Michael Schumacher koma akibat cedera di kepala jatuh ketika bermain ski

Michael Schumacher mengalami kecederaan di kepala dalam kemalangan ski di Alps Perancis hari ini.
Juara dunia tujuh kali Formula Satu itu terjatuh semasa bermain ski di resort Meribel dan diterbangkan ke hospital.

Michael Schumacher, 44 tahun bersara dari F1 untuk kali terakhir pada tahun 2012 selepas kemunculan semula tiga musim dengan Mercedes.

Schumacher memakai topi keledar ketika kepalanya terhantuk.

Jurucakap Schumacher, Sabine Kehm berkata dalam satu kenyataan: "Michael jatuh dan kepalanya terhantuk ketika dia bermain  ski di Alps Perancis.
View image on Twitter
"Beliau telah dibawa ke hospital dan menerima rawatan perubatan profesional.

"Kami harap semua pihak faham bahawa kita tidak boleh memberi maklumat secara berterusan mengenai kesihatannya."

"Dia memakai topi keledar dan tidak berseorangan. Tiada orang lain terlibat dalam kemalangan itu."

Pengarah resort Meribel yang dipetik sebagai berkata kecederaan itu, yang berlaku pada 11:07 waktu tempatan, adalah " tidak serius".

A helicopter is parked in front of the eChristophe Gernignon-Lecomte berkata rmcsport.bfmtv.com: "Salji turun agak kuat pada 1100 pagi. Dia memakai topi keledar Beliau masih sedar selepas jatuh. . .
"Dua atau tiga minit kemudian dua peronda ski memberi bantuan kepada beliau. Mereka segera meminta helikopter unit pemindahan perubatan. Ia tiba dalam masa kurang dari 15 minit. Mulanya beliau dihantar ke Moutiers, kemudian ke Grenoble untuk analisis lebih lanjut."

Berita terbaru dari Hospital Universiti Grenoble yang mengesahkan pemain berusia 44 tahun dalam keadaan koma.

"Schumacher telah dimasukkan ke Hospital Universiti Grenoble pada 12:40 petang, berikutan kemalangan ski yang berlaku di Meribel di lewat pagi," kata kenyataan itu.

"Dia mengalami kecederaan yang teruk di kepala dan koma semasa ketibaan, yang memerlukan bantuan segera neurosurgeri. Beliau kekal dalam keadaan yang kritikal."

-mirror.co.uk-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan