Maidam Curi Duit Amir Zakat?

TinBuruk

Bila akhir Ramadan, kebiasanya kami tak balik terus macam biasa selepas tarawih bukan ada sesi bacaan al Quran atau berzikir tetapi berborak dengan amir yang kebiasaan bertugas sehingga pukul 12 malam bagi memungut fitrah.

Kampung saya Ayah Mat De, nama sebenar Mohamad Daud. Apa kaitan De dengan Daud saya pasti tetapi memang dia adalah amir yang telah dilantik oleh kerajaan (Maidam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) semenjak saya kecil lagi.

Ayah Mat memang kemas kerjanya, tak banyak cakap tapi seorang yang tegas dan komited dengan tugas yang diberikan. Dia ada catatan yang kemas dan ini membuatkan kerja amirnya agak tersusun.

Banyak kali saya dengar amir yang tak ada catatan, bila masa untuk membuat bayaran kepada Maidam duit hilang tak cukup bukan kerana di curi oleh orang tetapi tersalah menggunakannya. Mananya tidak.. selit situ sini semasa orang membayar, akhirnya terguna.

Memang jadi kebiasaan tak cukup seratus dua, kalau jenis kaya tak apa boleh bayar tapi kalau jenis yang 'macam patut boleh asnaf juga' tak jadi bala??

Saya duduk sebelah Ayah Mat, sambil tuang kopi yang selalu ada untuk hidangan orang yang datang bayar fitrah.

"Banyak dapat hari ini" saya mula berbicara.

"Tahun ini slow sikit" kata Ayah Mat.

"Kenapa?" tanya saya.

"Entahlah" Ayah Mat macam tak suka nak berbual dan masih fokus kepada buku resit ditangannya.

Saya membelek-buku resit yang masih tak guna. "Ooi ada dua jenis" kata saya.

Ayah Mat menjelaskan sekarang, ok kerana zakat fitrah dan zakat harta diasingkan buku resitnya. Dulu tak. Pernah terjadi buku tertinggal di belakang ada budak nakal yang solat tarawih koyak satu resit putih dan meninggalkan salinannya. Puas Ayah Mat cari tak jumpa yang terkoyak tu.

Susah hati katanya nanti dikatakan cuba menipu kerajaan (Maidam). Macam-macam yang mencadang ada yang suruh tipu buat pada salinan tertinggal, tapi akhirnya Ayah Mat jenis jujur ini buat report polis dan memaklumkan kepada Maidam.

"Apa tindakan Maidam?" tanya saya.

"Sampai sekarang tak ada apa-apa, ni Ayah Mat masih amir.." Ayah Mat menjawab sambil tersenyum.

"Kaya Ayah Mat" Saya menyindir dalam ertkata bergurau.

"Kaya apa, Maidam dah buat kerja tak betul" Ayah Mat mula serius dan muka tersenyum dah jadi kelat semula. Urat-urat tua dimuka mula terserlah.

"Ni lihat" sambil menghulu satu sampul surat rasmi.

Saya membuka dan membaca, terkejut dan saya berkata boleh masuk dalam internet. Ayah Mat tak menghalang. Saya terus keluarkan handphone dan mengambil gambar.
Surat 24 Julai 2013 yang telah dihantar seminggu sebelum Hari Raya menyatakan tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu kali ke-9 yang bersidang pada 22 Jun 2010 memutuskan amir hanya berhak mendapat 1/16 daripada zakat harta sedangkan untuk zakat fitrah 1/8.

Yang menjadi kemusyikilannya kenapa keputusan mesyuarat pada 22 Jun 2010 sekarang baru dikuatkuasakan iaitu semacam menunggu selepas PRU sahaja?

Dalam surat berkenaan asnaf amir telah ditukar dengan perkataan upah untuk menghalalkan perbuatan mereka. Sama seperti zaman dahulu bagaimamana kerajaan UMNO menghalakan judi dengan perkataan "Loteri Kebajikan Masyarakat". Riba dengan "faedah".

Bagi saya mereka yang berada dalam jawatankuasa berkenaan adalah mereka yang tahu tentang agama tetapi sewenangnya meminda hukum dan ketetapan Allah tentang asnaf. Mereka cuba menipu Allah dengan mengaburkan perkataan "Upah" supaya mereka boleh berdalih itu 1/16 itu bukan asnaf, sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita bagaimana peranan amir.

Kemana perginya separuh duit amir-amir negeri Terengganu yang di"curi" oleh Maidam? Fakir dan miskin melarat, sekolah-sekolah agama rakyat terbiar tanpa bantuan. Ibu tunggal tersempit dalam kehidupan.

Inilah kerja-kerja perosak agama, apabila amanah diberikan kepada mereka yang tidak layak serta berkepentingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan