Kisah Seorang Jururawat Memeluk Islam

Zaadut
Seorang jururawat dari Amerika Syarikat bercerita mengenai perjalanannya memasuki agama suci kita, Islam.

Pertama kali aku mendengar bicara mengenai Islam ialah ketika sedang menonton satu program di TV. Aku ketawa mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka.

Setahun selepas itu, sekali lagi aku mendengar tentang ajaran Islam. Kamu tahu di mana? Di hospital tempat aku bekerja.

Hari itu sepasang suami isteri datang membawa seorang wanita tua yang sakit tenat. Si isteri duduk di hadapan tempat dudukku memerhatikan aku menjalankan tugasku. Aku perhatikan dia benar-benar dalam keadaan resah. Sekali sekala dia mengesat air matanya yang tak henti-henti mengalir.

Acuh tak acuh aku bertanya kenapa dia begitu sedih dan menangis tak henti-henti? Katanya, dia dan suami datang dari jauh, mencari tempat untuk merawat ibu mertuanya. Sambil bercakap dia tidak reda menangis dan berdoa agar ibu mertuanya sembuh dan kembali pulih.

Aku tergamam. Kagum dan kaget. Dia datang dari jauh bersama suami semata-mata bertujuan untuk merawat ibunya. Tiba-tiba aku teringatkan ibuku. Aku bertanya kepada diri sendiri, di mana ibuku? Sudah empat bulan aku tidak bertemu dengannya dan sampai saat ini aku tidak terfikir untuk menziarahinya. Itu ibuku sendiri, bagaimana pula kalau ibu mertuaku?

Sungguh. Aku benar-benar kagum melihat suami isteri ini, lebih-lebih lagi keadaan ibu sangat tenat, harapan untuk hidup dan sembuh terlalu tipis. Dan yang lebih mengkagumkan aku ialah si isteri. Apa masalah dia, walhal yang sakit ibu suaminya. Buat apa dia menyusahkan diri memberi perhatian kepada wanita tua yang bukan ibunya, pada hal dia seorang perempuan muda dan cantik? Kenapa?

Itulah persoalan yang berlegar di dalam benakku. Segenap ruang dalam fikiranku seoalah-olah dipenuhi persoalan itu sahaja! Aku bayangkan diriku berada di tempat wanita tua yang sedang bertarung dengan kematian itu. Alangkah bahagianya ku rasa! Alangkah beruntungnya wanita tua itu! Sungguh aku cemburu akan keberuntungannya! Suami isteri yang baik itu berada di sisinya sepanjang waktu. Panggilan telefon dari luar pula hampir tidak putus bertanyakan hal keadaan ibu tua yang sedang sakit tenat.

Suatu hari ketika aku masuk ke ruang menunggu, aku dapati si isteri sedang bersendirian di situ. Aku menggunakan kesempatan itu untuk bertanya beberapa soalan yang aku inginkan jawapannya. Aku begitu terpukau mendengar penjelasannya tentang hak ibu bapa di dalam Islam dan betapa Islam mengangkat darjat kedua-duanya serta bagaimana sepatutnya kita berinteraksi dan melayani kedua-dua ibu bapa.
Beberapa hari kemudian ibu tua pun meninggal dunia. Wanita muda dan suaminya menangis sekuat-kuatnya seperti kanak-kanak yang masih kecil.

Selepas itu keadaan suami isteri muda dan hak ibu bapa dalam Islam terus menghantui fikiranku. Aku menulis surat kepada sebuah pusat Islam meminta buku-buku mengenai hak ibu bapa dalam Islam. Setelah membacanya, aku hidup dalam mimpi indah yang tidak pernah pergi dari sisiku.

Aku bayangkan aku seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang sangat menyayangiku, sentiasa mengambil berat tentang diriku dan berbakti kepadaku sehingga ke penghujung usiaku tanpa mengharap apa-apa balasan daripadaku. Dengan mimpi yang indah itu membuatkan aku terus mengisytiharkan keislamanku walaupun aku belum mengetahui apa-apa tentang Islam kecuali hak ibu dan bapa. Alhamdulillah aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga baru memeluk Islam dan kini telah dikurniakan beberapa orang anak yang aku sentiasa doakan kesejahteraan mereka.

"Mamalah yang paling pengecut, tapi dia turun ke BERSIH 3.0..."

Lim Hong Siang
Seribu satu cerita di sebalik BERSIH 3.0 - apabila golongan paling konservatif untuk turun ke jalan raya, akhirnya memberanikan diri untuk berbuat demikian pada 28 April 2012.

Satu perkongsian pengalaman semalam, di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, membariskan panelis daripada pemain muzik, Yap Lian Tat (Tatmo), seorang ibu, Tan Phaik Ean, pelajar sekolah menengah, Lau Dian Yi dan seorang peguam muda, Chris Kooi, menarik kira-kira 150 orang hadirin.

Malah pengalaman hadirin tidak kurang menarik, menyaksikan perubahan yang berlaku pada mereka - sebelum, semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 3.0. Forum ini dianjurkan bersama oleh Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Alumni Kolej New Era,  MerdekaReview dan Malaysiakini.

Agak suka "1Malaysia"

Tan Phaik Ean, seorang ibu menceritakan bagaimana impak perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 terhadap dirinya. Beliau sekeluarga baru pulang ke Malaysia dari luar negeri pada tiga tahun yang lalu. Tan Phaik Ean agak suka slogan 1Malaysia, dan amat berpuas hati dengan prestasi pemimpin kerajaan Malaysia. Sehinggalah perhimpunan BERSIH 2.0, "mulut celupar" dua orang pemimpin kerajaan - seorang bertukar dari pemimpin yang diseganinya kepada pemimpin yang paling fobia terhadap perhimpunan; dan seorang lagi menjadi pengkaji halatuju angin (menyindir Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai) - telah menyemarakkan api dalam hatinya. Akhirnya Tan Phaik Ean mengambil keputusan untuk turun ke jalan raya.


Di sini Facebook memainkan peranan yang penting. Tan Phaik Ean (gambar kanan) secara berseloroh memberi amaran, jangan memperlekehkan golongan suri rumah tangga. Mereka mempunyai masa yang cukup untuk melayari Facebook sementara menunggu supnya masak di dapur. Maklumat dikongsi dan diserap melalui Facebook.


Tan juga berkongsi bagaimana interaksi dirinya dengan anak perempuannya yang belajar di kolej. Anak perempuannya tidak senang setiap kali Tan Phaik Ean berkongsi maklumat "politik" di laman sosialnya. Pernah anak perempuannya mengugut untuk "un-friend" atau "block" ibunya, tetapi tidak pernah dia memadamkan apa yang dikongsikan itu. Pada 28 April, Tan mengajak anak perempuannya turun ke jalan raya. Dan anak perempuannya yang pada mulanya berasa "malas untuk berjalan", diugut sebaliknya oleh ibu, "Jangan suruh saya bawa kamu dengan kereta bila kamu nak pergi mana-mana nanti".

Akhirnya anak perempuannya pergi. Dan selepas melalui segala-galanya, anak perempuannya meluru ke dalam bilik untuk memperbarui status Facebooknya sebaik sahaja tiba di rumah. Anak perempuannya menulis, "Wahai, kawan-kawanku, saya faham perasaan kamu. Sebelum ini saya juga sama dengan kamu, iaitu saya akan anggap segala maklumat BERSIH dan Lynas adalah "spam". Tetapi mulai sekarang, saya tak kisah andainya kamu jauhkan diri dari maklumat BERSIH yang ingin saya kongsikan, sebab saya mempunyai 'feeling' yang terlalu BERSIH."

Bukan sahaja pengalaman dirinya, malah Tan Phaik Ean turut berkongsi pengalaman rakan dalam Facebooknya. Seorang ibu menelefonnya, bertanyakan sama ada "selamat" untuk turun ke jalan raya pada 28 April. Tan Phaik Ean cuba menjelaskan apa yang diketahuinya kepada ibu tersebut. Pada hari keesokan, seorang penuntut kolej berumur 18 tahun menelefon Tan Phaik Ean, mendakwa dirinya anak kepada ibu tersebut. Budak itu memberitahu Tan Phaik Ean, ibunya adalah orang yang paling pengecut dalam keluarganya. Tetapi semalam ibunya memberitahunya, bahawa seandainya perlu ada satu wakil dari keluarganya untuk menyertai BERSIH 3.0, maka ibunya akan mewakili keluarganya.

Tan Phaik Ean berkata, "Tengok, demi anak, seseorang ibu sanggup melakukan apa-apa sahaja!"

Buang prejudis terhadap kaum lain


Secara jujur, Lau Dian Yi tidak banyak berfikir tentang politik selepas menghadiri perhimpunan BERSIH. Tetapi beliau mendapati sesuatu yang berubah dalam dirinya, antaranya prejudis terhadap kaum lain.


Sesungguhnya jalan raya adalah bilik darjah yang terbaik. Lau Dian Yi (gambar kiri) berkata, pelajar sekolah menengah seperti mereka mempunyai prejudis yang tidak baik terhadap kaum lain. Misalnya, mereka sering mengumpamakan kaum Melayu dengan sejenis binatang, dan ia adalah diskriminasi secara tidak langsung. Dan selepas menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0, Lau Dian Yi berkata, "Saya dapati Melayu bukan musuh kita. Musuh kita adalah golongan yang bersifat perkauman dan ekstremis."

Berbeza dengan kebanyakan orang yang mungkin pertama kali berdepan dengan FRU, pemain muzik Rock, Yap Lian Tat (Tatmo) telah berpengalaman dalam demonstrasi jalanan lebih awal lagi. Beliau tidak menyertai perhimpunan semasa zaman Reformasi, tetapi sempat menghadiri perhimpunan protes harga minyak naik dan harga tol naik. Menurut rakannya yang lebih tua, demonstrasi jalanan adalah medan rock yang paling rancak - jiwa rock yang sebenar.


Malah Tatmo (gambar kanan) pernah menyertai HINDRAF, menyifatkan bahawa peserta demonstrasi itu "tidak gentar" untuk berdepan dengan polis. Kali ini, Tatmo menganggap bilangan peserta yang hadir menjadi kelebihan kepada BERSIH. Beliau yang berada di barisan agak depan mendedahkan bahawa terdapat orang yang cuba menghasut mereka untuk membaling batu ke arah polis.


Suara bantahan

Chris Kooi, peguam muda yang mengakui dirinya hidup dalam zaman Mahathir Mohamad. Generasi zaman ini hanya akan melukis bunga raya, menara kembar KLCC, gambaran tiga kaum terbesar bersama dan sebagainya. Chris Kooi berkata, "Kali pertama apabila saya melawat Kuala Lumpur, saya nampak KLCC yang cantik, Dataran Merdeka yang luas, dan saya bangga. Selepas melanjutkan pengajian di universiti, saya telah membaca sejarah, menyedari perkara yang tidak adil di negara kita. Tak kira betapa tingginya KLCC kita, tak kira betapa luasnya Dataran Merdeka kita, ia tetap gagal menampung suara bantahan kita."

Chris Kooi mengupas makna perhimpunan BERSIH. Apabila pertama kali diadakan, ia lebih membawa makna bahawa ia lambang kerjasama antara parti politik dengan masyarakat sivil. Perhimpunan BERSIH kedua membawa makna rakyat tidak takut lagi, dan perhimpunan BERSIH ketiga menyaksikan bagaimana rakyat sendiri mengorganisasi dirinya ke jalan raya.

Perkongsian sesetengah hadirin mengukuhkan apa yang dikatakan Chris Kooi. Terdapat sesetengah orang yang mengedarkan risalah BERSIH di pasar malam dengan inisiatif sendiri, dan orang itu bukan Wong Chin Huat dari BERSIH, malah bukan juga ahli parti politik.
Seorang pemuda, Tay, yang bakal berkahwin pada tahun depan, berkata beliau turun ke perhimpunan BERSIH 3.0 dan merakamkan kejadian tersebut. Beliau menjadikan kehadirannya sebagai hadiah untuk anaknya pada masa depan. Tay berkata, tidak bermakna hanya dengan berkata saya cintai anak saya, tetapi tidak melakukan apa-apa untuk anak saya.

Chris Kooi juga berkata, semua manusia hanya "meminjam" bumi ini untuk sementara. Dirinya yang hanya berumur 26 tahun, mungkin hanya meminjam 50 tahun lagi bumi ini. "Dan saya tidak mahu memulangkan bumi Malaysia yang kotor kepada anak-anak dan cucu-cucu saya," tegasnya, dibalas dengan tepukan gemuruh.

Seorang bapa yang berumur 43 tahun, juga merakamkan apa yang berlaku di tempat perhimpunan pada hari itu, dan mengirim kepada anaknya yang kini berada di China. Bapa ini sering berulang-alik dari Malaysia ke China, dan anaknya layak jikalau memohon menjadi warga China. Tetapi bapa ini mahu anaknya menjadi warga Malaysia, dan dalam video yang dihantar tu, beliau memberitahu anaknya, "Tengok, begitu ramainya orang yang berusaha untuk melakukan sesuatu demi masa depan kamu!"

Seorang ibu yang masih tidak terkeluar dari "igauan 428", meluahkan perasaannya. Beliau gagal membayangkan bahawa dirinya perlu "melarikan diri" di tanahair sendiri. Malah beliau yang mengakui dirinya "naif", tidak percaya polis akan melepaskan gas pemedih mata ke dalam kelompok manusia, sehingga ia berlaku. Untuk ibu itu, ia bagai neraka, "Ia bukan negara saya (yang saya kenal sepanjang ini)".

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Muhyiddin malu Pondok Berangan tak mahu duit RM100,000 yang dia tawarkan

Wartawan Kita
TUMPAT: Belum pun sampai sebulan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok di sini, Pondok Berangan yang turut disenaraikan menolak tawaran itu.

Perkembangan itu memalukan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang mana sebelum ini mengharap dapat mempengaruhi institusi pondok bagi mendapat sokongan percuma.

Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, beliau menghormati pendirian tegas pengurusan Pondok Berangan menolak tawaran yang lebih bersifat politik.

Katanya, pendirian tersebut perlu dihormati kerana mereka ada maruah yang perlu dipertahankan dan bukannya mudah diperalat bagi kepentingan politik pihak tertentu.

“Semua orang tahu pemberian sumbangan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri ketika menjelang pilihan raya umum ke-13 dan tentunya mereka mengharap ada balasannya,” kata beliau di sini.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pengurusan Pondok Berangan, Muhammad Ali menolak sumbangan kerajaan pusat kerana pondok berkenaan tidak pernah menerima bantuan pusat sejak diwujudkan 70 tahun lampau.

Lagi pun katanya, sumbangan yang dijanjikan itu belum diterima pihaknya.

Pada 25 April lalu Muhyiddin ketika lawatan ke Tumpat mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok termasuk Pondok Berangan, Pondok Bunut Susu, Pondok Jal Besar, Pondok Pulau Ular dan Pendok Geting.

Pengumanan itu dibuat di Pondok Geting di Pengkalan Kubur yang diasas Abdullah Saamah, kini menjadi tenaga penceramah Umno.

Kamaruddin berkata, hanya pondok yang tidak ada pengaruh dalam masyarakat seperti Pondok Geting menerima sumbangan disampaikan pemimpin Umno.

Oleh itu katanya sebahagian besar institusi pondok di Kelantan menjadi benteng mempertahankan Islam dan tetap utuh sehingga sekarang.

Patutlah, 2800 Buah Bas Angkut Ahli Umno Ke Bukit Jalil

Ekeleh
Umno di Bukit Jalil
Bernama melaporkan 2800 buah bas dari seluruh negara untuk angkut ahli Umno ke Bukit Jalil untuk memberi semangat kepada Najib.
Kalau sebuah bas dapat memuatkan 40 orang dan didarab dengan 2800 buah, maka 112000 ahli Umno dapat diangkut. Kalau Najib berkata ahlinya melebihi 100 000, kira bolehlah walaupun banyak kerusi kosong yang masih kosong. Dicampur dengan yang berada di padang untuk memenuhkan kerusi kosong tersebut, kita kira penuhlah Stadium Bukit Jalil yang dapat memuatkan 82 000 orang tersebut.

Namun jumlah ini adalah separuh dari jumlah peserta Bersih 3.0 [kira paling kurang] yang kebanyakkannya datang sendiri dan kalau datang dengan bas pun taklah sebanyak yang diangkut Umno. Kalau peserta Bersih 3.0, 300 000, agak banyak, kita kurangkan kepada 250 000. Jadi perhimpunan Umno ini jauh nak menyamai perhimpunan Bersih 3.0.

Berapa juta RM yang Umno belanjakan, wallahua’lam….takkan suruh naik bas saja, takkan suruh datang saja, duit belanja tentulah mereka nak. Kalau RM100 seorang, ko kiralah ek!!

Sayuti Omar berkata perempuan ramai perempuan dari lelaki yang menghadirinya. Ok apa.. esok dapat ‘shooping’ baju raya di India Street!!!
......

Pengarah Jais mengaku ahli Umno

Muhammad Faizal
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Marzuki Hussin adalah ahli Umno.

Ketika ditanya peguam Zulhazmi Shariff yang mewakili pemimpin PAS dan Harakah dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi semalam, Marzuki mengaku beliau adalah ahli Umno.

Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran.

Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan.

Umno Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.

Dalam laporan itu, Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno.

Ketika ditanya peguam Asmuni Awi pula, adakah Marzuki tahu berhubung dengan serbuan yang dibuat Pegawai Jais ke atas gereja DUMC, Marzuki berkata beliau tidak mengetahui langsung dengan serbuan tersebut sehinggalah satu laporan dikemukakan oleh Ketua Penolong Pangarah Penguatkuasa kepadanya.

Menurutnya lagi, siasatan bagi kes tersebut telah dilakukan selama tujuh bulan, namun siasatan itu dilakukan oleh Bahagian RnD dan seterusnya dirujuk kepada bahagian penguatkuasaan tanpa perlu mendapat kebenaran Pengarah Jais mahupun exco berkaitan agama Islam Kerajaan Negeri untuk melakukan serbuan.

Sementara itu, ketika ditanya oleh peguam Dr Zulqarnain Lukman berhubung hasrat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mewakili PAS ingin bertemu dengan Jais, Marzuki memberitahu beliau sedia maklum perkara tersebut.

Jelasnya perkara itu telah dirujuk kepada bekas exco Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Hasan perlu bertindak memaklumkan kepada Mustafa berkenaan dengan pertemuan yang dicadangkan dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada Mustafa.

Pada sesi pagi, Mahkamah hanya mendengar keterangan dari Marzuki dan bersambung semula pada sebelah petang.

Turut hadir pada sesi pagi adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini.

Perbicaraan akan disambung lagi pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak.

SISMEP Bantu Kesan Pengundi Hantu

PETALING JAYA, 10 MEI : PKR hari ini memperkenalkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) bagi membantu mengesan pengundi-pengundi hantu yang terdapat di dalam senarai pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memaklumkan SISMEP mampu mengesan perbezaan senarai pengundi yang berdaftar serta kawasan mengundi sejak 2004 hingga 2011.

“SISMEP ini akan memudahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk mengesan kehadiran pengundi-pengundi hantu di kawasan mengundi,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Pusat Media PKR Selangor di sini.

Menurutnya, petugas parti hanya perlu memasukkan no kad pengenalan pengundi untuk mengesan samada pengundi tersebut benar-benar menjadi pengundi bagi kawasan tersebut.

Dengan adanya sistem ini, petugas pilihanraya boleh menghalang kehadiran pengundi-pengundi hantu yang dihantar bertujuan untuk memenangi undi sesebuah kawasan itu seperti yang berlaku sebelum ini.

Azmin juga memberitahu pihaknya tidak keberatan untuk berkongsi penggunaan SISMEP ini bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai permulaan, SISMEP ini akan dilancarkan di Perak bagi menguji keberkesanannya.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya Azmin menegaskan media seharusnya bebas daripada kongkongan parti pemerintah dan meminggirkan kepentingan rakyat.

“Media sepatutnya pro-rakyat dan bukannya pro-perasuah dan pro-perompak yang mengaut keuntungan daripada rakyat,” katanya.

Selain itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, media arus perdana perlu kembali ke jalan yang betul dengan menyiarkan fakta sebenar berkenaan sesuatu isu dan bukan hanya menjadi bahan mainan Umno-BN.

“Jangan merendahkan imej kewartawanan hanya kerana ingin mendapat keuntungan dengan fitnah yang dimainkan selama bertahun-tahun dibawah kerajaan Umno-BN,” katanya.

Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra Pemimpin PKR Selangor bersama Rakan Media serta Perasmian Pusat Media PKR Selangor diadakan di Pejabat PKR Selangor di Lembah Subang, Petaling Jaya.

Majlis ini dihadiri Naib Presiden PKR, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Batu Caves, Amirudin Shari serta barisan kepimpinan PKR Selangor.

PRU 13 : BN Tertekan Di Johor, CINA Tolak BN, PR Yakin Menang

Mutaligat 
BN Johor, benar-benar tertekan dalam menghadapi PRU 13. Ini kerana majoriti kerusi-kerusi Parlimen dan Dun di Johor adalah kerusi campuran antara Melayu dan Cina. Kebanyakan kerusi hampir 50:50 antara bilangan pengundi Cina dan Melayu. Hanya beberapa Parlimen sahaja yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang agak ramai antaranya Mersing, Kota Tinggi Ini yang membuatkan Ghani Othman tidak tidur malam.

Alamgkah eloknya jika Ghani Othman tidak payah memeningkan kepalanya, lebih baik beritahu Najib bahawa dia nak 'surrender' dan pencen.

Elok kerana kemarahan orang Cina terhadap BN semakin meluap-luap khususnya selepas Bersih 3.0 maka dijangkakan BN akan menghadapi mimpi ngeri pada PRU 13 nanti. Pengundi Cina sudah tidak takut lagi untuk mengundi PAS seperti yang ditunjukkan oleh mereka di Dun Sg Abong dan Maharani yang dimenangi PAS pada PRU 12 dahulu. Pada PRU 13 kali ini, adalah dijangkakan 80-90 % pengundi Cina akan mengundi DAP dan 70-80 % dari mereka akan mengundi PAS. Jika keadaan ini benar-benar berlaku sudah tentu BN akan tergolek dan bungkus di Johor.

Sementara itu PAS negeri Johor yang menang dua kerusi undangan negeri (DUN) pada 2008 meletakkan sasaran realistik sesuai dengan sokongan pengundi kepada parti itu dalam pilihan raya umum 13.

“Sasaran realistik ialah menang 15 kerusi negeri berdasarkan fokus parti sebaik selesai pilihan raya umum 2008 dan sokongan pengundi.

“PAS akan meletakkan calon di 28 kerusi tetapi pontesi menang adalah 15. Ini sasaran yang realistik dan terjangkau,” kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed, orang nombor satu PAS Johor.

“Jika menang lebih daripada kerusi itu, ia bonus. Kemungkinannya tetap ada” katanya kepada Portal FMT baru-baru ini.

Bagaimanapun, Dr Mahfodz tidak menyebut kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh PAS itu.

Parti itu bertanding 33 kerusi negeri dalam pilihan raya umum lalu tetapi cuma menang dua kerusi negeri – Maharani dan Sungai Abong.

PAS tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen walaupun meletakkan sembilan calon.

3 calon bukan Islam

“Kali ini kita (PAS) akan bertanding lapan kerusi Parlimen, antaranya Pulai, Pagoh, Simpang Rengam dan Air Hitam.

“Kita ada peluang untuk menang kerana Umno sendiri mengakui ada sembilan kerusi yang kelabu dan hitam dalam pilihan raya kali ini.

“Ini bermakna, kawasan tradisi Melayu itu kemungkinan dimenangi calon PAS tetap cerah,” katanya.

Menurut Mahfodz lagi, PAS negeri sudah menghantar senarai nama calon kepada pejabat agung PAS di Kuala Lumpur.

Katanya, dalam senarai tersebut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dicadangkan untuk bertanding dua kerusi iaitu Parlimen dan negeri.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan itu mengesahkan akan pulang dan bertanding di Johor dalam pilihan raya umum 13.

“Banyak muka baru kali ini, Johor juga menghantar beberapa nama bukan Islam, tiga muslimah dan muka-muka baru.

“Kita sedang merangka manifesto bersama Pakatan Rakyat. PAS akan menggunakan manifesto ini di kawasan-kawasan yang kita tandingi.

“Kita tahu, PAS tidak akan menang secara sendirian. Kita bertanding secara bersama (Pakatan Rakyat),” tambahnya.

PRU13: HARI MENGUNDI SABTU 9 JUNE 2012

mohdnoorawang
pru13Najib Razak semakin terdesak dan semakin tidak senang tidur. Setiap malam mimpi ngeri selalu tido bersamanya, Kekedang wajah Rosmah bininya ternampak wajah wanita Mongolia bernama Altantuya dalam mimpinya.
Apakan tidak kes RASUAH RM3 BILLION ATAU KES BELI KAPAL SELAM TELAH DIDENGAR DAN AKAN DIBICARA SEPENUHNYA DI NEGARA PERANCIS.

Najib Razak akan mengadakan PILIHANRAYA UMUM (PRU13) DALAM BULAN JUNE DAN MENGIKUT SUMBER PWTC dan JPM dicadangkan PRU13 perlu disegerakan dan tidak perlu dilewatkan. Skandal pembelian kapal selam dan rasuah RM3 billion yang diminta oleh Najib Razak bakal memberi gambaran buruk dan mimpi ngeri kepada Najib Razak dan gengnya.

Isu 'BERSIH"3.0 dan keganasan Polis serta moral Najib Razak dan imej Hishamuddin jatuh merudun dan jijik dalam ucapan dalam isu unjukrasa "BERSIH 3.0" .

Najib Razak menjangka hayat UMNO bergantung kepada peneroka Felda?. Wang RM15 ribu kepada keluarga Felda yang diumumkan oleh Najib Razak sebagai rasuah politik muruhan. Rakyat Felda sudah pening lalat. Najib Razak pastikan rakyat Felda akan memberi undi kepada BN/UMNO PRU13.

Najib Razak dijangka mengadakan PILIHANRAYA UMUM YANG KE13 bakal diadakan pada bulan JUNE 2012. Tarikh mungkin diadakan HARI MENGUNDI PADA 9 JUNE 2012, Tarikh akhir cuti penggal persekolahan (School Holidays 26 May-10 June 2012).

Apakah dengan memberi wang RM15 ribu kepada rakyat Felda boleh memberi kemenangan mudah kepada BN/UMNO pada pilihanraya umum ke13?. Rata rata rakyat Felda dalam media UMNO ucapan terimakaseh kepada Najib Razak.

Najib Razak akan menilai kehadiran rakyat dan warga UMNO dalam merayakan UMNO ke 66 di Stadium Bukit Jalil dan seluruh Negara dan Parlimen Malaysia yang diadakan sepanjang bulan Mei 2012. Jika kehadiran yang memuaskan dan berjuta warga UMNO hadir disetiap program menyambut Hari UMNO yang ke 66. Najib Razak akan mengadakan PILIHANRAYA UMUM YANG KE 13 PADA BULAN JUNE 2012.

MAHATHIR marah anak sendiri...

Sharpshooter
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar tulisan anak perempuannya Datin Paduka Marina dalam akhbar The Star yang mengecam keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Tulisan terbaru Marina di kolumnya Musings, beliau berkata situasi kini kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan dalam insiden keganasan ketika Bersih 3.0.

“Tapi keganasan itu, terutamanya daripada mereka yang sepatutnya melindungi kita susah untuk dinafikan, apatah lagi dengan beribu video, gambar and saksi kejadian. Saya turut terbinggung sebentar atas hal ini. Bagaimana polis bertukar daripada tidak berbahaya kepada ganas tanpa alasan tertentu,” tulis beliau.

“Dan jika Menteri Dalam Negeri berkeras bahawa tiada siapa yang mengarahkan polis untuk bertindak ganas, jadi apa yang menyebabkan mereka melakukan demikian, sehingga situasi yang begitu teruk? 65 orang masuk di hospital, hanya dua sahaja polis. Ini memberitahu sesuatu,” kata Marina lagi.

Marina berkata insiden tersebut perlu disiasat dan salah satu caranya ialah menubuhkan suruhanjaya penyiasatan yang bebas.

“Ramai yang tercedera bukan disebabkan polis. Para pendemo, juga melakukan serangan terhadap orang ramai yang mereka sangka sedang menyaksikan atau merakam apa yang berlaku,” selar Mahathir yang dipetik The Star.

Mahathir turut mendakwa Unit Amal PAS “yang berbaju merah” dan “dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan keganasan” turut terlibat.

Mahathir turut berkata bahawa Marina tidak tercedera walaupun menyertai Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 kerana beliau mengikut “arahan”.

“Ini kerana beliau tidak cuba untuk merobohkan benteng yang dibina pihak berkuasa. Beliau duduk apabila tiba di benteng. Kalau semua pendemo ikut cara beliau, semua tidak akan cedera,” hujah Mahathir lagi.

Marina, kata ayahnya, sudah pasti tahu akan peristiwa “benteng diceroboh”, “cermin kereta polis pecah” dan “kereta polis diterbalikkan”.

Membela pihak polis yang terbukti keganasannya daripada video-video yang dimuat oleh para peserta Bersih 3.0, Mahathir berkata polis yang diberi latihan khas untuk menangani keganasan ramai “akan menggunakan apa yang diajar untuk menangani sebarang situasi.”

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter

PANAS!! Zul Nordin anggap Ibrahim Libya mati sia-sia.. (Video Inside)

AnakSgDerhaka


Korang baca dulu apa tanggapan Zul Nordin @ Zul Kulim ini tentang kematian Ustadz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang telah syahid di Memali suatu masa yang lalu ketika beliau baru disepak keluar dari PKR..Salam 2 all.Pagi 19 Nov 1985, di sebuah perkampungan kecil di panggil Memali, Baling, berlaku satu peristiwa hitam dalam sejarah negara. 14 orang awam penduduk kampung ditembak mati oleh pasukan keselamatan. Empat anggota FRU turut terkorban.

Banyak versi yang kita dengar, dan banyak cerita yang disampaikan, tetapi hakikatnya ia satu peristiwa yang boleh dielakkan.

Saya sendiri semasa itu baru sahaja tamat pengajian dari Victoria University Wellington. Sebaik mendapat berita dan maklumat mengenai kejadian tersebut, saya telah membuat satu komen mengenainya, dan disiarkan disebuah akhbar di Wellington, tidak silap saya akhbar The Herald. Kebetulan semasa kejadian saya sedang bersiap-siap untuk pulang ketanah air. Sebaik tiba, saya terus pulang ke kampung yang terletak tidak jauh daripada Kg. Memali. Saya sempat melihat kesan-kesan insiden tersebut, dan saya sempat ke perkuburan syuhada yang terletak tidak jauh daripada bulatan Parit Panjang.

Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa itu. Setakat yang saya tahu, kejadian bermula kononnya kerana Kerajaan pada masa itu berpendapat Assyahid Ustadz Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Ustadz Ibrahim Libya (atau nama betulnya Ustadz Ibrahim Bin Mahmud) adalah seorang lulusan Universiti Tripoli, Libya (itu sebab beliau dipanggil Ustadz Ibrahim Libya). Beliau pada mulanya bertugas sebagai pegawai pendakwah dan penceramah bagi Bahagian Hal Ehwal Islam JPM (BAHEIS-sekarang Jakim).

Namun semangat menyebarkan dakwah menyebabkan beliau membuat keputusan pulang ke kampung halaman dan membuka sebuah madrasah dipanggil Madrasah Islahiah Ad Diniah. Disitu pengaruh Ustadz Ibrahim Libya makin kuat dan Assyahid menyertai PAS dan bertanding dalam beberapa pilihanraya (dimana walaupun tewas tetapi dengan majoriti yang kecil sahaja). Saya masih teringat satu tulisan terpampang dirumah Assyahid dengan ayat "perjuangan itu adalah perlaksanaan kata-kata". Itu adalah "tagline" Assyahid yang cukup terkenal terutama bagi kami orang Baling.

Setakat yang saya tahu, perjuangan Assyahid Ustadz Ibrahim adalah untuk mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas dan ta'zir. Itu yang beliau selalu ucapkan. Malahan itu adalah antara sebab utama Assyahid menentang UMNO pada masa itu. Beliau malah beranggapan berjuang menubuhkan sebuah negara Islam yang melaksanakan hudud, qisas & ta'zir adalah satu jihad! Sebab itu Assyahid menyertai PAS, kerana pada masa itu perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan syariat hudud, qisas & ta'zir cukup jelas.

Malahan baru beberapa tahun sebelum itu Amanat Haji Hadi disampaikan di Terengganu, amanat yang cukup jelas dan matlamat dan perjuangannya. Matlamat yang menarik perhatian ramai anak muda Islam memilih untuk menyertai PAS, termasuk saya. Matlamat yang tumbuh subur searus dengan gelombang kebangkitan Islam yang divetuskan oleh revolusi Iran pada masa itu. Tapi itu PAS pada masa itu, PAS yang disokong dan didokong oleh ramai anak muda yang dahagakan pengembalian pemerintahan Islam!

Saya tidak tahu apa agaknya tanggapan Assyahid jika melihat keadaan PAS sekarang...

Itu adalah sebahagian dari artikel yang ditulis oleh Zul Nordin pada 19 Nov 2010 di dalam Blog miliknya..

Setelah semakin lama menjadi Ahli Paelimen Bebas yang menyokong Barisan Nasional.. segalanya mula berubah.. dari menganggap kematian Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah Syahid.. beliau kini mempertikaikannya..

Dalam video di bawah pada minit 1:40 anda akan menyaksikan bagaimana Zul Nordin menceritakan tentang kematian Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya..

Disini beliau mempertikaikan pula kesyahidan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya, malah menghina pula cara mereka dikebumikan..
Video berkenaan sila lihat di SINI

Siapa Lidah Bercabang Mengatakan Nik Aziz "Bapak Kafir?"

Mohd Sayuti Omar
Bekas ketua polis negara Rahim Noor yang telah bertindak ganas dan diluar perikemanusiaan dan tatacara kepolisan semasa menjawat jawatan itu dengan menumbuk mata Anwar Ibrahim sampai lebam menafikan yang beliau telah menuduh atau menggelarkan Menteri Besar Kelantan sebagai "bapak kafir" atau "Nik Aziz is father of kafir" seperti mana dilaporkan The New Strait Time pada 8 Mei lalu.
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kata Rahim apa yangbeliau katakan hanya sikap para pemimpin Pas termasuk Nik Aziz dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno. Betulkah itu yang Rahim kata dan macam mana kalau itu yang keluar dari mulutnya, lain yang ditulis?

Apakah Rahim sudah mulai merasa panas dengan cemuhan dan marah orang ramai kepada beliau ekoran laporan berkenaan. Sejak NST melaporkan Rahim berkata begitu, rasanya sudah puluh ribu orang menyumpah dan mengeji Rahim Nor kerana tidak sepatutnya dia menyifatkan Nik Aziz sebagai bapak kafir.

Nik Aziz bukan lawan Rahim kalau pun Rahim ingin mendapat award atau pun apa-apa imbuhan dari kerajaan UBN kerana turut melayak dan menyerang Nik Aziz. Tidak payah lawan Nik Aziz dengan kata-kata cacian, kejian dan persendaan beliau tidak akan kalah. Nik Aziz mungkin boleh kalah kalau beliau dilawan dengan hujah dari Quran dan Hadith.

Pelik laporan yang jelek terhadap Nik Aziz itu juga turut dinafikan oleh wartawan yang menulis (diletakkan namanya) pada tulisan itu, iaitu Rahmah Ghazali. Tulisan itu memakai dua nama (byline) Rahmah dan Lim Poh Lian.

Rahmah menerusi Twitternya dikatakan telah menafikan yang beliau membuat laporan itu dan hanya menulis laporan dari memetik kenyataan Mahfuz Omar yang dimasukkan di kaki berita berkenaan saja. Ertinya Rahmah tidak tahu menahu dengan kenyataan Rahim itu.

Jelas si penumbuk itu, (Rahim) kenyataan itu dipetik hasil dari temubual beliau dengan wartawan menerusi telefon. Beliau tidak menyebut siapakah wartawan berkenaan apakah Lim Poh Lim, atau Lim Poh Lim hanya tulisan kenyataan Rahim kerana disuruh oleh pihak lain.

Biasa berlaku dalam dunia surat khabar, bos akan menyuruh mana-mana wartawan menulis bahan atau pun maklumat yang diperolehi kerana kesibukan ataupun untuk mengelak timbul implikasi kerana jika timbul implikasi penulis yang dicatat namanya akan dipertanggungjawabkan.

Rahim juga mengaku dia tidak pernah mengatakan Nik Aziz adalah political animalsebaliknya istilah yang beliau gunakan adalah 'political creature' - politik haiwan hidup. Sebenarnya animal politik sama dengan political creature.

Persoalan sekarang ini kalau bukan Rahim yang dilaporkan berkata demikian dan Rahmah yang namanya diletakkan di situ sebagai pelapor juga menafikan, siapakah yang pandai-pandai membubuh perkataan itu? Disebabkan berita itu ditulis oleh dua orang, seorang lagi Lim Poh Lim, besar kemungkinan perkataan itu ditulis oleh Lim Poh Lim. Kita berharap Lim Poh Lim akan membuat penjelasan kalau didiamkan orang ramai akan menganggap dia yang tulis.

Boleh jadi juga wartawan berkenaan tidak menulis perkataan itu, (bapa kafir) tetapi ia pandai-pandai penyunting akhbar berkenaan yang mengawal laman berita berkenaan yang tokok tambahnya untuk menimbulkan sensasi. Pun begitu kalau ia menulis demikian dari manakah asasnya? Kalau hendak dikatakan tersilap terjemahan, ia tentu juga ada asasnya dari perkataan atau maksud apa?

Politikal creature yang disebut Rahim Nor itu juah larinya dengan maksud yang diguna oleh akhbar berkenaan, iaitu bapak kafir.
Ada baiknya untuk memastikan siapa punya angkara menuduh Nik Aziz sebagai bapa kafir itu, MB Kelantan itu wajar menyamannya dan tidak akan memaaf sehingga orang terbabit di bawa ke mahkamah. Sebelum ini Nik Aziz banyak memaafkan orang yang memburukkanya.

Dia juga pernah memaafkan Utusan Malaysia yang memfitnahnya dengan menarik balik cadangan saman. Sikap Tok Guru yang pemaaf begitulah menyebabkan media massa khasnya MPB tanpa berfikir panjang memfitnah dan menghina beliau seperti bapak kafir dan sebagainya itu.

Dalam hal ini kalau Nik Aziz meneruskan cadangan menyaman NST dan Rahim Nor bukan tujuan mengharapkan mendapat wang kerana pampasan ekoran kata-kata itu memalu dan merosakkan imejnya tetapi hanya untuk tahu siapa yang lidahnya sama dengan lidah syaitan menyifatkan Tokguruku sebagai "bapak kafir" itu.

Dalam kes ini tiga orang suspek sudah pun dikenal pasti kerana mereka terlibat secara langsung dengan berita berkenaan, Rahim Noor, Rahmah Ghazali dan Lim Poh Lim. Mungkin dua lagi saya boleh agak-agakkan mereka ialah penyunting atau pengarang akhbar berkenaan sendiri.

Bar dan night-club di Britain Bertukar Kepada Pusat Komuniti Islam

halimislam
Islam Britain telah menyambut baik persetujuan rasmi mengenai rancangan mereka untuk menukar bekas pub di barat Norfolk untuk menjadikan pusat komuniti Islam. Mereka berharap kewujudan Islamic centre tersebut akan membantu mengeratkan hubungan antara Islam dengan masyarakat Britain yang lain.

"Kami berterima kasih kepada semua pegawai dan pihak berkuasa yang mengesyorkan kelulusan untuk ini," kata Assam Gabbair, ketua West Norfolk Islamic Association (WNIA), pada BBC, Isnin 30 April

WNIA telah merancang untuk mengubah tiga tempat iaitu Queen 's Arm, London Road, King' s Lynn, menjadi tempat ibadah atau masjid, pendidikan dan acara keagamaan lain. Tapi, kontroversi terjadi kemudian apabila terdapat lebih dari 700 penentang dengan rancangan perubahan tersebut yang dihantar di laman dewan. Para penetang pembangunan pusat Islam tersebut mendakwa bahawa Islamic centre akan "eksklusif" dan menjadi mangsa untuk kejahatan dan vandalisme, kata BBC.

WNIA sendiri belum mengumumkan waktu Islamic centre itu akan dibuka.

Walaupun mendapat tentangan, namun diyakini usaha untuk membina Islamic centre tersebut akan dapat menghubungkan umat Islam dengan elemen masyarakat yang lain.

Baca Selanjutnya http://www.halimislam.com/ 

Penyanyi Aishah akan menyerahkan borang keahlian kepada TGNA malam ini

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin (gambar) di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.

Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamat http://webtv.pas.org.my saluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online.

Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau.

Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.

Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai.

*Blog ini juga Insya Allah akan menyiarkan siaran langsung.

PRU13: Gelombang perubahan bermula dari Johor?

Nazri Abdullah

(Johor disifatkan negeri paling hangat dalam pertembungan PRU13)
KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham), Fui K. Soong menjangkakan negeri Johor akan menjadi pusat kepada gelombang perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Beliau juga mendakwa, gelombang itu juga mungkin akan merebak ke Melaka sehingga ke Negeri Sembilan.


Menurut beliau, pada PRU-12 sebelum ini, pusat perubahan itu dilihat bermula di Pulau Pinang dan membawa kepada negeri sekitarnya iaitu Kedah dan Selangor.


Menurut Fui K. Soong (gambar), pandangannya itu berasaskan kepada faktor Johor yang mempunyai banyak kawasan campuran Selepas Selangor dengan kaum Cina adalah majoriti.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kajiannya di wacana politik dan persepsi semasa pengundi menjelang PRU-13 di Universiti Malaya hari ini.

Turut menjadi panel membincangkan tajuk 'Siapa selepas PRU ke-13, BN atau PR' itu adalah bloger politik Mohd Sayuti Omar dan Editor Sinar Harian Online Dr G.Manimaran.

Menurut Fui K. Soong, Johor juga antara negeri 'paling panas' pada PRU-13 nanti dan boleh dilihat dengan pertambahan pengundi baru paling tinggi iaitu seramai 385,591 orang.

Selain Johor, negeri yang juga boleh dianggap 'panas' adalah Selangor dengan pertambahan pengundi baru seramai 373,748, Perak (249,405), Sabah (149,940) dan Sarawak (164,547).

Sementara itu Mohd Sayuti juga turut memberi pendapat serupa.

Menurut penulis profilik itu, beliau dapat melihat gelombang perubahan rakyat yang luar biasa berbanding pilihan raya sebelum ini khususnya di Johor.

Ianya berasaskan sambutan memberangsangkan oleh rakyat terhadap program-program Pakatan Rakyat di negeri itu.

"Sebagai penulis blog dan wartawan, saya ikut jelajah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim ke Endau sampai lah ke Sembrong.

"Saya dapat lihat kehadiran menakjubkan," katanya.

Selepas PRU 2008 lalu, banyak pihak melihat Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah di negeri-negeri Selatan tanah air khususnya Johor dan Negeri Sembilan yang dahulu terkenal dengan negeri 'kubu kuat' Umno BN.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS, juga telah mengesahkan akan bertanding di negeri kelahirannya di Johor pada PRU-13 ini.

Cerita untuk direnungkan para peneroka.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Di sebuah kampung, Allah kurniakan tanah yang amat subur kepada penduduknya.

Segala yang ditanam akan menghasilkan buah dan pulangan. Walaupun tanah itu tidaklah besar, tapi hasil pertaniannya cukup untuk menyara sebuah kampung malah ada lebihan.

Pada satu hari, datang seorang ahli perniagaan kaya, yang berkata kepada penduduk, ada pelan untuk durian runtuh, dapat duit dengan cepat.

Pelannya begini:

Penduduk cagarkan tanah yang subur itu kepada peniaga - dengan 2 syarat:

1. peniaga akan bayar balik sejumlah wang dan

2. "batu istimewa" akan dijualkan kepada pengguna - "batu istimewa" ini dijamin peniaga akan meningkat nilai pasarannya buat selama-lamanya.

Penduduk kena membeli "batu istimewa" ini yang diwar-warkan sebagai telur emas, dengan pinjaman atau duit sendiri.

Asalkan penduduk tidak menjual "batu istimewa" tersebut, "batu istimewa" tersebut akan menghasilkan wang tunai, sekiranya peniaga untung besar.

Di sebalik itu, yang tidak diketahui penduduk kampung tersebut ialah - peniaga yang mencagarkan tanah tersebut mendapat RM50. Yang diberi balik pada peneroka hanyalah RM15, bersama satu "batu istimewa" yang dijamin dapat membawa pulangan lumayan.

Ada pihak B yang kenali sikap peniaga ini cuba menasihati penduduk kampung ini, tapi penduduk kampung hanya nampak kebesaran RM15.

Pihak B memberitahu penduduk - faham maksud cagaran. Peniaga kaya itu memberitahu tanah itu masih milik penduduk kampung - betul kata pihak B, sekiranya tiada masalah berlaku.
Sekiranya apa-apa berlaku kepada peniaga kaya tersebut, tanah itu akan hilang daripada penduduk kampung, kerana ia hak milik orang lain, pihak yang membayar peniaga kaya untuk tanah itu.

Penduduk kampung yang tertarik dengan tawaran tersebut, disuruh menandatangani satu perjanjian secara cepat - di mana perjanjian tersebut tertulis "jika berlaku kerugian, penduduk kena tanggung semua, dan tak boleh saman peniaga."

Penduduk teruja dengan tawaran tersebut kerana tanah yang Allah kurniakan hanya dapat menghasilkan RM2 sebulan.

Kini, peniaga beri RM15 sekaligus, 7 bulan hasil. Tapi mereka lupa, RM15 ini sekali sahaja, RM2 yang dijana adalah berterusan sampai bila-bila sehingga generasi kedua atau ketiga.

Bukan main seronok penduduk berterima kasih kepada peniaga ketika menerima RM15. Tapi keperitan datang selepas setahun, dua apabila "batu istimewa" yang dijanjikan tidak mendatangkan hasil, tanah yang dicagarkan peniaga bukan lagi milik sendiri.

Peniaga berkata perjanjian dah kata dengan jelas, kerugian perlu ditanggung sepenuhnya oleh penduduk kampung dan anda tak boleh saman.

Menangislah penduduk, menyuruh orang pihak B menyelamatkannya. Nak selamat macam mana?

Ini sekadar cerita luahan untuk renungan bersama. Alhamdulilah, ada masa untuk menceritakannya untuk dikongsikan.
------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Walau dijanji RM15,000, lebih 3,000 peneroka saman Felda

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Walaupun semua peneroka dijanji `durian runtuh’ RM15,000 sekeluarga, lebih 3,000 peneroka di Pahang membuat tuntutan saman RM483,000 seorang terhadap Felda.
Mereka ialah 1, 086 peneroka dari Jengka; 800 (Keratong); 770 (Chini), 800 (Mempaga) dan 500 (Bera), kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said.

Peneroka Jengka, Bera dan Mempaga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, manakala peneroka Chini dan Keratong di Mahkamah Tinggi Kuantan.

“Pertama, peneroka menuntut geran tanah dikembalikan setelah mereka membayar semua hutang kepada Felda. Ada yang terpaksa menunggu 10, 15 dan 20 tahun tetapi geran tanah belum dikembalikan.

“Kedua, dana tanaman semula berjumlah RM17, 000 setiap seorang peneroka, kerana ramai lagi yang tidak mendapat dana tersebut.

“Ketiga, berhubung kadar perahan gred (KPG) kerana Felda membayar tidak mengikut KPG yang menyebabkan peneroka kerugian kerana ditipu dari segi kadar sebenar.

“Sebagai contoh, mengikut pasaran KPG ialah 25 – 27 peratus tetapi Felda membayar 17-20 peratus sahaja. Kalau secara kasar 5 peratus, peneroka rugi RM1, 200 setahun.

“KPG ini sepatutnya enam tahun sahaja tetapi Felda mengambilnya sehingga 15 tahun. Ini pecah tanah,” kata Suhaimi.

Beliau berkata, tuntutan peneroka itu lebih munasabah jika kerajaan benar-benar ingin membantu peneroka.
Katanya, ia tidak boleh dibantu sekali sahaja seperti bantuan RM15, 000 sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.