DAP dah naik tocang?

FB Noor Khalim Sakib
Sedang khusyuk menghirup nes 'o' tetiba dtg seorang separuh umur wajah merah padam seraya bermadah "kurang hajar DAP, baru menang 2/3 hari dia dah naik tocang... ada ke patut kat Batu Pahat n Yong Peng sekarang ni masjid2 dah tak boleh azan kuat... DAP mula masuk campur urusan org islam... ni betul2 mencabar kesabaran org melayu"

"betul ke pakcik.." tegur ku .... "betul laaa...." pakcik tu jwp ringkas....

"Pakcik kena siasat dulu khabar tu .. sekarang ni banyak benda fitnah".. terangku.

"Alllaaaahhh... kalu dah cina DAP tu, pakcik memang percaya lahh..." bentak pakcik tu..

"..setahu sy DAP Batu Pahat dah buat laporan Polis kes ni pakcik... DAP menafikan sekeras2nya perkara tu... kita tunggu aje lah polis buat siasatan diatas laporan Polis tu..." jelas ku.

"...mmmmmmmmmm..." pakcik tu bungkam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
...kenapa perlu ada khabar angin begitu..?? .. adakah ianya satu cara renjisan minyak sengketa kedalam api perkauman yg semakin dimarakkan dan disengajakan oleh sesetengah pihak..?

...andainya DAP benar2 melakukan penghalangan terhadap isu "azan" tersebut, pasti kami dan PAS tidak teragak2 utk ambil tindakan dr perkara itu berlaku.... namun sekiranya ianya satu fitnah yg terjelir dr lidah jahat pihak yg tak suka perpaduan didalam 'sebuah pakatan rakyat' .. pasti Allah akan membalas perbuatan itu dgn balasan setimpal kepada pemfitnah dan penyebar fitnah tersebut....

~~~~~~~ Foto ikhsan dr Bard Ridz ... ianya sekadar hiasan belaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan