Panas!! Pemimpin kanan Umno menampar dan menyepak seorang lelaki

Aidila Razak
top umno leader assault polis report.jpgSatu laporan polis telah dibuat terhadap seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki minggu lepas.
Menurut laporan itu yang dilihat oleh Malaysiakini, kejadian itu
berlaku di Putrajaya pada 5 April pada sekitar jam 11.30 pagi dan laporan itu dibuat pada jam 5.13 petang.

Pengadu itu mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia pergi ke pejabat pemimpin Umno itu untuk meluahkan masalah yang dihadapinya.

"Sebaik saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan saya.

"Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya.

"Saya telah mengalami kesakitan di bahagian muka dan belakang badan saya tetapi tiada sebarang kecederaan ataupun luka yang saya alami," laporan polis itu dipetik.

"Tujuah saya buat laporan polis ini adalah untuk melindungi diri dan takut sekiranya saya diapa-apakan di kemudian hari.

"Laporan polis dibuat oleh saya tanpa dipaksa oleh mana-mana individu," kata lelaki berusia 50 tahun itu.

Ketika dihubungi, balai polis di mana laporan itu dibuat mengesahkan menerima aduan tersebut.

Malaysiakini tidak menyiarkan identiti pemimpin Umno tersebut sementara menunggu untuk mendapatkan komennya.

Apa yang rakyat seronok sangat nak tengok selepas BN kalah

ZULKIFLI YAHAYA
AGAK menarik untuk membayangkan apabila BN kalah di Pusat dalam PRU13 nanti. Senario kekalahan itu jika dapat diceritakan kepada rakyat, boleh memberi motivasi kepada mereka untuk menukar kerajaan kerana suasana yang berbeza daripada kebiasaan, selagi tidak menggugat kehidupan mereka, juga adalah impian sebahagian besar manusia

Hari ini, saban waktu kita menghadap televisyen hanya versi sebelah pihak yang diperolehi. Jika mereka melaporkan program kerajaan maka ia memang wajar kerana aktiviti kerajaan mesti diberi liputan.

Namun laporan berita yang dibuat tidak dapat membezakan antara kerajaan dan parti politik yang memerintah.

Perhimpunan Agung Umno mendapat liputan siaran langsung dan fokus selama berhari-hari. Persidangan Parlimen pun tidak mendapat liputan sehebat itu.
Rakyat umumnya naik muak setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno. Selepas ini tiada lagi liputan istimewa seperti itu untuk Umno.
Maka selepas ini liputan untuk PAS, KeADILan atau DAP ada dalam televisyen, radio dan akhbar tetapi tidaklah menjolok mata seperti perhimpunan Umno sekarang.

Sebelum ini, menjelang PRU atau pilihan raya kecil kerajaan BN turun atas nama kerajaan Pusat. Seluruh jentera kerajaan dikerahkan berkempen untuk BN dengan menggunakan peruntukan kerajaan.
Selepas ini tiada lagi. Semua parti politik sertai pilihan raya dengan menggunakan jentera serta kekuatan parti.

Hari ini, BN menjadi parti yang sangat berkuasa. Keangkuhan mereka cuma tidak mengatasi Firaun yang mengaku menjadi Tuhan. Mereka kononnya boleh memberi segalanya kepada rakyat.
Kerajaan dan BN atau Umno sudah jadi sinonim. Apa yang menjadi hak kerajaan adalah hakmilik BN sehingga pejabat parti pun dalam balai raya milik kerajaan.

Selepas PRU nanti, BN kehilangan semua itu kerana mereka hilang kerajaan Pusat. Tiada tempat untuk bertenggek. Untuk bermesyuarat atau merancang aktiviti mungkin boleh dibuat di bawah pokok tetapi untuk membiayai program parti mereka tiada sumber kewangan.
Tauke dan korporat tidak mahu lagi membantu kerana mereka tidak berhutang budi apa-apa lagi dengan pihak BN. Berapa hari agaknya mereka mampu bertahan?

Selama ini ramai yang menyokong Umno atau BN kerana kepentingan. Kerana projek, kedudukan, jawatan atau sekurang-kurangnya kerana mahu bernaung di bawah BN yang menerajui kerajaan.
Golongan berkepentingan ini akan meninggalkan BN yang kalah dan menyokong Pakatan yang menerajui Pusat.
Gerakan ini berlaku secara besar-besaran di seluruh negara. Parti Umno di semua peringkat akan runtuh satu demi satu macam komunis di era kejatuhannya. Satu demi satu negara komunis menuntut kemerdekaan.

Bagaimanapun diramalkan Umno tidaklah hancur terus.
Mereka akan diberi nafas baru oleh kumpulan ekstremis seperti Perkasa, Jati, Pekida dan sebagainya. pada masa itu Umno mungkin kehilangan wajah 1-Malaysianya. Perjuangan mereka menjadi semakin rasis, apatah lagi antara yang berkongsi kuasa pada masa itu ialah DAP.

Katalah dalam PRU nanti Pakatan menang dengan majoriti mudah. Ia tiada masalah asalkan boleh membentuk kerajaan dan seorang ahli Parlimen Pakatan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Selesakah ahli Parlimen BN untuk menjadi pembangkang setelah berpuluh-puluh tahun dalam posisi senang lenang sebagai orang kerajaan?
Seorang demi seorang akan melompat menyertai parti kerajaan kerana tidak mampu bertahan sebagai pembangkang. Akhirnya kerajaan Pusat dapat ditegakkan dengan majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat.

Jika Pakatan menang di Pusat, mungkin tidak semua negeri akan turut dimenangi.
Jika ada negeri yang dikuasai BN, apakah mereka mampu bertahan sebagaimana Pakatan mampu mempertahankan empat negeri sehingga berakhirnya penggal?
Saya menjangkakan tidak, kerana mereka mereka tidak pernah mendapat tarbiyah sebagai pembangkang yang memulakan episod politik tanpa kerajaan. Mereka tidak pernah merasa susah, lalu memilih jalan lebih senang. jalan mudahnya ialah bersama kerajaan yang memerintah Pusat.
Tanpa perlu 'dibeli' para Adun BN itu akan melompat menyebelahi Pakatan sehingga tiada lagi kerajaan BN yang memerintah negeri.

Bagaimana halnya dengan negarawan ulung Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkempen siang malam untuk mempertahankan kerajaan BN.
Ada yang meramalkan bahawa beliau dan keluarga akan meninggalkan negara sebelum keputusan diumumkan. Itupun andaian menarik yang ingin dilihat rakyat. Banyak sudah kesengsaraan yang ditanggung oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim angkara Mahathir.
Takkanlah sepanjang 22 tahun memimpin kerajaan, tiada satu dakwaan pun boleh dikenakan terhadapnya.
Apakah nasibnya nanti sama dengan Suharto atau Hosni Mubarak? Atau Perdana Menteri pada masa itu berjiwa besar, memberi pengampunan kepadanya.

Itu semua andaian yang sangat menyeronokan untuk diikuti nanti.
Tidak mustahil untuk ia berlaku dan rakyat kena berusaha jika mahu melihat ia berlaku. Selepas berusaha kita bermunajat memohon Allah menyempurnakan cita-cita kita untuk melihat ia terjadi. Allah mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuh atau menaikkan sesebuah kekuasaan.

Mahathir calon Putrajaya ganti Ku Nan?


SHAH ALAM: Apakah Tun Dr Mahathir Mohamad akan menentang calon Pas, Datuk Husam Musa merebut kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

‘Arkitek’ pembangunan Putrajaya itu dikatakan sudah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang perkara berkaitan kerusi di kawasan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini.

Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri sejak 1981 bersara pada Oktober 2003 dan tidak bertanding pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Beliau telah beberapa kali menyatakan tidak berhasrat untuk kembali aktif dalam politik termasuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Bagaimanapun beliau berkempen dengan kuat bagi Umno dan BN sejak empat tahun lalu khususnya selepas Najib menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir dipercayai mungkin mengambil keputusan bertanding kerusi Parlimen Putrajaya itu setelah mendapati sebahagian besar pengundi di Putrajaya adalah dari Kelantan di mana mempunyai sentimen kuat terhadap Pas dan calon Pas pula berasal dari Kelantan.

Kesungguhan Dr Mahathir menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini dikatakan dibuat bagi memastikan Putrajaya yang dibangunkan dari pemikiran dan aspirasi beliau terus kekal di tangan BN.

Penganalisis politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN, mempunyai pengaruh yang kuat dan kini dilihat begitu bekerja keras berkempen di seluruh negara.

“Najib kemungkinan mengambil perhatian serius terhadap tawaran yang disuarakan bekas perdana menteri itu untuk bersaing Husam merebut kerusi Parlimen Putrajaya.

“Perdana menteri akan buat keputusan terbaik menentukan calon BN di kawasan tersebut dan kemungkinan terpengaruh dan mengambil kira tawaran Mahathir untuk bertanding itu,” katanya.

Najib dijangka mengumumkan senarai calon BN Selasa ini.

Mohamad yang juga ada mendengar berita mengenai hasrat Dr Mahathir bertanding di Putrajaya itu memberitahu, pemimpin berstatus negarawan itu akan berhadapan dengan dua implikasi jika bertanding kali ini.

“Pertamanya, jika Mahathir kembali bertanding dalam pilihan raya, ia akan melambangkan BN kini ketandusan calon boleh menang," katanya.

Keduanya, kata Mohamad, Dr Mahathir akan dilihat telah mengambil pendirian bertentangan dengan semangatnya sebelum ini yang sering menasihati pemimpin veteran berundur bagi memberi laluan muka baru.

“Sebelum ini Mahathir lantang menegur pemimpin veteran seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya berundur.

“Jika Mahathir bertanding pada PRU13 ini akan lebih memperlihatkan BN terdesak dan ketandusan calon,” katanya.

Mohamad juga tidak menolak kemungkinan faktor kenegerian memainkan turut memainkan peranan mempengaruhi undi.

"Penduduk di Putrajaya majoritinya adalah Melayu, generasi kelas menengah yang kini hidup selesa di mana mereka tidak kisah parti mana yang memerintah sama ada Pakatan Rakyat atau BN.

"Malah ia satu yang tidak mengejutkan jika ada yang mengatakan majoriti penjawat awam di situ berasal dari negeri Kelantan," katanya.

Sekarang terpulang kepada Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sama ada mahu beralah melepaskan kerusi itu.

Laporan media sebelum ini menyebut Tengku Adnan yang mesra dengan panggilan Ku Nan akan bertanding mempertahankan kerusi tersebut.
-sinarharian-

Mat Taib tidak hadir program Mubarak - Tan Sri Abu Hassan Omar

Mat Taib didakwa tidak hadir program Mubarak
SHAH ALAM: Yang Dipertua Mubarak Negeri Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, beliau tidak dengar desas-desus tentang kemungkinan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib bakal menyertai Pas.

"Saya tidak tahu kedudukan sebenarnya,” kata Abu Hassan, ketika ditanya mengenai spekulasi bahawa Muhammad akan menyertai Pas.

Abu Hassan berkata, apa yang beliau tahu ialah Muhammad tidak menghadiri mesyuarat dan program anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor, walaupun pernah dilantik sebagai ahli Biro Politik majlis itu tahun lalu.

Mengulas mengenai kewajaran bekas menteri besar Barisan Nasional (BN) menyertai Pas, Abu Hassan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya terjadi.

“Sesiapa yang pernah jadi MB dan pemimpin negeri atau negara atas nama BN atau Umno mestilah berterima kasih kepada Umno dan BN kerana kita telah lama bersama-sama dalam parti ini. Pada saya, ia tiada kewajaran,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Mubarak Selangor, Datuk Amzah Umar berkata, agak mustahil untuk percaya Muhammad akan menyertai Pas kerana tiada tanda jelas untuk dikaitkan dengan desas-desus itu.
-sinarharian-

Senarai calon-calon PAS di Johor

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan bertanding di kawasan Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat diletak bertanding di kerusi Parlimen Simpang Renggam dan DUN Kempas.

Dua calon bukan Melayu itu merupakan anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS iaitu Hu Pang Chaw yang akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam manakala Kumutha Raman di DUN Tiram.

Berikut senarai calon PAS yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor pada pilihan raya umum ke-13:

PARLIMEN
Pagoh : Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz

Parit Sulong : Khairuddin Abdul Rahim 

Ayer Hitam : Hu Pang Chaw

Simpang Renggam : Suhaizan Kaiat

Mersing : Roslan Nikmat

Tenggara : Muhamad Said Jonit

Kota Tinggi : Onn Jaafar

Pulai : Salahuddin Ayub

DEWAN UNDANGAN NEGERI
Buloh Kasap : Firdaus Masod

Pemanis : Normala Sudirman

Tenang : Mohd Zin Johar

Jorak : Norhayati Bachok

Gambir : Datuk Dr Mahfodz Mohamed

Serom : Azmi Ahmad

Sungai Abong : Dr Sheikh Ibrahim Salleh

Maharani : Dr Mohammad Taslim

Sungai Balang : Malik Mohamad Diah

Sri Medan : Ahmad Rosdi Bahari

Semarang : Ilyas Abu Bakar

Parit Yaani : Aminolhuda Hassan

Parit Raja : Noor Khalim Sakib

Senggarang : Dr Mohd Ramli Md Kari

Rengit : Ahmad Kailani Kosnin

Machap : Mohd Khalid Salekan

Mahkota : Khairul Faizi Ahmad Kamil

Endau : Mohd Azam Abdul Razak

Pasir Raja : Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar

Johor Lama : Kamaldin Tahir

Tiram : Kumutha a/p Raman

Puteri Wangsa : Abdullah Husin

Permas : Syed Othman Abdullah

Kempas : Suhaizan Kaiat

Nusajaya : Salahuddin Ayub

Bukit Permai : Mazlan Aliman

Benut : Raden Sorobo Ponoh

Pulai Sebatang : Ungku Mohd Nor Ungku Mahmood

Kukup : Ghazaley Ayiub

Kenapa ramai Jemaah Masjid Al Fatah menangis...

Abu Musa
Allahurabbi..rata-rata jamaah Masjid Al-Fatah tadi menangis dengan pengisian khutbah yg disampaikan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man:
1.Sekarang bukan lagi zaman menjadi penyokong, sekarang zaman semua kena menjadi petugas untuk menangkan Islam.

2.Jika ditakdirkan kita tewas, janganlah berasa dukacita diatas kekalahan, tapi berdukacitalah kerana kita tidak menyumbang kepada kemenangan. Yang telah bekerja keras tidak perlu bersedih, kerana itu adalah kehendak Allah.

3.Berilah sumbangan kepada perjuangan memenangkan Islam.

4.Di dalam sebuah peperangan yang sangat penting di zaman Nabi, Nabi menyuruh semua sahabat-sahabat menginfaqkan harta. Saidina Umar menyumbang separuh hartanya, Saidina Abu Bakar menyumbang semua hartanya termasuk jubah yg sedang dipakai, tetapi ada seorang jamaah yg kudung kedua dua tangan dan kakinya, menyumbang segantang kurma, hasil dia mengumpul setelah lama bekerja menjadi hamba mengangkat air dari perigi..

5.Yang kudung kaki dan tangan pon menyumbang untuk Islam, takkan kita setakat jadi penyokong, bila kalah nanti sedih, sedangkan orang lain berjaga sampai lewat pagi untuk gerakerja Islam, dia di rumah menonton tv!

6.Perjuangan ibarat sebuah bangunan.. semuanya saling memerlukan.. siapa yang jadi atap, jangan komplen kepada lantai..yang jadi tangga jangan komplen kepada dinding..yang jadi tiang jangan komplen kepada tingkap..

Sekarang, kita di mana sebenarnya.

Lawak Melayu Celup... Muakakakakaaaa...!!!! Macai Penang tuduh TGNA yahudi

Blog Ikut Suka Aku
Muakakakakaaaa....!!!

Terkencing-kencing gua gelak beb... nonton video melayu celup yang tergagap2 bercakap nih... dia punya auta pasal sejarah memang tak bleh blah laaaaaa....

Bila gua sentuh bab melayu celup dalam entry ini, ada laaaa... dua tiga ekoq melayu celup yang katakan gua racist beb... hahahaha.... tapi dalam video tu jelas dan nyata si melayu celup tu lebih racist dari gua.... dah la sejarah pun tak tau lagi mau sembang pasal melayu... piiiiraaaahhhhh....

Kepada melayu2 celup sekalian..., lu orang lain kali kaji balik sejarah beb..., baca perjanjian kemerdekaan yang ditandatangani dan dipersetujui oleh Tengku Abdul Rahman dengan British beb...., salah satu termanya ialah bersetuju menerima kaum/bangsa Cina dan India sebagai rakyat Malaysia.
Dalam perjanjian tu tak sebut pun untuk terima kaum/bangsa Mamak sebagai rakyat Malaysia... sebabnya asal usul lu orang dari keturunan bangsa India beb... bezanya agama anutan lu orang adalah Islam, jadinya lu orang dalam kategori India Muslim aka Mamak...

Tak tertulis pun dalam perlembagaan negara bahawa India Muslim diiktirafkan sebagai Melayu. Jika nak bercakap soal parti... tempat lu orang bukannya dalam parti Melayu umno laknatullah... tetapi dalam parti kaum India iaitu MIC atau PPP atau Kimma (NGO)... hahahahahaaa....

Nak lebih solid lagi.... sebagai yang mengaku muslim eloklah duduk dalam parti PAS... hehehe..., gua pun tak paham laaaaa... kaum mamak nih masih celaru dengan identiti kaum diorang... muakakakakaaa...

Haiiiii.... tak paham la gua dengan sikap mamak2 Penang nih... seburuk2 Tuan Guru Nik Aziz yang dituduhnya sebagai YAHUDI.... tak laaa... seburuk mamak perkasa haramjadah dalam video tuuu.... sebab Tuan Guru tak pakai GELANG TANGAN dan bergebang auta dalam masjid.
Oleh sebab itu... demi keselamatan dan kedaulatan negara tolak calon2 MAMAK daripada bertanding dalam Pilihanraya dan elakkan diorang memegang apa2 jawatan dalam pentadbiran negara mahupun negeri.... belajar daripada kesilapan tumbangnya Empayar Kesultanan Melaka kerana Mamak.... hahahaha..

Lu orang tau... kenapa mamak haramjadah dalam video tu besaq kepala...????
Sebab umno laknatullah lindungi dia, polis pun takut nak tangkap mamak haramjadah tu walaupun dia dah mengaku pukul aktivis Lynas. Mamak haramjadah tu ingat Geran Tanah Penang/Malaysia nih bapak dia simpan kot.... muakakakakaaaaa....!!!!

Dah laaaa... tanpa sebarang rasa kemaluan mengaku sebagai melayu.... lagi tak tau hormat Melayu, Cina dan India Original Malaysia.... hahahaha... lupa daratan laaaa... puak2 celup nih... kah... kah.... kah....!!!!

Nota: Ada yang tuduh gua racist... hahahaha... gua mengaku gua racist yang berpegang pada perlembagaan negara... hahahaha... dengan kaum cina dan india original gua respeks.... dengan cina dan india celup.... ***** off la sama lu orang.... terutamanya melayu celup aka mamak2 umno laknatullah yang tak tahu asal usul keturunan.., siang cakap melayu... malam speaking kerala... yeeeyyynaaadeiiii....!!!!

Ada ke mana2 Cina Muslim mengaku sebagai Melayu....????

Sumber: Ikut Suka Aku

Perletakan jawatan PETRONAS

Rafizi Ramli
Aktivis Umno akhir-akhir ini banyak menimbulkan cerita buruk mengenai perletakan jawatan saya dari PETRONAS dalam tahun 2009. Fitnahnya adalah saya dibuang kerana membuat tuntutan perbelanjaan yang menyeleweng.
Mulanya saya tidak mahu melayan kerana ia fitnah picisan. Agaknya mereka masih mencari kelemahan saya, jadi mereka mencipta cerita bahawa saya menyeleweng hingga dibuang untuk mencemarkan kredibiliti saya. Pada kiraan mereka (yang silap), jika kredibiliti saya tercalar, maka tercalar jugalah kredibiliti pendedahan saya selama ini dan yang akan datang.
Mutakhir ini saya merasakan jika saya terus berdiam diri, ia tidak membantu kebenaran kerana fitnah terancang ini disebarkan seluas-luasnya.

Saya tidak dibuang dari PETRONAS (seperti mana yang diketahui ramai orang), saya meletakkan jawatan.

Saya dinaikkan pangkat pada umur yang muda, menyertai PETRONAS terus sebagai seorang pengurus sebaik pulang dari London (selepas bekerja selama 3+ tahun di firma perakaunan untuk menjadi seorang akauntan bertauliah dengan ICAEW). Selepas berkhidmat selama 2 tahun di loji petrokimia PDH/MMSB di Gebeng, saya ditukarkan kembali ke ibupejabat di Menara Berkembar PETRONAS.

Jadi, pada umur 27, saya dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Kanan (saya dimaklumkan ia tidak pernah berlaku sebelum itu dan menjadi orang termuda ketika itu dilantik menjadi Pengurus Kanan) yang bertanggungjawab menguruskan keseluruhan perancangan perniagaan, operasi dan teknologi bagi Urusniaga Petrokimia PETRONAS, kerana saya mempunyai ijazah kejuruteraan dan juga seorang akauntan bertauliah.

Selepas 2 tahun di jawatan itu, saya dipindahkan lagi untuk mengetuai jabatan kewangan bagi perniagaan carigali antarabangsa, memandangkan saya mempunyai latar belakang percukaian. Pada ketika itu, ada keperluan untuk mengemaskini amalan percukaian PETRONAS di peringkat antarabangsa kerana banyak kerajaan menggunakan alasan percukaian untuk campur tangan kontrak pengeluaran petroluem yang dimeterai.

Oleh itu, menjelang umur saya 31 tahun, saya telah pun diberi peluang menguruskan pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas. Saya pernah bertugas di loji petrokimia, di pengurusan korporat, berpengalaman di sektor huluan dan hiliran. Pada ketika itu, saya juga sedang menunggu masa untuk dinaikkan pangkat lagi.

Saya berdepan dengan dilema besar. Jika saya kekal di PETRONAS, dengan kenaikan pangkat dan gaji yang besar, saya mungkin akan kekal selama-lamanya hanya dalam satu bidang kerana terlalu selesa dengan kesenangan dan gaji. Saya tidak mahu bersara dengan pengalaman di dalam satu bidang sahaja, kerana hidup ini lebih meriah jika kita terus menimba ilmu dan pengalaman. Pada ketika itu, saya agak keberatan untuk terus berkhidmat di PETRONAS selepas bon perkhidmatan 7 tahun berakhir.

Kebetulan, menjelang Januari 2008, rakan karib yang banyak mempengaruhi kehidupan saya – Adlan Benar Omar – menghembuskan nafas yang terakhir selepas sakit buat sekian lama. Ben (nama panggilan beliau) adalah senior saya di MCKK, beliau berminat dengan politik dan banyak membaca sejarah sejak dari sekolah. Semasa beliau di Tingkatan 5, saya di Tingkatan 1 dan beliau adalah kapten pasukan bahas yang melatih saya. Semasa kami di sekolah, kami ada berjanji akan memasuki politik dan memberi sumbangan, kerana di sekolah pun ada isu-isu yang dekat dengan hati beliau. Yang bersungguh-sungguh mahu jadi ahli politik adalah Ben, saya hanya angguk saja bila senior bercakap.

Hubungan kami yang terus rapat bermakna kami ambil serius janji itu. Ben melanjutkan pengajian ke Cambridge dan menubuhkan UKEC. Sepanjang masa, beliau mengheret saya ke dalam lingkungan aktivitinya kerana sifat saya yang lebih senang bekerja memudahkan kami menguruskan persatuan yang kami sama-sama sertai.

Apabila Datuk Seri Anwar dipecat dan dizalimi dalam tahun 1998, kedua-dua kami merasa terpanggil untuk membantah. Saya masih di universiti, tetapi Ben yang sudah bekerja di Malaysia terjun ke kancah politik partisan dan menjadi antara tokoh muda awal yang menunjangi KEADILAN. Sekali lagi allahyarham mengheret saya sama ke dalam KEADILAN.

Allahyarham menghembuskan nafas 2 bulan sebelum tsunami politik Mac 2008. Di hari-hari terakhirnya, kami sama-sama faham bahawa apabila beliau tiada, saya tiada pilihan kecuali masuk politik. Ben mengorbankan kerjaya dan hidupnya untuk reformasi, kalau matlamat reformasi tidak tercapai maka pengorbanannya sia-sia. Pada hari-hari itu pun saya sudah sedar bahawa ada ketikanya di masa akan datang hidup saya yang selesa di dunia korporat perlu diakhiri, untuk sama-sama membantu menubuhkan sebuah sistem politik dua parti dan menumbangkan BN.

Menjelang 2009, saya pun membuat keputusan untuk meninggalkan PETRONAS. Saya langsung tidak berniat untuk masuk politik pada ketika itu, tetapi saya merasakan saya perlu keluar dari zon selesa. Saya juga mahu tahu berapa nilai saya sebagai seorang akauntan bertauliah di luar PETRONAS.

Pada 30 April 2009, saya menyerahkan surat perletakan jawatan.

Dalam tempoh 3 bulan akan datang, saya melangsaikan semua hutang saya dengan PETRONAS, termasuklah membayar RM31,499.89 baki bon perkhidmatan saya selama 6 bulan berbaki, agar saya mengembalikan setiap satu sen biasiwa pendidikan yang diberika PETRONAS seperti di dalam perjanjian. Saya juga membayar RM41,091.80 baki geran kereta (yang saya pakai sehingga kini), yang diberikan kepada kakitangan pengurusan.

Saya bernasib baik kerana tekaan saya bahawa gaji di luar PETRONAS lebih tinggi adalah tepat. Dengan tawaran yang lebih baik, saya menyertai Pharmaniaga Berhad dalam Ogos 2009 sebagai Pengurus Besar, bertanggungjawab menguruskan kilang farmaseutikal di Bangi dan fungsi kewangan kumpulan itu.

Hari pertama saya melaporkan diri di Pharmaniaga adalah 10 Ogos 2009. Ditakdirkan pada 8 Ogos 2009, saya pulang ke Kemaman untuk bertemu ibubapa dan kebetulan pada malam itu ada ceramah perdana Datuk Seri Anwar, lalu saya diminta oleh penganjur untuk menjadi pengerusi majlis.

Saya tidak keberatan dan bertemu dengan Datuk Seri Anwar yang agak terkejut saya berada di situ, kerana kali terakhir kami bertemu (semasa perbincangan persediaan debat harga minyak setahun sebelum itu), saya tegas tidak berminat untuk berkecimpung dalam politik.

Beliau bertanya di mana saya bekerja ketika itu, saya maklumkan saya sudah berhenti dari PETRONAS dan akan bermula di Pharmaniaga minggu selepas itu. Yang lain-lain selepas itu adalah sejarah yang berlaku dengan cepat.

Susulan dari pertemuan itu, Datuk Seri Anwar menjemput untuk bertemu beliau di Parlimen sebanyak dua kali. Beliau ada meminta untuk saya kembali menyertai pimpinan parti (saya memegang jawatan pimpinan pusat Pemuda sehingga 2004) – dua kali beliau tanya, dua kali saya tolak. Akhirnya, bila beliau seolah mencabar saya bahawa “kita perlu bersama berjuang dan bukan hanya pandai mengkritik dari jauh”, saya akur untuk membantu parti.

Walaupun saya tidak pernah merancang untuk ke depan seperti sekarang, saya tenang dan tidak menyesal kerana janji bersama dengan allahyarham Ben supaya pengorbanan beliau meninggalkan usia muda tidak sia-sia. Janji itu semakin dekat menjadi kenyataan, apa yang terjadi selepas itu adalah keputusan peribadi saya. Ada orang yang memperlekehkan sentimentaliti berpegang kepada janji bersama di zaman budak-budak, tetapi janji itu menyuburkan ingatan saya terhadap allahyarham setiap hari.

Berbalik kepada PETRONAS, saya bertuah melalui zaman kerjaya yang cukup baik di PETRONAS. Ia banyak mengajar saya dan hampir keseluruhan kemahiran professional saya datangnya dari PETRONAS. Lebih penting, PETRONAS berlaku adil – disiplin kerja saya dihadiahkan dengan kenaikan pangkat yang paling pantas, seperti keputusan kenaikan pangkat yang dibuat pada umur saya 28 tahun yang disertakan bersama.

Perletakan jawatan saya dari PETRONAS mengejutkan ramai kakitangan PETRONAS. Ramai yang kurang faham kenapa saya perlu meninggalkan keadaan yang selesa dan lumayan, apatah lagi apabila prospek untuk saya di PETRONAS cukup baik.

Ramai yang baik hati dan cuba memujuk saya untuk membatalkan hasrat, termasuklah Datuk Mohamad Medan Abdullah, Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Korporat Kumpulan (beliau pernah menjadi ketua saya semasa kami di Carigali). Beliau menghantar twit pada 21 Ogos 2012 menerangkan bagaimana beliau juga pernah memujuk saya untuk tidak meletakkan jawatan. Beliau juga mengakui saya tidak pernah menyatakan hasrat untuk menyertai politik pada ketika itu.

Saya harap keterangan ini jelas.

Saya tidak mahu melayan fitnah ini kerana meninggalkan PETRONAS adalah keputusan peribadi. Ia berlatar belakangkan pemergian seorang rakan karib dan setiap kali saya mengingatinya, ia membuat saya merasa pilu. Ia perkara peribadi dan wajarlah dikekalkan sifat peribadinya.

Ini adalah keterangan bukan undang-undang yang pertama dan terakhir mengenai perkara ini. Jika berterusan, saya akan mengambil tindakan undang-undang. — rafiziramli.com

* Rafizi Ramli adalah pengarah strategi PKR

Tibai Muhyiddin sudah, tak payah babitkan anak dia

Penarik Beca

Bila Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat, saya tengok orang-orang PAS melibas balik dengan membantai anak dia, Najwa.


Saya rasa tak payah la buat gitu kot. Leave her alone.Bantai Muhyiddin sudah la. Di bawah ni ada cerita fasal Mamat tu:

Pada 2009 dahulu, mungkin ramai yang membaca berita tentang dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura.
Malangnya, apa yang telah terjadi adalah sebaliknya. Beliau pernah didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.

Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.

Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.

Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.

Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.

Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak “yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin”

Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.

Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.

Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan “begitu pantas”, dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah “meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta”.

Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi “begitu tamak”.

Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya.

Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh “mendatanganinya bila-bila masa”.

AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa “masa semakin singkat”.

Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor.

Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambilalih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.

Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan peruntukan akta itu untuk mengambilalih 6,544.4172 ekar tanah di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan itu.

Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta.

Setpol Najib Diarah Bertanding di Parlimen Pokok Sena Dengan Misi Mesti Menang

Shahbudin Husin
Di ketika kebanyakan pemimpin UMNO lainnya belum mengetahui untung nasib mereka sama ada menjadi calon atau tidak dalam pilihanraya ini, seorang Setiausaha Politik Najib telah pun mendapat arahan awal daripada Najib sendiri untuk bertanding dalam pilihanraya 5 Mei ini dengan "misi mesti menang" di kawasan yang ditandinginya itu.

Setpol yang dimaksudkan ialah Sahlan Ismail yang sudah pun memulakan gerak kerjanya sejak beberapa minggu lalu di Parlimen Pokok Sena, Kedah. Misinya diletakkan bertanding di situ ialah mesti menumpaskan Ahli Parlimen sedia, Mahfuz Omar yang merupakan Naib Presiden Pas.

Dua hari lalu Anwar mendedahkan bahawa beliau mendapat maklumat yang menyebut Najib mahukan tiga pemimpin muda Pakatan Rakyat yang bertanding di sekitar Lembah Kelang dalam pilihanraya kali ini mesti dikalahkan oleh BN. Mereka ialah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya Utara.

Arahan Najib supaya mereka ini dikalahkan adalah dipercayai kerana keagresifan mereka mendedahkan pelbagai perkara mengenai salah saku dan kecurangan pemimpin UMNO dan kerajaan dalam pelbagai skandal peribadi dan kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Rupa-rupanya arahan tersebut tidak sekadar terhadap tiga pemimpin itu saja, malah juga melibatkan Mahfuz Omar yang turut agresif mendedahkan pelbagai maklumat susulan beberapa skandal yang berlaku sama ada melibatkan Najib atau pemimpin UMNO lainnya.

Melihat kekerapan serta keagresifan Mahfuz menyerang Najib dan BN, tidaklah mustahil beliau menjadi antara pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak disenangi Najib dan kerana itu beliau mesti dikalahkan supaya suaranya lagi kedengaran di Parlimen. Bersesuaian pula dengan ketiadaan calon yang sesuai daripada UMNO Pokok Sena yang diketuai oleh Ahmad Lebai Sudin yang dirasakan layak menentang Mahfuz, maka Sahlan telah dijadikan sandaran ke arah matlamat itu.

Beberapa pemimpin UMNO Pokok Sena mengesahkan perkara itu dan Sahlan diletakkan bertanding adalah dengan misi yang besar bagi kepentingan politik Najib. Nampaknya dalam pilihanraya akan datang ini, Najib bukan saja mahu memastikan kemenangan kepada BN supaya terus berkuasa tetapi juga sedang memburu beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang selama ini didapati begitu lantang mengkritiknya dengan misi mereka itu mesti ditumbangkan.

Bagi ahli UMNO Pokok Sena, mereka sudah lama mengetahui tentang kemungkinan Sahlan akan bertanding di kawasan Parlimen itu tetapi kekerapan beliau turun sejak kebelakangan ini bersama jentera-jenteranya dari Kuala Lumpur seperti mengesahkan lagi perkara itu.

Sejak beberapa minggu ini, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Sahlan iaitu Datuk Ghazali Saiboo telah pun mula berkampung di Pokok Sena untuk tujuan menemui beberapa pihak yang dirasakan boleh membantu Sahlan dalam pilihanraya nanti. Selain itu, Ghazali juga dikatakan sedang agresif membeli maklumat daripada pelbagai sumber di Pokok Sena tentang kekuatan dan kelemahan UMNO dan BN di setiap cawangan dan kampung bagi memudahkan gerak kerja seterusnya.

Ghazali juga turut sedang mencari kelemahan dan kekurangan Mahfuz serta kemungkinan ada janji-janji beliau yang tidak ditunaikan bagi memudahkan UMNO dan BN menyerang kredibiliti Naib Presiden Pas itu.

Najib dipercayai amat menaruh keyakinan tinggi bahawa Sahlan mampu memberi cabaran kepada Mahfuz berikutan kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri yang memungkinkan beliau lebih diterima rakyat, selain adanya bantuan kewangan yang banyak daripada beberapa ahli perniagaan daripada Kuala Lumpur.

Walaupun sehingga ini hanya Ghazali Saiboo dan beberapa orang saja dari Kuala Lumpur yang dilihat sudah berkampung dan berlegar-legar di sekitar Pokok Sena sejak beberapa minggu lalu tetapi ahli UMNO di situ percaya menjelang hari penamaan calon dan pengundian nanti, pastinya lebih ramai lagi ahli perniagaan dan jentera dari Kuala Lunpur yang akan datang membantu Sahlan untuk mencapai "misi mesti menang" yang diarahkan oleh Najib itu.

Profesor Datuk Dr. Sidek Baba bertanding?

anaabdullah

Salah seorang kawan penulis ada berkata, Dr Sidek Baba bertanding PRU 13 ini. Barangkali kebanyakan yang mengenalinya boleh setuju dan penulis turut berkata “Ya”. Mengapa? Sejak menyertai umno bersama sama Datuk Seri Anwar Ibrahim memang Dr Sidek Baba ada cita cita untuk jadi ketua menteri Melaka.

Macam juga Profesor Datuk Dr Ibrahim Shah bekas naib canselor UITM punya cita cita untuk dilantik sebagai ketua menteri Melaka sebaik bersara.

Maklum sahaja dalam umno mana mungkin orang baru akan dinaik pangkatnya begitu cepat. Bukan macam Anwar Ibrahim naik begitu cepat, maka jatuh pun cepat juga. Faham fahamlah cantas mencantas sering berlaku dalam umno sejak sekian lama. Lebih lebih lagi zaman Tun Mahathir jadi perdana menteri.

Bukan setakat di cantas malah ada yang dikerat hidup hidup pun ada. Atas sebab itu cita cita Profesor Datuk Dr. Sidek Baba tidak tercapai. Apapun beliau mengekakan dirinya dalam arena akademik di UIAM sehingga dalam jawatan Timbalan Rektor.

Oleh itu, cerita pasal dia (Dr Sidek) ini akan bertanding pada PRU 13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013 ini mungkin akan jadi reality, kerana Datuk Abu Seman Bekas Ahli Parlimen Masjid tanah tiada dalam senarai calon dan digugurkan.

Bermakna sah parlimen Masjid Tanah Melaka yang diwakili Datuk Abu Seman Yusop (bekas timbalan menteri) kosong dan memerlukan calon baru yang rasa penulis calonnya tidak lain dan tidak bukan ialah Dr Sidek Baba yang pernah dapat anugerah Tokok Maal Hijrah Lebih lebih lagi Dr Sidek Baba timbalan pengerusi kumpulan khas yang dibentuk untuk jatuhkan nama baik Anwar dianggap oleh Najib sebagai salah seorang bekas kawan akrab yang berjaya menjejaskan reputasi Anwar.

Jadi, munasabah Dr Sidek Bab ada dalam senarai calon untuk bertanding di parlimen Masjid tanah Melaka pada PRU 13 ini. Dikatakan, jika BN menang PRU 13 Datuk Dr Sidek Baba, dijangka akan dilantik sebagai menteri penuh dalam kabinet Najib. Juga munasabah, kerana beliau ada gelaran Profesor Dr berbanding dengan lain lain calon yang sudah diberi kepercayaan mengetuai satu satu kementerian. Mungkin akan dilantik sebagai menteri pelajaran sebagai mengenang jasa.

Katak Behrang yakin menang jika bertanding sebagai calon bebas

Bernama
Jamaluddin Mat RadziPenyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang Jamaluddin Mohd Radzi akan bertanding sebagai calon Bebas untuk mempertahankan kerusi DUN itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana yakin dapat menambat hati pengundi di kawasan itu.

"Sekiranya (bertanding) antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), BN (Barisan Nasional) dan saya sebagai calon Bebas, saya yakin saya akan menang tetapi ia satu pertarungan sengit.

"Sekiranya saya guna lambang BN untuk lawan calon PKR, saya akan menang dengan majoriti lebih 5,000 dan mungkin jumlah itu adalah yang tertinggi di Perak," katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli borang pencalonan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Perak di Ipoh hari ini.

Ditanya sama ada beliau berminat untuk bertanding atas tiket BN, beliau berkata:

"Kalau kita nak bertunang pun kena ada orang masuk meminang, mana boleh kita menawarkan diri. Sekiranya ada pihak yang memberi tawaran saya akan fikirkan. Selama hari ini pun saya bekerja untuk BN dan Perak pun adalah di bawah BN, tidak mustahil saya penyokong kuat BN."

Pada pilihan raya umum ke-12, Jamaluddin yang mewakili PKR mengalahkan calon BN, M Ramasamy dengan majoriti 1,027 undi.

Pada Februari 2009, Jamaluddin bersama tiga lagi Adun pakatan pembangkang mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN, sekali gus memberi laluan kepada BN membentuk kerajaan di Perak.
-Bernama

Dilema Najib: ‘Orang tua’ enggan berundur

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari tidak ramai menteri dan wakil rakyat yang mahu mengumumkan mereka tidak bertanding dalam pilihan raya secara suka rela. Ini satu masalah kepada Umno.
Belum ada menteri yang mahu mengatakan mereka akan mengundurkan diri serta memberikan kerusi kepada muka baru. Maksudnya mahu menarik diri dari dicalonkan sekali lagi.

Datuk Seri Rais Yatim yang sudah menjadi anggota kabinet dengan lima perdana menteri nampak belum mahu mengibarkan bendera putih. Beliau seolah mahu mempertahan kerusi parlimen Jelebu.
Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Mustapa Mohamad juga boleh dianggap kuda tua kerana sudah begitu lama berada dalam kabinet. Kecuali Mustapa yang mengemudi Umno Kelantan, Nazri dan Hishammuddin telah menjadi bualan awam terhadap beberapa isu yang membabitkan kedua-dua menteri kabinet itu.

Ini tidak dikira lagi dengan ratusan ahli parlimen dan penyandang kerusi negeri di seluruh negara. Pendek kata, wakil-wakil rakyat Umno yang ada, sebahagian besarnya masuk dalam kategori veteran.

Cuba kita lihat satu persatu bermula dari Perlis hingga ke Sabah. Datuk Seri Shahidan Kassim masih menyimpan hasrat kembali menjadi menteri besar Perlis; manakala Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Azmi Khalid, dua bekas menteri pusat sepatutnya sudah meninggalkan politik. Tetapi belum ada kata putus.

Di Kedah, bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahadir Khalid dilaporkan mahu mempertahankan kerusi DUN Pedu. Apa rasionalnya beliau berbuat demikian jika prestasi BN negeri diambil kira pada 2008.

Bercita-cita besar

Pulau Pinang tidak ramai pemimpin kerana negeri itu diperintah pembangkang. Perak juga tidak ketinggalan dengan muka-muka lama yang masih bercita-cita besar untuk terus bertanding sekali lagi.

Selangor sangat diidam oleh Najib yang mana beliau sendiri menjadi pengerusi BN dan Umno di negeri tersebut. Koordinator BN negeri, Datuk Seri Mohamad Zain Mohamed yang juga ahli parlimen Sepang sepatutnya sudah tidak disenaraikan lagi.

Di Perak, Adun Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Adun Datuk Ahmad Fakeh Adam tidak perlu lagi terhegeh-hegeh melobi supaya namanya di kekalkan.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor di Putrajaya dan Datuk Zulhasnan Rafique (Setia Wangsa) antara yang perlu digugurkan di Wilayah Persekutuan.

Bagi Melaka, Datuk Abu Seman Yusof (Masjid Tanah) barangkali perlu diganti dengan tokoh muda. Negeri Sembilan juga tidak kurang dengan wakil rakyat yang sudah memasuki alam ‘menopaus’.

Di Terengganu yang menjadi persoalan ialah mengenai nasib kumpulan penyokong bekas Menteri Besar yang disingkirkan pada 2008 iaitu Datuk Seri Idris Jusoh. Teka teki berlegar adakah Idris akan bertanding atau sebaliknya, begitu juga dengan penyokong-penyokong kuatnya.

Kelantan sering menjadi rebutan antara muka lama dan baru- Perebutan itu menyebabkan Kelantan kalah kepada PAS sejak tahun 1990 lagi.

Perlukan tokoh-tokoh besar seperti Tengku Razaleigh Hamzah akan mempertahankan Gua Musang? Atau Datuk Awang Adek Husin mencuba lagi di Bachok yang beliau kalah du kali berturut-turut?

Berdiam diri?

Apakab bekas Pengerusi Umno negeri, Tan Sri Annuar Musa akan berdiam diri jika namanya tidak ada dalam senarai kali ini?

Pahang dikatakan kekal sebagai kubu kuat Umno walaupun Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob sudah terlalu lama di kerusi itu. Sebahagian yang lain juga patut mengundurkan diri.

Johor menjadi negeri tumpuan setelah beberapa tokoh besar pembangkang menyatakan hasrat akan bertanding di negeri kubu kuat Umno itu. Pun begitu, Umno turut dibebani dengan beberapa tokoh yang sudah melampau masa.

Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) malah Datuk Abdul Ghani Othman sendiri kelihatan sudah menjadi liabiliti kepada Umno. Malah jika Ghani bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah menentang supremo DAP Lim Kit Siang tidak akan mengubah tanggapan bahawa Menteri Besar Johor itu perlu diganti.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan rakannya di Sarawak Tan Sri Taib Mahmud selalu dicap sebagai perasuah dan salah guna kuasa oleh lawan, tetapi mereka lah yang menjadi benteng menahan asakan Pakatan Rakyat.

Malangnya mengekalkan mereka bakal berdepan BN akan kehilangan Sabah dan Sarawak. Rakyat akan menolak pemimpin yang terpalit dengan salah guna kuasa dan sebagainya.

Tetapi Najib dalam keadaan suka atau tidak terpaksa membuat keputusan terbaik untuk kepentingan keseluruhan. Mencatas keseluruhan politikus lama berisiko besar akan menyebabkan berlaku sabotaj.

Tetapi mengekalkannya boleh mengurangkan sokongan pengundi muda. Sedangkan pengundi muda bakal menjadi penentu kepada kemenangan umno dan Barisan Nasional.

Mengambil kira itu, Najib dalam dilema sedangkan Pakatan Rakyat semakin kuat mengasak. Apakah transformasi Najib kepada Umno akan menikam diri sendiri?

Ahli dan penyokong-penyokongnya akan menentukannya. Apa pun pisau di tangan Najib dan tidak mungkin akan menikam diri sendiri sekalipun orang bawahan akan menipunya.
FMT