Awas!! Jika Anda Mimpi Meninggal Dunia, Berhati-hatilah!

Ziarah Kubur
Nashih Nashrullah
Meninggal dunia, memang peristiwa yang 'mengerikan' bagi sebahagian orang. Tapi pernahkah anda, bermimpi meninggal dunia? Jika memang jawapannya pernah, maka patutlah berhati-hati. Sebab, kata Ibnu Sirin dalam kitabnya yang berjudul "Ta'bir ar-Ru'ya", mimpi tersebut boleh menjadi petanda buruk bagi anda.

Menurut Abu Bakar Muhammad bin Sirin al-Ansari mimpi meninggal boleh diertikan kerosakan dalam agama seseorang sekalipun ada kemuliaan di dunia. Ini boleh terjadi bila kematiannya itu disertai dengan tangisan dan rintihan serta dipikul di atas bahu laki-laki dan belum dikebumikan. Jika sudah ditanam, maknanya sudah berbeza.

Kematian dalam mimpi selepas dikebumikan dengan keadaan yang sama dengan pilihan di atas, tak ada lagi kebaikan dalam agamanya. Syaitan dan nafsu duniawi telah menguasainya. Ia pun akan menjadi pengikut setia makhluk yang dilaknat Allah tersebut. Sedangkan bila meninggal begitu saja tanpa ada pemandangan kematian apa pun seperti disebutkan tadi, hal ini merupakan petanda kerosakan bangunan fizikal rumah seseorang. Boleh berupa dinding reput ataupun bumbung runtuh.
-republika.co.id/-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan