Konspirasi LIWAT 3 ???

edyesdotcom
Adakah DSAI akan sekali lagi turun-naik mahkamah selama beberapa tahun ?

Blog papagomo melaporkan seorang mahasiswa telah membuat laporan polis kononnya diliwat oleh DSAI baru-baru ini. Apakah ini taktik terbaru Umno untuk menghadapi PRU-13 dengan mengalih tumpuan terhadap susuk yang pernah DUA kali didapati tidak bersalah dalam konspirasi Liwat 1 dan 2.

Perencanaan telah disusun dengan baik demi detik terpenting menghadapi pilihanraya hidup mati Umno Bn. Lebih dilihat Bn akan terlingkup dalam pilihanraya akan datang maka sesuatu perlu dirangka sebelum terlambat, menjadikan PRU-13 yang dicanang sejak pertengahan tahun lepas dianjak-anjak beberapa kali.

Umno Bn yang kian hari kian terdesak akan menggunakan apa jua cara sekalipun bagi mengelak daripada tewas PRU-13, kedudukan yang bukan sahaja boleh menyebabkan harta hasil rasuah dirampas dan dikembalikan kepada rakyat, malah bakal ada pemimpin Umno yang akan menjengah ke tali gantung. Dijangkakan juga ramai bekas menteri yang akan naik basikal berseluar senteng bersama briefcase usang ditangan.

Biarpun terpaksa menggunakan SOP sedia ada, sekaligus menggunakan pakej persepsi yang telah dibina dari tahun 1998, apa sahaja cara untuk menghalang DSAI membawa rakyat menaiki tahta harus digunapakai. Taktik diversion dilihat mempunyai kesan serampang dua mata selain cubaan menjatuhkan reputasi anwar, mereka cuba merantai Anwar di pintu mahkamah. Sedangkan semua itu telah dilalui dengan berjaya oleh seorang Anwar Ibrahim didukungi semangat reformasi rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim tidak boleh dibiarkan bergerak bebas, mahkamah adalah tempat yang boleh meminimakan pergerakan Anwar Ibrahim. Program Jelajah Merdeka Rakyat yang menyelusur ke seluruh negara mendapat sambutan yang sangat luar biasa biarpun ia berlangsung di Sembrong, tetap dihadiri hampir sepuluh ribu rakyat - ini cukup menggusarkan Umno Bn. Ia suatu perkembangan yang sangat menekan.

Maka apakah dengan kegusaran melampau ini, hadirlah slot terbaru konspirasi Liwat 3?

Siri Jelajah Merdeka Rakyat seterusnya akan berlangsung di Padang Rakyat Kg Jalan Kebun, Kota Raja pada 18 Julai ini iaitu pada Rabu malam. Rakyat dijemput beramai-ramai hadir mendengar apa jawapan Anwar Ibrahim.

Rakyat sememangnya sudah muak dengan hidangan berita-berita yang berunsur kelucahan melampau akan sekali lagi berdepan detik mual sekiranya satu lagi konspirasi tercipta. Akhbar utusan akan sekali lagi menyaingi majalah Playboy. Pasti puluhan juta wang rakyat telah digunakan demi menggarap konspirasi 'state-of-the-art', setelah konspirasi Liwat 2 gagal menyumbat Anwar Ibrahim ke jerijil besi.

Segala 'kesilapan teknikal' yang melibatkan ekzos Saiful contohnya '2 hari simpan bukti dalam dubur' akan diimprovisi dengan lebih terperinci mengurangkan kadar cacat-cela yang bakal menyebabkan mahkamah sekali lagi menyebelahi Anwar Ibrahim. Peguam yang sebelum ini menjadi ketua pendakwaan kes Liwat 2 pasti kali ini menjadi individu penting untuk berada dalam kem pasukan guaman Anwar Ibrahim. Semua selok-belok penipuan berada di tangan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin.

Mungkinkah seorang lagi mahasiswa yang hampir gagal dalam pelajarannya datang menuntut biasiswa dari Perdana Menteri sendiri? Atau mengadu pada Rosmah Mansur bahawa dirinya bakal diliwat dua hari akan datang? Siapakah pula yang akan menggantikan tempat Rodwan Yusof? Apakah sumpah laknat akan sekali lagi bergema, maka masjid mana pula yang akan dijadikan venue dan siapakah akan menggantikan Ramlang Porigi ketika itu?

Justeru itu, Malaysia akan kerugian masa-masa berharga untuk terus ke depan apabila seluruh negara tertumpu kepada suatu yang sangat tidak berfaedah - Liwat, porno, liwat, porno, liwat!

Sama-sama kita nantikan apakah lawak pecah panggung yang bakal disajikan kepada rakyat Malaysia semua, atau kali ini 'mereka' datang bersama 'blue-print' yang mantap sempurna tanpa kesilapan seperti dua konspirasi terawal?

Sesungguhnya, 'mereka' merancang, Allah juga punya perancangan... nescaya perancangan Allah adalah sebaik perancangan!

Edy Noor Reduan (EDYES)
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan