8 Kerusi Parlimen Di Johor Bakal Beralih Kepada PR

Blog Ibn75.wordpress.com
JOHOR BAHRU: Pakatan Rakyat (PR) menaruh keyakinan yang tinggi dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 8 kerusi peringkat Parlimen di Johor bakal beralih tangan kepada p/akatan pembangkang itu pada pilihan raya (PRU) 13 nanti.

Perkara itu dinyatakan secara tegas oleh Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli dengan katanya daripada 26 kerusi Parlimen yang adakan di negeri jolokan kubu kuat BN itu, sebanyak 8 kerusi berada dikenalpasti kawasan yang kurang selesa buat BN.

Hal ini kerana katanya, kawasan terbabit dikategorikan sebagai kerusi yang yang mempunyai pengundi campuran.

”Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran. Kalau tengok keadaan ‘mood’, saya yakin kami boleh dapat lapan kerusi di Johor,” ujarnya yang dipetik Sinar Harian semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi turut menambah bahawa kemampuan PR untuk memperolehi majoriti mudah dengan sejumlah 105 disasarkan bagi menerajui negara ini.

Keyakinan itu diterjemahkan katanya berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Sabah, Sarawak dan Johor.

”Ini bukan lagi harapan. Kami yakin boleh perolehi 105 kerusi seleppas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki akan menang di tempat-tempat lain.

”Pada pilihan raya umum 2008, kami menang 82 kerusi. Status quo jumlah 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperolehi kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan