saya rasanya Sharizat tidak terlibat hanya menjadi mangsa saja. Mangsa suaminya, arkh.

Najib kata dia tidak menerima surat perletakan jawatan Sharizat. Saya yakin tiada surat itu tetapi saya mempercayai Najib sudah mencari calon baru untuk diletakkan berdepan dengan Nurul Izzah di Lembah Pantai. Tidak ada guna Najib pecat sedangkan pilihan raya sudah hampir, jangan calon Sharizat samalah dengan pecat. Kalau pun pecat Sharizat kononnya nak tunjukkan Umno bersih, orang sudah tahu Umno sudah lama berkeladak dengan pelbagai najis.

Dalam perhatian saya Raja Nong Chik adalah pengganti Sharizat dan pahlawan Umno akan berdepan dengan Nurul Izzah.

Sesudah pejabat lembu gemuk digelidah dan Sharizat sudah berada di hujung senja, orang sedang menunggu bila pula Awang Adek Hussein akan dipanggil memberi kenyataan dan menyerahkan segala dokumen berhubung transaksi wang ke dalam akaun peribadinya. Orang ramai juga sedang tunggu siapakah dari tiga orang pegawai Awang Adek itu yang menjadi tukang urus akaun peribadinya. Adakah yang bernama Rahim, atau Ramli atau Nik Yahaya? Atau orang lain suku sakat, saya hanya tahu dari H hingga L sahaja.

Masa terus berjalan dan kisah-kisah mereka di atas itu belum selesai sepenuhnya. Khir Toyo masih diluar, antara beliau dengan Anwar siapa yang akan bertepa di Sungai Buloh. Sharizat dan Awang Adek juga sedang menggeletar dan membuat perhitungan. Siapa antara mereka yang akan terlepas atau pun terjerat dengan rasuah.

Kepada Zaharah Kechik kalau suami tersayang terpaksa transit hidup di penjara pergilah jumpa dengan Dr Wan Azizah belajar darinya bagaimana untuk hidup tanpa suami. Bagaimana untuk menghadapi cemuhan dan pandangan serong orang ramai bila suami menjadi narapiadana. Wan Azizah adalah sebaik-baik guru bagi mana-mana isteri yang suami mereka meringkuk ke dalam penjara.

Sama-sama kita tunggu saat dan waktu pasti akan tiba juga. Tidak lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia. Sesiapa yang benar akan dibenarkan Allah dan sebaliknya begitulah juga. Kepada Khir Toyo selamat belajar berukun untuk hidup dalam penjara berlapikkan toto dari Golok

Tiduri isteri kawan sendiri

Tiduri isteri kawan sendiri
GEORGETOWN: “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.

Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.

Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.

Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.

Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.

Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.

“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.

Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.

“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.

Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.

Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.

“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.

“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa.

Nurul Izzah Atau Tengku Razaleigh Ganti Anwar?

Mohd Sayuti Omar
LUPA sekejap kisah lembu gemuk yang tinggal di Kondang – kondo - kandang, lupa sekejap kepada telatah dan gelagat Hasan Ali yang nampak intelek tetapi sebenarnya kurang sodium chlorid politik, tinggal Nasrudin Hasan yang sudah “kembali ke pangkalan jalan”, mari kita bercakap fasal 9 Januari di mana tarikh dan saat Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah hendak jatuhkan hukuman ke atas perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim.
Ramai orang membuat perhitungan pada tarikh itu Anwar akan dijatuhi hukuman penjara dan Anwar akan terus dibawa ke Sungai Buluh untuk menjalani hukuman, tanpa boleh dibayar jamin. Begitulah yang orang fikir dan merasakan bayangan dari hasil perbicaraan itu. Walaupun Tuhan lebih tahu segala-galanya tetapi itu skrip yang mungkin tersedia.
Katakan Anwar di penjara, persoalan yang menghantui pemikiran orang ramai sebelah Pakatan Rakyat ialah siapakah yang ganti Anwar. Tepatnya siapakah yang akan jadi PM kalau Pakatan Rakyat menang pilihan raya ke-13. Bila Anwar dijatuhi hukum penjara, baik satu hari atau enam tahun, dia tidak dapat bertanding dalam pilihan raya.

Lebih buruk dia akan dikurung sekiranya proses rayuan tidak boleh dijamin. Peristiwa tahun 1998 akan berulang lagi di mana parlimen dibubarkan setelah Anwar ditolak masuk ke penjara oleh Mahathir. Siapa akan menggantinya dan menjadi PM? Pertanyaan ini sukar untuk diberi jawaban. Menyebabkan seolah harapan untuk Anwar jadi PM sudah terkubur dan lenyap sama sekali.

Rupanya yang menimbulkan persoalan ini bukan saja para pemimpin parti peringkat cawangan dan cabang , tetapi ia juga menganggu minda penulis sehebat Subky Latif. Semasa perjalanan pulang dari makan tengah hari di ibu kota kelmarin dulu, Subky mengajukan pertanyaan itu kepada saya;

“Ini Anwar kalau dia kena penjara siapa nak ganti dia jadi PM?” Tanya Subky selamba dan bersahaja. Saya tahu dia hanya iseng-isengan sahaja untuk mengetahui pandangan saya. Saya tidak segera menjawab dan menanti jawaban darinya. Saya percaya dia bertanya begitu kerana dia ada usul di sebalik pertanyaan itu.

“Siapa agaknya?” Tanya saya menebak pemikirannya.

“Ana nampak Nurul Izzah boleh menjadi pengganti Anwar, jadi perdana menteri?” katanya bersahaja menjadi saya sedikit tergaru-garu kepala lantas mencelah; “ana tenguk Nurul Izzah jauh lebih pintar dan bijak dari ibunya Dr Wan Azizah...”

“Iya, budak ini bijak dan ada keistimewaan. Ana fikir dia boleh jadi penyatu di kalangan Pakatan Rakyat, dia jadi PM sementara, sebelum Anwar diproses keluarkan semula...lepas keluar bagi kepada Anwar,” sambungnya semacam yakin dengan apa yang dibayangkan itu.

Saya merasa seronok dengan pandangan Subky itu kerana apa yang saya fikirkan bagi menjawab persoalan bagaimana Anwar akan jadi PM sama dengan tokoh wartawan Islam itu fikirkan. Saya pernah menghuraikan kebimbangan penyokong Pakatan Rakyat mengenai Anwar. Malahan ada yang sudah lemah semangat bila mendengar Anwar akan kembali semula ke penjara.

Bila ramai orang mempersoalkan harapan Anwar untuk menjadi pemimpin nombor satu Malaysia sudah tidak ada, bila dia dipenjara saya menolak begini; “Kenapa tidak ada, Anwar masuk penjara kalau Pakatan menang dia akan dibawa keluar... itu tidak pelik..” kata saya memberi harapan dan semangat kepada mereka yang bimbang dengan nasib Anwar.

Bunyinya simple tetapi praktikal. Ia pernah terjadi semasa Abdullah Ahmad Badawi jadi PM. Bukankah Anwar dibawa keluar penjara dulu menerusi proses perundangan menyebabkan Mahathir Mohamad dendam dan marah sampai kini kepada Abdullah? Betapa tidak dia yang memintas, menjerat kemudian memenjara Anwar bak harimau liar yang garang tetapi dilepaskan oleh Abdullah.

Jadi kalau Anwar hendak jadi PM tertakdir Pakatan Rakyat menang ia akan melalui proses perundangan yang sama. Jadi kepada mereka yang bimbang dan kabur mengenai masa depan Anwar tidak perlu bimbang, janji perlu bekerja kuat dan banyak berdoa.

“Tetapi kalau selain Nurul Izzah siapa orang lain yang enta fikir?” Subky mengocah saya lagi.Saya juga rasanya dia tahu nama siapa yang tersandar dalam benak saya.

“Tengku Razaleigh boleh,” jawab saya rengkas menjadikan Subky terdiam. Kali ini dia pula menyetujui pandangan saya itu, tetapi dengan sedikit jawaban. “Tetapi Ustaz Hadi juga boleh...do belah Pas kena ada juga,” katanya. Kami saling berangan-angan di atas kereta.

Kenapa Tengku Razaleigh tanya saya kemudian saya menjawab. Tengku Razaleigh tokoh yang boleh diterima oleh semua pihak. Dia juga seorang tokoh yang berintegriti. Orang Cina juga senang dengannya orang India juga senang. Dia mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ekonomi. Yang paling nyata dia seorang tokoh yang ikhlas berjuang untuk rakyat.

“Tetapi macam mana dengan Engku Li ini?” tanya Subky. Saya tahu maksudnya macam mana dalam pilihan raya akan datang. Subky kabur ke manakah dia nanti. Apakah bertanding atas tikit BN atau apa. Saya sendiri tidak tahu ke mana hujung jatuhnya. Cuma apa yang saya rasa dia masih sayangkan Umno tetapi tidak senang dengan pemimpin yang ada sekarang ini. Setidak-tidaknya itulah yang dapat dilihat dari wajahnya.

“Dia akan bertanding lagi?” tanya Subky. Kami sama-sama meramal nasib pemimpin yang sepatutnya sudah lama jadi perdana menteri itu, lebih dahulu dari Mahathir dan Abdullah.

“Ana kira dia akan bertanding, kalau Umno tidak bagi laluan dia akan bertanding atas bebas. Pas akan memberi laluan mudah kepada Tengku Razaleigh di Gua Musang. Harapan dia untuk menang kalau Pas beri laluan rasanya mudah. Pengaruhnya di sana masih kuat,” balas saya sambil menekan tidak mustahil juga kalau Tengku Razaleigh bertanding atas tikit parti selain BN dan Pas.

Diam tak diam destinasi yang ditujui sudah sampai, rumah Subky Latif di Taman Karak Utama, Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan selama kira-kira 30 minit kami hanya sempat membincang tiga saja calon perdana menteri, Nurul Izzah, Tengku Razaleigh Hamzah dan Abdul Hadi. Nama Husam Musa dan Mohamed Azmin Ali tidak termasuk dalam tilikan kami.

Hamid Othman meninggal dunia

KUALA LUMPUR 23 Dis.: Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction, di sini hari ini.

Difahamkan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah mendapat serangan strok ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

Sebelum ini, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
-utusan-

Anak gadis saya tiada kewarganegaraan - Dr Juanda Jaya

Dr Juanda Jaya
Maaf, mengikut sistem kami, ana perempuan tuan statusnya bukan kewarganegaraan Malaysia. Ini dinyatakan dalam sistem kami. Kami tiada pilihan. Sila lihat sendiri.

Itulah kata kata pegawai JPN berinisial M, setelah saya disuruh menemuinya oleh staf wanita F di kaunter. No giliran saya pagi ini no 4, setelah Jumaat lepas saya perlu menunggu sehingga hampir 100 nombor untuk dapatkan giliran perkhidmatan membuat kad pengenalan anak gadis saya yang sudah lanjut berusia lebih 12 tahun.

Inilah kejutan di awal pagi Jumaat 23 Disember 2011 di Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak Kuching ke atas diri saya. Saya datang seawal jam 730 pagi untuk mengelakkan kesesakan di kaunter yang mendapat anugerah kaunter terbaik Negara tahun 2008.

Saya tidak pernah ada pengalaman yang baik di Wisma Persekutuan Sarawak. Dah pelbagai khidmat kerajaan persekutuan yang saya buat, dpd pasport, kad pengenalan, surat beranak, pejabat pelajaran, dan lain sebagainya, tidak pernah ada pengalaman yang baik untuk saya sebagai rakyat Sarawak yang menjadi sebahagian dpd Malaysia. Kalau boleh mengelak, memang saya tidak mahu berurusan dengan Jabatan Persekutuan yang ada di Sarawak. Amat berbeza dengan kaunter kerajaan di Semenanjung, teramat jauh lebih baik. Barangkali kami di Sarawak lebih suka memendam rasa berdiam durja ditadbir oleh orang lain.

Punca dan dosa saya pada hari ini ialah saya suka ambil nombor giliran seperti rakyat marhaen yang lain kerana lebih suka berbaris ikut BARISAN. Bukan potong barisan dengan terus berjumpa boss yang sedia melayan VVip di dalam biliknya. Berbaris di kaunter sudah jadi kebiasaan saya untuk merasai denyut nadi rakyat. Saya pernah dimaki di kaunter oleh pegawai kerajaan, tetapi bila siap urusan dan menyedari siapa orangnya, mereka hanya tersipu sipu dan tetap enggan meminta maaf. Pengalaman azab berbaris di kaunter kerajaan ini sudah lama saya rasai sejak menuntut di al Azhar Cairo sewaktu membuat visa tahunan. Tapi pengalaman di kaunter Malaysia tidaklah lebih baik dpd kaunter kerajaan Mubarak di Mesir waktu itu.

Apakah perasaan anda sebagai bumiputera negara ini yang jelas disebutkan bangsanya dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bangsa asal dan warganegara tulin negara tercinta ini serta telah dijamin mendapat segala hak yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini, tetapi tiba tiba hak itu dinafikan oleh sistem negara yang anda cintai itu. Hak yang paling minima adalah mendapatkan kewarganegaraan. Bukannya hak mendapatkan lesen balak atau projek atas angin. Namun hak itu dinafikan oleh sistem yang ada. Saya berbangga berbangsa Melanau dan tetap memastikan anak anak saya kekal mewarisi bangsa yang saya cintai ini. Malangnya, bangsa ini hanya wujud di wilayah ini sahaja.

Ya, isteri saya rakyat Indonesia, masih warganegara di sana dan saya masih enggan memohon menukar kerakyatannya kerana berbangga isteri saya warga Indonesia, walaupun banyak pihak menawarkan untuk memudahkan urusan permohonan berkenaan. Tetapi kenapa anak gadis saya yang tiada dosanya jadi mangsa? Dia bukan warganegara Indonesia. Kami baru sahaja ke Jakarta awal Disember lalu untuk menziarahi keponakannya di sana menggunakan passport Malaysia. Tetapi kenapa bila saya hendak membuat Kad Pengenalannya, dalam sistem JPN dinyatakan anak saya itu bukan warganegara? Anak saya stateless! Sistem apa ini? Apakah kita di Afrika atau di Zimbabwe yang tengah huru hara? Pada saat ramai orang asing dikatakan diberikan hak warganegara, tiba tiba anak gadis saya yang berbangsa bumiputera asal Sarawak, Melanau, yang jelas nama bangsanya disebut dalam Perlembagaan Malaysia dijamin hak warganegaranya, tiba tiba dinyatakan bukan warganegara Malaysia.

Di manakah laungan kerajaan bahawa segalanya kini semakin efisien dan sistem kita semakin lebih dipercayai berbanding dahulu? Saya cuba mengisi borang Jpn itu sebaik mungkin menurut contoh yang dibuat pihak Jpn sendiri. Tetapi jelas di sana tiada peraturan menyebut bahawa perlu bawa sijil kahwin? Dulu sewaktu membuat Kad pengenalan anak anak yang lain, tidak ada pulak mereka minta surat kahwin. Wow! Bila jumpa pegawai Jpn si M itu, dia kata dalam Iso JpN kata perlukan surat nikah bagi warganegara yang kahwin dengan rakyat asing? Tetapi di papan kenyataan tak pulak disebut panduan berkenaan. Wah! Kenapa begitu sekali? Padahal rakyat asing dikurniakan hak warganegara oleh Menteri Dalam Negeri, maka mengapa anak kepada lelaki berwarganegara Malaysia dinafikan hak warganegaranya? Entahlah!

Betul, tertulis status di skrin situ, nama anak saya, status anak gadis saya, X Warganegara, tetapi bangsa masih tertulis berbangsa MELANAU.

Apa sudah jadi pada sistem negara kita ini? Siapakah yang sudi membantu mendapatkan kewarganegaraan anak gadis saya?

Dr Juanda bin Jaya,

Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Malaysia
Adjunct Professor at University Malaysia Perlis (UNIMAP)
Visiting Professor at Management and Science University, Malaysia (MSU)
ex-Visiting Fellow at
Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS)
University of Oxford

Reezal Merican dituntut mohon maaf 24 jam

Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Reezal Merican dituntut memohon maaf kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam tempoh 24 jam melalui akhbar Utusan Malaysia, ekoran kenyataan fitnahnya terhadap mahasiswa.
Sekiranya Reezal tidak memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, SMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap beliau melalui saluran perundangan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Abd Razab berkata, tuntutan tersebut dibuat berikutan kenyataan fitnah Reezal yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri seperti yang disiarkan Utusan Malaysia pada 21 Disember lalu.

Menurutnya, kenyataan Reezal itu dilihat berniat jahat dengan cuba memburukkan SMM dan memberi persepsi negatif terhadap isu yang dibawa oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

Katanya, realiti sebenarnya, bendera Perdana Menteri hanya diturunkan dalam tempoh masa kurang lima minit dan kemudian dinaikkan semula dalam keadaan baik.

"SMM juga melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin kerajaan dan pemimpin Umno terlalu dangkal kerana hanya bersifat sentimen sokongan terhadap Perdana Menteri.

"Kenyataan mereka itu tanpa mengulas langsung mengenai kebebasan akademik yang diutarakan oleh mahasiswa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Sementara itu, tegasnya, SMM mengecam sekeras-kerasnya pihak yang mengancam dan mengugut Adam Adli berikutan protes yang dilancarkan terhadap Perdana Menteri.

SMM melihat perbuatan tersebut sebagai tindakan tidak bertamadun dan menyalahi prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Katanya, SMM menghormati hak setiap pihak untuk mengkritik dan bersuara namun perbuatan mengugut sehingga ancaman bunuh bukanlah perkara yang wajar dan hanya mengeruhkan keadaan.

"SMM khususnya Adam Adli tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak memohon maaf kepada Perdana Menteri walaupun terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab terus memberi ugutan dan ancaman.

"Hal ini kerana tindakan menurunkan bendera PM pada 17 Disember lalu dilakukan dengan penuh sedar dan didasari dengan mesej yang jelas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.

SMM, tambahnya, menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap pihak yang mengugut Adam dengan ancaman bunuh bagi memelihara suasana demokrasi negara agar sentiasa dipagari kedaulatan undang-undang.

Sidang media itu diadakan selepas beliau menemani Adam memberikan keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selama sejam.

Turut menemani Adam, peguam Fadiah Nadwa dan pemimpin Bebas.

Sharizat Letak Jawatan Akan Sahkan UMNO Pengkhianat Melayu & Rakyat

reformis1998
sharizat
Selepas dikecam kerana salahguna kuasa dan skandal rasuah, Menteri Umno Shahrizat Jalil telah memberikan bayangan jelas bahawa beliau bersedia untuk meletak jawatan.  Jika Sharizat meletak jawatan, maka terbuktilah bahawa Umno adalah PENGKHIANAT MELAYU dan PENGKHIANAT RAKYAT yang telah merompak duit rakyat miskin, duit nelayan, duit petani, duit pemandu teksi, duit seluruh rakyat Malaysia.

Apabila kerajaan UmnoBn beri pinjaman RM250 juta kepada syarikat keluarga Sharizat, ini perbelanjaannya:
  • membeli dua kondo mewah di Bangsar berharga RM13.8 Juta
  • membeli kondo paling mewah di Singapura bernilai 10.4 Juta
  • membeli sebuah kereta Mercedes mewah bernilai lebih Setengah Juta Ringgit
  • melancung ke luar Negara dengan kos lebih RM800 Ribu.
kondo shahrizat
Kondominium Sharizat di Singapura

Inilah dia pengkhianat Melayu!!! yang menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Dihadapan orang Melayu mereka melaung-laungkan HIDUP MELAYU!... BERJUANG UNTUK ORANG MELAYU!... UMNO PEJUANG BANGSA MELAYU!.... termasuklah di hadapan peserta-peserta BTN yang dipaksa hadir untuk mendengar FITNAH UmnoBn.

Tetapi dalam masa yang sama.... Umno lah yang membangsatkan Orang Melayu di negara sendiri seperti :
  • Melayu kaum paling miskin di Negara ini (mengikut perangkaan rasmi negara).
  • Melayu yang paling ramai duduk di tepi-tepi sungai dan setinggan di Negara ini (boleh lihat dengan mata kita sendiri).
  • Melayu menjadi penagih dadah yang paling ramai di Negara ini.
  • Melayu tinggal Tanah Rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar sahaja daripada 3 juta hektar pada asalnya.
  • Melayu di Kelantan 99.9 % rakyatnya orang melayu, tetapi kekayaan hasil minyak Kelantan tidak diberi kepada rakyat melayu Kelantan.
  • Melayu paling ramai yang pegang sijil SPM/Ijazah hidup menganggur tanpa pekerjaan setimpal yang menjamin masa depan mereka. (lihatlah sekeliling kita).
  • Melayu seramai 250 ribu orang telah menjadi murtad, menurut kenyataan Mufti Dato’ Seri Harussani.
  • Melayu Umno yang melesapkan wang FELDA hampir RM3billion!
  • Melayu seperti Mahathir menggunakan wang PETRONAS RM1.6 Billion untuk menyelamatkan anaknya dari bankrupsi.
  • Melayu di dalam ekuiti Bumiputera tinggal hanya RM2 bilion dalam pecahan ekonomi negara yang asalnya RM54 bilion.
  • Melayu menjadi kaum yang paling ramai menjadi bohsia dan membuang serta membunuh bayi yang tak berdosa.
  • Melayu Umno menutup Madrasah Sekolah Agama Rakyat dan menolak terus hukum HUDUD yang diarahkan oleh ALLAH S.W.T.

Wahai Orang-Orang Melayu sekalian. SEDARLAH...

Anda undi UmnoBn, nasib anda akan menjadi semakin teruk di masa akan datang. Kita lihat selama 53 tahun Umno Melayu perintah kerajaan negara Melayu ini, semakin teruk keadaan orang-orang Melayu.

Mereka UMPAN orang-orang Melayu dengan wang seperti pemberian RM100, RM500 dan sebagainya semata-mata untuk pancing undi di pilihanraya akan datang ini.

Selepas selesai pilihanraya, Najib sudah sahkan GST akan dilaksana. Apa itu GST... 
baca

Hidup anda semua akan sengsara dengan cukai dan kenaikan harga barang seperti yang kita dapat rasakan sekarang ini.

Jadi... saudara saudari yang dihormati sekalian... berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negara ini selama 5 tahun, kerana anda semua boleh tukar semula atau kekalkan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang selepas itu, jika HAK Rakyat dan KEBAJIKAN Rakyat serta KESENANGAN Rakyat anda rasa dikecapi... undilah Pakatan Rakyat...
oleh: reformis anak muda