Jiwa KDYMM Tuanku Sultan Kedah Sangat Dekat Dgn Kuin

Blog mummyrokiah.blogspot.com
LOGO KUIN MACAM LENCANA SEKOLAH

Saya dapati setiap kali tulisan saya yang menyentuh KUIN pasti ramai rakan-rakan blogger khasnya blog-blog politik akan memetik dan mempautkan ke laman-laman web mereka.

Pautan mereka samada disertai dengan komen atau tanpa komen atau cut and paste. Tidak kurang juga ramai yang menghentam saya malah ramai yang mentafsirkan mengikut kelok kecenderongan politik masing-masing.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa tulisan saya tentang KUIN langsung tidak ada niat atau telunjuk berkait bagi tujuan mempolitikkan gedung ilmu ini. Ianya juga bukan ditulis sekadar hentam keromo tanpa berlandaskan kesahihan dan fakta yang saya arkibkan sejak dari tahun 2009 lagi.

Kelangsungan itu saya juga memohon maaf kepada komentator-komentator kerana saya terpaksa menapis komen-komen saudara yang berbaur kesumat tanpa fakta sahih dan lebih kepada sentimen peribadi.

Berhubung isu KUIN, sesungguhnya kritikan atau pandangan saya ini datang atas minat dan ingin membela untuk menjulang kecemerlangan gedung ilmu khasnya keilmuan Islam. Ini agar institusi ilmu, para-para sarjana dan penuntut-penuntut tidak menjadi mangsa politik sempit sesetengah pihak khasnya pihak-pihak pentadbir, politikus pemerintah, politikus pembangkang, oportunis-oportunis di sebalik tabir yang diperalatkan dan memperalatkan para ilmuan untuk meragas jawatan dalam pentadbiran.

Janganlah hanya kerana golongan ini tidak pandai berpolitik, patuh berpegang kepada professionalisma dan non- partisan mereka boleh wewenangnya memerangkap golongan ini.

Sebenarnya pengalaman saya dengan KUIN bermula di sekitar tahun 2010 dan juga saya secara langsung berkesempatan mengikuti “Langkawi Islamic Finance and Economics Conference (LIFE3)” peringkat antarabangsa anjuran Kolej Universiti Insaniah yang diadakan di Langkawi pada Oktober 2011.

Konference kali ke3 itu adalah konference tahunan dianjurkan oleh KUIN. Tema pada tahun itu berkisar kepada "Islamic and Finance: Waqf, Zakkat and Sadaqah as Community Empowerment Strategies for the Economic Transformation of the Ummah”.

Saya tidak berhasrat untuk mengupas isi konference tersebut tetapi cukup dengan komen ringkas menyatakan ‘salute’ saya pada KUIN ketika itu yang berjaya mengumpul tokoh-tokoh sarjana kewangan Islam yang besar untuk menjana ilmu Islam yang begitu luas khasnya pengurusan Waqf. Dan hasilnya ramai para-para sarjana ini yang pulang ke negara mereka membawa buah fikiran untuk dilaksanakan di negara mereka.

Di kesempatan berbual dengan Rektor, Datuk Prof Dr Jamil Osman bersama beberapa tokoh ilmuan di waktu sidang media saya sempat berbisik pada Rektor memohon penjelasan satu perkara kecil tidak langsung berkait dengan konference yang dianjurkan.

Pertanyaan saya ialah mengapa logo KUIN seperti logo atau lencana sekolah? Sambil tersenyum jawab Datuk Prof Dr Jamil sebenarnya beliau ingin mengubah logo tersebut tetapi KDYMM Tunku Sultan ingin mengekalkannya malah huruf-huruf kecil di dalam logo itu adalah cadangan Tuanku sendiri jelas beliau. Bertolak dari itu saya dapat membuat kesimpulan bahawa ternyata KUIN begitu dekat di hati Tuanku Sultan.

Di sini juga saya ingin menyentuh berhubung dengan berbagai tohmahan terhadap bekas Rektor, Datuk Prof Dr Jamil Osman selama ini di mana saya lihat beliau lebih berdiam diri dan tidak pernah tampil mempertahankan diri beliau.

Satu konklusi yang saya ingin nyatakan di sini bersempena menjelang hari baik dan bulan baik Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba bahawa sepanjang saya mengenali Rektor secara jauh dan dekat saya yakin beliau telah mentadbir KUIN dengan penuh amanah dan tanggung jawab. Dan jika pun terdapat kelemahan dan kesilapan yang dipolitikkan oleh puak-puak dalaman tertentu sesungguhnya semuanya itu adalah perangkap untuk menjatuhkan beliau. Sesungguhnya semua tohmahan kepada beliau selama ini adalah fitnah yang penuh durjana, syak wasangka dan hasad dengki di bawah pengaruh iblis laknatullah.

Akhirnya satu pandangan kepada Rektor baru yang bakal dilantik harap berhati-hati dengan pentadbir kerajaan negeri.
WASSALLAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan