Korang Ingat PAS Ini Macam Tuuuutuuut !!

hijabulcrewz

"PAS kayu! PAS bodoh! PAS jumud! PAS tak releven! PAS purba! PAS khianat! PAS lembap! Ulama' PAS tak betul! Singkir pimpinan ulama' PAS!" 

Mungkin inilah perkataan yang keluar daripada segelintir rakyat Malaysia yang "lupa". Ramai yang mengutuk, mengeji, memperkecilkan serta memperlekehkan PAS serta pimpinan ulama' PAS kini.

Anda semua akan malu dengan segala perbuatan, perkataan anda selepas anda baca artikel ini sepenuhnya. Betapa ada perbezaan yang amat besar dengan apa yang dinamakan perjuangan dengan hanya menegakkan keadilan, menjatuhkan kezaliman dengan perjuangan menegakkan Islam. Kerana Islam akan menjamin keseluruhannya termasuklah keadilan, kebebasan dan hak tak lupa apa yang paling penting mentadbir dunia dengan syariat Allah. Fahami artikel ini, fahami PAS. Khas ditujukan kepada lawan mahupun kawan. ;)

------>

Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat sudah mengeluarkan kenyataan bahawa PR tidak akan terlibat dengan sebarang usaha menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan.

PAS bersama dalam hal ini.

Namun, ada sesetengah pihak yang memperlekehkan PAS mengatakan PAS penakut dan tidak berani.

Tuduhan yang sungguh tidak berasas kerana dalam sejarah politik negara, sudah ramai pejuang-pejuang PAS yang ditangkap, diISA, dipenjara, dibelasah malah ada yang dibunuh.

Lihat tragedi Memali, peristiwa berdarah Lubuk Merbau, dan tragedi Samad Gul menyaksikan para ulama PAS dan para pejuangnya dibunuh dengan kejam tanpa pembelaan.

Lihat pula era millenium, siapa yang menjadi benteng hadapan siri-siri demonstrasi BERSIH, kalau bukan petugas-petugas pemuda PAS daripada Unit AMAL yang siap sedia dibelasah, dibelantan dan dipukul FRU.

Sesungguhnya kami para pemuda PAS sudah sebati dengan seruan jihad yang menjadi jalan perjuangan kami dan syahid sebagai cita-cita tertinggi kami.

Kami para pemuda PAS tidak mudah melatah dengan sebarang provokasi murahan.

Kami juga tidak tahan melihat segala penipuan yang berlaku. Kami juga sukar untuk menerima kekalahan disebabkan tipu daya SPR. Kami juga marah dengan putar belit Pengerusi SPR yang menjadi anjing suruhan BN. Kami juga tidak rela melihat calon-calon kami kalah dengan cara pembohongan.

Darah muda kami membuak-buak untuk protes di jalan raya. Unit AMAL kami senantiasa bersiap sedia untuk turun berdemonstrasi. Para pemuda jihad kami pun sudah bersiap siaga untuk syahid!

Namun kami ada ulama yang berpandukan Quran dan Sunnah untuk membimbing perjuangan ini.

Andai hari ini Majlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk berjuang secara revolusi di jalan raya dan tiupan semboyan jihad dibunyikan, nescaya ratusan ribu ahli PAS akan turun dan kami akan berada di saff paling hadapan sebagai benteng pertahanan!

AllahuAkbar!

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.

------->

Siapa yang dah merasa makan peluru hidup di Memali? PAS bukan Sosialis.
Siapa yang diberi kepercayaan berkawal di barisan hadapan setiap kali bertempur dengan FRU? PAS bukan Sosialis.

Tiba2 kanak2 Sosialis gila menjaja PAS takut untuk turut serta meledakkan 'Spring' di Malaysia. Memasak pun ada kaedah, tak akan berjuang tiada kaedah? Main semberono menonong gitu je? Orang muda kita perlu belajar sesuatu dari pepatah Arab:

بين حكمة الشيوخ و حماسة الشباب
"ِAntara bijaksananya orang tua, semangatnya orang muda"

Bagaimana semangat sekali pun orang muda, jangan dilupakan nasihat dan pengalaman orang tua. Itulah antara sebab Allah mengutuskan Nabi SAW pada usia 40 tahun. Untuk mengimbangi semangat pengikut-pengikut baginda yang lebih muda.

Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan