Maria Begum
Di bawah perhatian awan, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai mengumumkan dirinya akan menyerahkan nombor plat pendaftaran WWW 15 yang dimana dia telah dituduh membayar RM24, 200 bagi mendapatkannya.
Tetapi tidak, percubaan untuk menguburkan kesemua isu itu tidak akan membantu Liow, kata pengkritik pembangkang dari Pakatan Rakyat.
"Saya fikir dia dan MCA sudah panic. Bukan caranya untuk melarikan diri seperti ini, ia hanya akan menampakkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang lemah dan tidak bertanggungjawab - seseorang yang tidak mengamalkan apa yang dia ajar atau maksudkan apa yang dikatanya,"naib presiden PKR Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.
Didapati bersalah. Kong ‘pasang kaki’ untuk membida bagi Liow?
Malah, cara di mana Liow telah mengendalikan isu ini secara keseluruhan telah mengesahkan persepsi awam tentang endemik rasuah di kalangan barisan pemimpin BN. Berita yang dia telah memenangi nombor telah mencetuskan protes tentang bagaimana dia dapat wang yang banyak untuk mendapatkan nombor plat berdasarkan gajinya.
Cuba mengawal keadaan, Liow pada mulanya menafikan membida bagi bagi nombor plat itu. Kemudian apabila Jabatan Pengangkutan Jalan mengesahkan bahawa dia sememangnya telah mengemukakan tawaran, dia menafikan pula untuk membayar walaupun harga bidaan tertinggi telah dinyatakan dengan jelas iaitu RM24, 200.
Apabila rakan sekerja dalam MCA dan Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha mengesahkan bahawa Liow tidak membayar satu sen pun kerana sebagai seorang Menteri, dia berhak untuk mendapatnya secara 'percuma', kontroversi bertiup lebih panas mendakwa konspirasi BN untuk membantuLiow yang juga timbalan presiden MCA.
"Biar saya menegaskan bahawa saya tidak membuat tawaran atau tender bagi WWW 15. Mengikut prosedur yang betul, pejabat saya telah membuat tawaran untuk nombor pendaftaran menggunakan kereta rasmi menteri, "kata Liow dalam satu kenyataan yang keluar pada hari Isnin.
"Pejabat saya menerima surat rasmi bertarikh 6 Jun dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan nombor pendaftaran itu adalah percuma.Seperti yang saya tahu kini, telah terdapat bidaan untuk nombor ini, inilah sebabnya saya tidak menggunakan kemudahan ini. Nombor ini sepatutnya perlu diperolehi oleh pembida tertinggi. "
Komennya mungkin akan mencetuskan satu lagi serangan cemuhan dari rakyat, apatah lagi sekarang dia menyatakan ada beberapa orang lain yang telah membida nombor tersebut.
"Bagi saya, ini jelas menunjukkan bahawa Liow bersalah. Liow kini mengatakan RM24, 200 itu bukan harga yang ditawarnya? Adakah orang lain menawarkan harga yang lebih tinggi tetapi 'kaki pasang' Kong (memintas) dan memberikan tawaran itu pada Liow. Apa pun, ia menunjukkan rasuah dan ketidak telusan dalam sistem. Terdapat keperluan untuk mengubah keseluruhan sistem, “ Eddie Wong, seorang penganalisis politik veteran berkata kepada Malaysia Chronicle.
Akar umbi kecewa usaha mereka sia-sia: Siapa yang akan mengundi MCA kini?
Ini bukan pertama kali Liow telah terlibat dalam skandal berkaitan integriti dan kredibiliti beliau. Pada 9 Julai, 2011 di perhimpunan Bersih 2.0, dia telah dengan tegas mempertahankan polis, menyatakan bahawa mereka tidak melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin. Yang ternyata tidak benar, menjadikan orang nombor 2 MCA itu dipanggil 'Liow Liar'.
Pada tahun 2009, Liow dituduh menerima secara percuma Toyota Alphard berharga RM 574,884.10 daripada kontraktor, Axis Construction Sdn Bhd. Alphard itu bernombor plat WSB 15. Menurut Liow, '15’ adalah nombor kegemaran datuknya.
Liow menafikan dakwaan itu dan dia serta isterinya kemudian dibebaskan dari tuduhan itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Insiden terbaru telah menghakis saki- baki populariti masyarakat Cina pada MCA serta di kalangan akar umbi MCA
"Kami telah bekerja keras untuk memulihkan parti, mencari cara terbaru untuk mengembalikan MCA kepada zaman kegemilangannya sebelum ini . Bagaimana Liow boleh menjadi begitu ? Adakah tidak dia tahu pilihan raya umum boleh berlaku pada bila-bila masa. Siapa yang akan mengundi MCA sekarang? Usaha kami semuanya masuk ke dalam longkang, " kata seorang penyokong MCA kepada Malaysia Chronicle.
Pembaziran dan penyalahgunaan kuasa
Bos bagi BN, Umno juga telah diheret ke dalam skandal itu. Umno telah berharap untuk mengambil kesempatan ke atas komen yang dibuat oleh pemimpin PAS Nizar Jamaluddin bahawa RM520, 000 yang dibayar oleh Sultan Johor untuk plat nombor WWW1 lebih baik dibelanjakan untuk membantu golongan miskin dan memerlukan.
Walau bagaimanapun, dengan rakyat Malaysia yang kini mampu untuk membandingkan cerita di sebalik WWW1 dan WWW15, gambaran yang hanya mereka bayangkan adalah salah satu pembaziran penyalahgunaan kekayaan dan kuasa.
Minggu lepas, Ketua Pengarah JPJ, Solah Mat Hassan berkata dalam satu kenyataan, jabatan itu telah menerima permohonan dari Liow dalam surat bertarikh 14 Mei.
"Jawatankuasa Tempahan nombor pendaftaran siri WWW penilaian kemudian memutuskan untuk menawarkan Liow nombor WWW15 pada harga bidaan tertinggi sebanyak RM24, 200," katanya, sambil menambah bahawa Liow mempunyai tiga pilihan dalam perkara itu.
"Dia boleh mendapatkannya secara percuma, membayar pada harga bidaan tertinggi yang ditawarkan, atau dia juga boleh menolak tawaran itu."
Tetapi usaha terbaik Solah untuk mempertahankan Liow hanya dibalas dengan sindiran yang lebih kasar kerana BN cuba memperbodohkan rakyat.
"Jika Liow boleh mendapatkannya secara percuma kerana dia adalah seorang menteri, itu sahaja. Noktah, tamat. Mengapa dia perlu mengemukakan tawaran atau tender dengan harga RM24, 200 atau menolak tawaran itu. Sesuatu yang dengan apa yang mereka katakan. Saya rasa mereka mesti fikir kita ini bodoh, " kata Jui Meng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan