Taliban sasar kepentingan Myanmar

Blog AnakRimau
Tindakan balas kekejaman ke atas Rohingya
Islamabad: Pergerakan Taliban Pakistan mengancam untuk menyerang kepentingan Myanmar di mana-mana saja di negara Asia Tenggara bagi membalas dendam terhadap kekejaman kerajaan itu ke atas penduduk Islam Rohingya.

Ia adalah kali pertama Taliban Pakistan mengancam melancarkan serangan di luar kawasan Pakistan-Afghanistan.

Ia turut memberi amaran kepada Pakistan untuk menggantung semua hubungan dengan Myanmar dan menutup kedutaan negara itu di Islamabad.

Pelindung wanita dan lelaki Islam

Dalam kenyataan yang memberi perhatian kepada nasib Islam di luar negara, kumpulan induk Tehreek-e-Taliban (TTP) mahu menonjolkan diri sebagai pelindung kepada wanita dan lelaki Islam di Myanmar, berkata mereka akan membalas dendam.

Jurucakap pergerakan itu, Ehsanullah Ehsan, menuntut kerajaan menggantung semua hubungan dengan Myanmar dan menutup kedutaan negara itu.

“Jika tidak, kami bukan hanya menyerang kepentingan Myanmar di mana-sama saja sebalik juga di Pakistan satu persatu,” katanya dalam satu kenyataan.

Kedutaan Myanmar bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan. - Agensi
......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan