Apa pula muslihat Sultan Sulu kali ini?

senik
Assalamualaikum,,,
Agbimudin Kiram mendakwa serangan udara TUDM terkena pasukan keselamatan Malaysia, Jamalul Kiram pula menawarkan gencatan senjata sebelah pihak sementara MNLF menurut bernama mengutuk pencerobohan itu, begitu juga masyarakat suluk di Lahad Datu turut mengutuk serangan penganas serumpun mereka itu. Meneliti lapuran pencerobohan setakat ini, ada yang tidak beres walaupun kerajaan nampaknya yakin mampu mengatasinya.

Najib dan Zahid Hamidi dengan penuh konfiden menolak gencatan senjata yang ditawarkan sebaliknya menuntut pengganas Sulu menyerah diri tanpa syarat dan menurut Najib tiada kompromi sehingga Jamalul Kiram menerima pendirian Negara.

Cukup tegas suara PM kita kali ini tetapi yang bekerja untuknya ialah pasukan keselamatan kita, yang menjadi wira negara samaada gugur atau tidak, tiada syak mengenainya. Untuk itu percaturan kepada pencerobohan yang membawa banyaknya nyawa terkorban perlu diteliti sehalus halusnya.

Bermula daripada kegagalan pasukan pengawal sempadan menghalang pencerobohan itu perlu dikaji. Kenapa pasukan keselamatan yang mempunyai senjata dan peralatan yang canggih masih gagal menghalang laluan laut penceroboh harus dipersoalkan dan dijawab oleh Najib dan kerajaan. Kalau sekarang laut di penuhi oleh pasukan keselamatan kerana percaya hanya melalui laut sahaja penceroboh boleh melarikan diri, maka seharusnya pasukan keselamatan sepatutnya memenuhi laut sebelum kejadian itu. Ini bermakna, ada unsur kelalaian di pihak kerajaan dalam soal keselamatan dan dengan kelalaian ini ada wira kita terkorban. Kenyataanya, kalau penceroboh dapat disekat di sempadan, semua ini tidak berlaku.

Namun apa perlunya laut dipenuhi oleh pasukan keselamatan? Tidak cukupkah pasukan pengawal sempadan yang diberitakan memiliki radar pengesan yang canggih walhal pengganas hanya menggunakan feri yang disewa sahaja? Lagi pula buat apa kapal selam yang dibeli dengan duit berbillion ringgit?

Baik Najib atau Zahid perlu menjelaskan semua perkara ini agar rakyat selesa dan tahu apa yang diharapkan dari pengganas Sulu tersebut. Begitu juga dakwaan Nur Misuari mengenai kemasukan penggas Sulu yang masuk kerana janji Najib untuk memberi tanah kepada mereka, perlu dinafikan dengan bukti yang jelas oleh Najib. Tidak ada maknanya Najib bercakap dengan bersemangat kerana yang mengambil risiko adalah pasukan keselamatan kita. Semuanya harus jelas dalam usaha meminimakan kehilangan nyawa.

Amaran Nur Misuari juga tidak harus dipandang ringan, amaran untuk menghantar bantuan sekiranya penceroboh diburu. Oleh itu tawaran gencatan senjata perlu dianalisa dengan teliti. Kalau penolakan itu mengikut pertimbangan yang menyeluruh dan dengan perancangan yang sudah diatur, teruskan tetapi kalau ianya dibuat hanya untuk menunjukkan kekuatan kerajaan mungkin rakyat Sabah bakal membayar harganya.

Penulis berpendapat demikian berdasarkan fakta bangsa Sulu(yang ditambah k apabila menjadi warga Sabah) merupakan hampir sejuta atau lebih tinggal di Sabah baik sebagai warganegara atau PATI yang kebanyakan IC diberi oleh Mahathir. Ada kemungkinan penceroboh ini dilindungi oleh warganegara dari kalangan mereka, hujahnya, kenapa selepas serangan udara besar besaran, mereka boleh lepas dan menyamar sebagai orang kampung?

Hari ini ada di antara mereka mengutuk serangan pengganas seperti dilapurkan oleh BERNAMA, tetapi berapa kerat kah yang mengutuk itu? Sedangkan kita difahamkan ribuan keturunan Sulu yang ada IC bebas keluar masuk ke pekan Samporna menjalankan aktiviti penyeludupan.

Itu baru Samporna, bagaimana di Lahad Datu sendiri? Lapuran menyebut dalang kepada penyeludup ialah seorang samseng pakar membuat bom ikan yang kebetulan pula adalah ketua UMNO kg. Tandou. Ahmad bom ikan mempunyai ramai pengikut samseng yang dikatakan memainkan peranan besar memenangkan calon UMNO di Lahad Datu(MP Lahad datu pernah membuat lawak bodoh di Parlimen). Mungkin hujah di atas berbau politik kepartian, tetapi ianya berkait rapat dengan soal keselamatan rakyat dan pasukan keselamatan dan tidak harus dipandang ringan. Oleh itu kenyataan mengenai soal ini amat amat dinantikan.

Kita bimbang pencerobohan ini akan berlarutan. Sebentar tadi, kalau tak silap Yidin menerusi rakaman yang disiarkan di TV ada menyebut tahun lalu jabatan hasil dalam negeri mengutip cukai sebanyak RM125b dari rakyat Malaysia termasuk dari rakyat Sabah(juga Kelantan yang dibiarkan berdepan dengan masalah air bersih). Bayangkan berapa banyak wang pembayar cukai yang akan dibazirkan untuk mengatasi masalah pencerobohan ini sedangkan pendatang Sulu yang diberi IC tidak membayar apa apa cukai hasil aktiviti penyeludupan?

Propaganda sultan Sulu mungkin berstrategi jadi seharusnya dibalas dengan strategi juga, mungkin sudah sampai masanya Zahid mengumumkan untuk kapal selam negara menyelam memburu pengganas Sulu!

1 ulasan:

  1. hahaha.... ujung bulan ni kan LIMA langkawi.... hehehe... buleh la buat alasan nak shopping sakan nanti... ekekekekke....

    BalasPadam