Panas!! Guru penolong kanan, 49 tahun didakwa merakam video lucah bersama kekasihnya lelaki Pakistan, 27 tahun (Gambar)


Guru penolong kanan terlampau

Guru penolong kanan terlampau Lizah dan Muhamad Usman dihadapkan ke mahkamah majistret semalam.

AYER KEROH: Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.

Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.
Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014.

Gempar!! Bank Dunia lapor Malaysia jual aset negara untuk menampung keborosan dan pembaziran Najib

LAPORAN BANK DUNIA: KERAJAAN BN JUAL ASET NEGARA UNTUK CAPAI SASARAN DEFISIT
bank_duniaPentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus mengumumkan angka-angka untuk meyakinkan orang ramai dan institusi kewangan bahawa beliau serius untuk mengekang tahap keberhutangan negara. Sasaran yang diletakkan ialah untuk menurunkan defisit ke paras 4% dari jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Untuk menurunkan defisit, KEADILAN telah berkali-kali menegaskan bahawa bahawa reformasi ekonomi yang menyeluruh perlu dibuat, bermula dengan mengekang rasuah dan keborosan. Ini akan mengurangkan belanja yang ditanggung rakyat setiap tahun kerana pendapatan yang diperolehi negara adalah mencukupi.

Malah, dengan penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan, KEADILAN yakin sasaran defisit yang lebih rendah iaitu 3.5% boleh dicapai seperti yang diunjurkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat.

Keengganan Dato’ Seri Najib Tun Razak memotong perbelanjaan boros kerajaannya menyebabkan beliau mencari jalan yang menekan rakyat. Kenaikan harga barang, pengurangan subsidi, kenaikan tarif dan yang terkini kenaikan tol adalah berpunca dari kegilaan Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu mencapai sasaran defisit tetapi tidak mahu membanteras rasuah.

worldbankreportLebih memeranjatkan, Dato’ Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan mengambil jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang dari aset-aset negara semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran ekonomi beliau mencapai sasaran defisit yang beliau sendiri tetapkan.

Laporan terkini dari Bank Dunia iaitu “Malaysia Economic Monitor: December 2013” pada mukasurat 10 menyatakan seperti berikut:

“… the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs 4.5% in 2012). This target will be achieved through additional tax revenues (Figure 13). Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages…”

Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya.

Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal. Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.

Saya memandang serius perkara ini dan akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin untuk membincangkan kepincangan pentadbiran ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak yang meliputi isu-isu kenaikan harga barang mendadak dan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia.

Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi Parti KEADILAN Rakyat
Ahli Parlimen Pandan
-keadilandaily-

Menteri bengap ini yang hina wanita Malaysia, digesa minta maaf

KUALA LUMPUR, 20 DIS: Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor perlu mengambil kelas pendidikan gender, gesa Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.
zuraidah
Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar dalam satu kenyataan semalam menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa ‘hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek’.

“Mengatakan ‘jika tidak memakai alat solek harganya menurun’, Tengku Adnan telah menghina semua wanita.

“Menteri Wilayah perlu mengambil kelas pendidikan gender kerana menyamakan wanita dengan hartanah,” kata Zuraida dalam kenyataan.

Ku_NanKata Zuraida, Malaysia memerlukan menteri yang lebih berkualiti berbanding seperti Tengku Adnan.
“Kenyataan tak masuk akal ini tak seharusnya datang dari seorang pemimpin.

“Menteri mewakili negara dan pendapat seksis seperti ini hanya menunjukkan betapa mundurnya barisan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” kata Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang.

Tambah Zuraida, wanita Malaysia akan selamanya dilihat sebagai hartanah sekiranya terus menyokong sikap menteri seperti Tengku Adnan.

“Kita akan dipaksa untuk memakai alat solek untuk meningkatkan nilai kita,” kata Zuraida.
-keadilandaily-

Noraida yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra dicerai talak satu

skandal adi putra
PUTRAJAYA: Suami wanita yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra, Amiruddin Othmann, 50, mengakui sudah menceraikan isterinya secara lisan dua hari lalu, namun masih nekad meneruskan rayuan agar kes tersebut disiasat semula.

Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, 29, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor Bahru itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan mengusulkan seksyen baru bagi siasatan itu.

"Saya menceraikan isteri saya Noraidah dengan talak satu.

"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya.

Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon, Adi Putra.

Menerusi sidang media yang diadakan di perkarangan bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini, Amiruddin memberitahu, dia membuat rayuan itu kerana mahu membersihkan semula namanya.

Dakwa Amiruddin, dia tidak berpuas hati dengan dengan hasil siasatan yang telah dibuat dan keputusan itu disyaki berat sebelah.

"Saya telah mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti pertuduhan relevan dari Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan untuk membuat rayuan.

"Ada beberapa bukti yang menunjukkan kes ini perlu diteliti semula, ia semua berkaitan dengan maruah saya bagi menuntut keadilan.

"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa teraniaya dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya yang mendakwa berasa kecewa apabila kes itu diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.

Pada September lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Bagaimanapun, Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa, dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhamad Hasif Hassan menambah, "kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami."

Sementara itu, sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin berkata, dia bersama Noraida telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.

Mas kahwin di Pahang tak pernah naik sejak zaman Jepun?

KHAIRIL ABDUL RAHIM
TEMERLOH: PAS Pahang akan menghantar memorandum kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bagi mempertimbangkan kadar mahar atau mas kahwin di negeri ini supaya dinaikkan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan tersebut ditimbulkan dalam mesyuarat perhubungan semalam berikutan usul daripada PAS Kawasan Pekan.

“Kadar mas kahwin di Pahang ini terlalu murah iaitu RM22.50 dan tidak pernah naik-naik sejak zaman Jepun sedangkan jika kita lihat sepanjang tempoh itu semua barang telah naik.

“Pendirian PAS Pahang ialah kita akan angkat usul ini kepada Muip. Mas kahwin di Pahang ini terlalu rendah, banyak negeri dah naik. Cadangan dari Pekan kadar dicadangkan RM250.

“Tetapi PAS Pahang mahu Maip semak semula kadar tersebut kerana kita mahu lihat jumlah yang lebih munasabah dan adil. Harga minyak pun kerajaan semak tiga sekali tahun,” katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Tuan Ibrahim bagi pihak PAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua NGO seperti Amal, Anak Pahang di Perantauan, Briged Nisa’ dan lain-lain yang berhempas-pulas membantu mangsa banjir hingga ke hari ini.

Katanya, PAS turut berterima kasih di atas kepada para dermawan di atas sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dari dalam dan luar Pahang.

“Derma tunai ke akaun Prihatin Rakyat saja melebihi RM200,000 itu tidak termasuk yang disumbangkan terus kepada bilik operasi kawasan-kawasan yang terlibat banjir.

“Bantuan dalam bentuk barangan juga dianggarkan bernilai ratusan ribu. Dan hari ini PAS Pahang mengeluarkan peruntukan berjumlah RM90,000 bagi bantuan pelajar-pelajar sekolah terutama yang ditimpa musibah banjir luar biasa baru-baru ini,” katanya.

Panas!! Tiga menteri letak jawatan, anak mereka didakwa terlibat dengan rasuah

ANKARA: Tiga orang menteri Turki dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), memaklumkan perletakan jawatan mereka kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Keputusan ini diambil berikutan dakwaan kes rasuah yang dituduhkan kepada anak-anak mereka.

Pegawai tinggi Turki menyatakan yang meletak jawatan adalah Menteri Dalam Negeri Muammer Guler, Menteri Alam Sekitar dan Tata Ruang Erdogan Bayraktar, dan Menteri Ekonomi Zafer Caglayan. "Mereka telah menyatakan perletakan jawatan secara lisan kepada Erdogan", seperti yang dilaporkan oleh World Bulletin, Khamis (19/12).

Selasa (17/12), ketiga-tiga anak menteri itu ditangkap oleh pihak polis Turki di Istanbul atas dakwaan rasuah berkaitan sejumlah tender projek di negara tersebut. Namun, beberapa penganalisis politik Turki mendakwa, penangkapan tersebut boleh jadi berkaitan dengan perselisihan antara kerajaan Erdogan dan ulama Islam terkemuka Turki, Fethullah Gulen.

Pernah suatu ketika, konflik antara kedua-dua pihak menjadi perbincangan hangat di Turki. Erdogan saat ini tengah mempersiapkan rombakan kabinet yang bakal diumumkan pada hujung minggu. Dianggarkan, tujuh hingga 12 menteri bakal terlibat dalam rombakan tersebut.
-republika.co.id/-

sorry bro ni kat Turki bukan kat 1Malaysia

Demi Pekerjaan, Muslim di India Terpaksa Menyamar Jadi Hindu

Unjukrasa muslim India
Tunjukperasaan muslim India
REPUBLIKA.CO.ID, KOLKATA: Perlakuan diskriminasi berlatar belakang agama harus dihadapi oleh sebahagian besar warga Muslim di India. Tak sedikit daripada mereka yang mengeluh kerana kesukaran memperoleh pekerjaan di negara yang didominasi oleh penduduk beragama Hindu itu.

Warga Muslim yang mempunyai kelayakan, terpaksa berpura-pura menjadi Hindu dan merahsiakan tempat bekerjanya dari sanak keluarga. Noorjahan Khatoon (42 tahun) sebagai contoh.

Perempuan yang tinggal di kawasan setinggan pinggir Bandar Kolkata itu, saat ini bekerja sebagai juru masak di rumah mewah milik keluarga Hindu yang terletak di sebuah kawasan elite bandar tersebut.

Khatoon berkata, tidak ada satu pun ahli keluarga atau saudara-mara berdekatan yang tahu di mana ia mencari nafkah. " Anak-anak saya tidak tahu di mana saya bekerja, apalagi identiti majikan saya. Saya memang tidak memberitahu hal ini dengan siapa pun," ujar Khatoon, seperti dilapor Aljazeera, Selasa (10/12).

Setiap kali bekerja, ia sengaja memakai gelang kerang dan serbuk vermillion di sebagaian rambutnya. Ini dilakukannya untuk menjaga penampilan layaknya perempuan-perempuan Hindu tradisional di sana. "Saya yakin, jika majikan saya tahu kalau saya ini seorang Muslimah, saya akan dipecat," tuturnya.

Pengalaman tidak jauh berbeza juga dialami Ayesha Begum. Perempuan berumur 30 tahun itu juga terpaksa menyamar menjadi Hindu agar tak kehilangan pekerjaannya. Sebelum berangkat kerja, Begum selalu mengenakan kerang putih pada pergelangan tangannya dan serbuk vermillion di dahinya.

Muslimah itu perlu mengubah penampilannya sebelum meninggalkan rumah, menuju sebuah rumah sakit swasta di 50 km sebelah timur dari Kolkata setiap pagi, tempat ia bekerja sebagai pembantu.

"Semua orang di (rumah sakit) sana mengenal saya sebagai penganut Hindu. Mereka memanggil saya 'Lakshmi'. Itu adalah panggilan popular bagi perempuan Hindu, "kata Begum.

Wanita itu memberitahu, sebelum menjalani tugas yang sekarang ini, ia tidak pernah berjaya mendapatkan pekerjaan. "Saya lalu mengikuti nasihat dari beberapa rakan dan berpose layaknya perempuan Hindu. Tidak lama selepas itu, saya diterima bekerja di RS," ceritanya.

Pada sebuah kesempatan, para pegawai RS tersebut pernah meminta Begum mencarikan pembantu lebih banyak lagi dari kampung. "Apabila saya mengatakan kepada mereka ada perempuan Muslim yang sedang mencari pekerjaan, mereka mengatakan lebih baik kalau saya membawa calon yang nonMuslim," ujarnya lagi.

Salah satu penyelidik yang fokus kepada isu-isu minoriti di India, Ayesha Pervez berkata, para pencari kerja Muslim di negara itu harus menghadapi rintangan diskriminasi hampir si semua sektor .

"Seperti di Bengal Barat misalnya, yang jumlah penduduk Muslimnya mencapai 27 peratus daripada penduduk. Namun, perwakilan mereka yang bekerja di pejabat-pejabat kerajaan negeri itu hanya empat peratus," kata Pervez kepada Aljazeera.

Koperal didakwa liwat kanak-kanak perempuan

KOTA BHARU: Seorang tentera berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkhamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak jirannya berusia lima tahun di Kampung Guntong, Ketereh di sini, Oktober lalu.

Tertuduh, Che Kamal Hamdan Che Mat, 40, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Che Kamal Hamdan didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii iaitu dengan meliwat mangsa tanpa kerelaan mangsa di sebuah rumah di Kampung Guntong, Ketereh dekat sini pada pukul 1.30 petang, 14 Oktober lalu.

Anggota tentera itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
-utusan- 

EKSKLUSIF: ‘BN abai keselamatan mangsa banjir dorong saya tinggalkan Umno’

Nazli Ibrahim
SHAH ALAM: Kesengsaraan meredah banjir ketika isteri demam panas tanpa bantuan mana-mana agensi kerajaan, antara punca seorang warga emas menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dengan kudrat tahap usia 60 tahun, Rashid Daud terpaksa mengharungi banjir hampir paras pinggang sejauh 200 meter bersama isterinya, kemudian terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer.

Sekalipun mengidap penyakit gout dan darah tinggi manakala isterinya pula kebetulan demam panas, mereka tiada pilihan selain meneruskan perjalanan bagi menyelamatkan nyawa dari ancaman banjir.

Dalam hujan lebat pula, beliau yang sebelum ini menetap di Kampung Tanah Putih, Kuantan, terpaksa meminta belas pengguna jalan raya untuk menumpang ke pusat pemindahan banjir di sebuah sekolah berhampiran.

Belumpun hilang penat meredah rintangan, kesengsaraan mereka belum berakhir berikutan pusat pemindahan tidak menyediakan makanan dan keperluan asas secukupnya.

“Bila sudah sampai tempat selamat, makanan dan keperluan asas pula tak cukup, kalau tunggu terpaksalah berlapar,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Selain mereka, katanya, seorang penduduk kampung sama yang lumpuh juga tidak mendapat bantuan dari agensi kerajaan untuk berpindah ke tempat selamat.

“Nasib baik ada penduduk yang mempunyai bot membantu memindahkan pesakit ‘stroke’ itu ke tempat selamat,” katanya.

Rashid kesal kerana kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan Pahang tidak peduli akan derita penduduk hingga mendorong beliau bersama hampir 100 penduduk meninggalkan Umno.

“Keputusan ini diambil kerana kecewa dengan kerajaan BN yang tidak pedulikan keselamatan kami.

“Sedangkan kami lihat, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bukan sahaja cuba usulkan isytihar darurat di Kuantan, malah dengan sumber terhad menolong apa yang termampu,” katanya.

Beliau kecewa kerana tiada operasi menyelamat dilakukan agensi kerajaan sama ada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA), polis atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) walaupun memiliki kelengkapan mencukupi.

“Tiada satu pun bantuan menyelamat dari agensi kerajaan sedangkan mereka mempunyai bot, trak dan sebagainya yang lengkap tetapi tidak digerakkan,” katanya.

Sebelum ini, usul ‘kecemasan’ supaya Kuantan diisytihar sebagai kawasan darurat ditolak Speaker Dewan Rakyat dari BN untuk dibahas dengan alasan permohonan itu memerlukan notis dua hari.

Tanda-Tanda Ada Gangguan JIN Dalam Rumah

Tranungkite

Masakan selalu dan cepat basi (rosak). Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

Selain itu, ini juga 13 tanda-tanda lain terdapatnya gangguan jin di dalam rumah:

1.Anda selalu rasa tak tenteram bila berada dalam rumah...dan anda sendiri tak tahu apa sebabnya...

2.Bagi orang yang lemah semangat... ia merasa takut berseorangan dalam rumah... tanpa sebab yang munasabah...

3.Selalu terjadi pertengkaran... pergaduhan... atau perasaan benci membenci dalam kalangan serumah...... perkara kecil pun boleh membawa kepada pertengkaran besar... malah mungkin juga dendam kesumat...

4.Selalu ada orang sakit dalam rumah... samada orang yang sama atau berganti-ganti... samada orang tua... dewasa... atau kanak-kanak...... dan penyakitnya ada gejala yang boleh mengaitkan ia dengan gangguan jin...

5.Rumah itu cepat 'berhantu' jika ditinggalkan kosong ... iaitu mungkin ada bunyi-bunyi ganjil atau kegiatan seperti ada manusia di dalam rumah itu... malah mungkin suara memanggil orang yang lalu di depan rumah...... atau jelmaan-jelmaan jin samada secara jelas... atau bayang serta kelibat-kelibat makhluk aneh...... atau mungkin orang yang melintas akan nampak 'seseorang' yang berdiri di jendela... dan sebagainya...

6.Malah jika lebih berat... semasa didiami manusia pun... berbagai perkara ganjil berlaku... seperti suara berbisik... berbual-bual... atau berbagai bunyi asing seperti bunyi pintu terbuka... tertutup... bunyi orang melangkah dan sebagainya terutamanya diwaktu malam...

7.Ada pada bahagian tertentu dalam rumah itu di mana anda merasa panas... terhidu bau busuk atau bau aneh... merasa seram tanpa sebab... malah kadang-kadang sakit atau merasa serangan benda halus ketika anda melintas... atau berada pada tempat berkenaan...... ia sangat jelas jika dalam rumah itu ada tempat khas seperti bilik contohnya... yang menjadi tempat pemujaan jin... walau apa pun tujuannya...... atau menjadi tempat simpanan sesuatu benda sihir iaitu apa saja benda yang didampingi atau dijaga jin... contohnya tangkal... senjata lama... batu... kayu... cincin dan sebagainya...

...kadang-kadang bilik yang berkunci tiada orang... tiba-tiba kelihatan terang benderang dari luar seolah-olah lampu dipasang dan ada bunyi atau suara ganjil...

8.Ada kanak-kanak yang selalu kencing malam... walaupun berbagai ikhtiar dibuat untuk mencegah nya... suka berbuat nakal dan selalu mimpi aneh atau mengigau... dan sebagainya...

9.Anda sukar tidur diwaktu malam... rasa resah gelisah tanpa sebab... atau selalu terjaga diwaktu malam...... atau ada juga orang yang merasa ramai 'orang' dalam bilik menumpang dan menemaninya tidur...

10.Kalau orang luar yang berdamping atau didampingi jin masuk ke dalam rumah... ia mungkin merasa pening... gelisah... takut... malah ada juga yang jatuh sakit tiba-tiba...... atau pitam... atau rasa diserang sesuatu yang tidak kelihatan...

11.Isi rumah merasa sukar mengerjakan ketaatan... terutamanya mengerjakan solat...

12.Timbul berbagai masalah antara suami isteri... seperti selalu bertengkar... cemburu buta... atau yang sering terjadi... marah tak tentu pasal pada pasangan...

13.Selalu ada kelibat bayang hitam melintas pada pandangan ekor mata... atau mungkin juga jelmaan-jelmaan aneh..
sumber: facebook, http://carigold.com

Bersedialah rakyat ikat perut, selagi umno memerintah

SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Nampaknya saya dan keluarga kenalah ikat perut. Hal ini kerana harga barangan keperluan harian semakin hari semakin membimbangkan melambung naik. Bayangkan harga ikan kembung, selar dan berjenis ikan lain yang manusia boleh makan sudah naik harganya hingga mencecah RM20 sekilogram dan udang yang kecil saja saiznya dahulunya RM10 sekilogram kini sudah RM28 sekilogram.

Adakah kita akan menghadapi inflasi atau mata wang kita sudah susut nilainya ataupun keadaan terpaksa kerana fenomena di seluruh dunia menghadapi ancaman dan turut terlibat menghadapi situasi sebegini? Ataupun adakah negara kita saja berhadapan dengan masalah kerana tidak bijak menanganinya.

Apa akan jadi nilai RM100 pada tahun 2020 nanti? Adakah dengan nilai sebegitu pada masa itu hanya mampu beli sekilo udang atau sotong? Atau dengan nilai wang kertas RM100 hanya boleh bertahan makan nasi lemak di sebelah pagi dan untuk makan tengah hari sahaja tetapi untuk makan malam sudah tidak mampu lagi?

Inilah yang merisaukan kita kalau tidak berhati-hati menangani secara bijak untuk mengatasi segala masalah yang kita hadapi sekarang ini. Perlukah dalam keadaan sebegini harga tarif eletrik, harga minyak dan bahan api yang lain serta harga tol hendak kita naikkan lagi dalam keadaan tergesa-gesa dan agak serentak itu?

Diharap ia dapat ditangguhkan sehingga rakyat bersedia dan pendapatan rakyat lebih terjamin lagi. Kalau sekiranya kita mampu berikan gaji sekurang-kurangnya sekali ganda apa yang pekerja dapat dinegara ini ketika ini silakan kerana ia bolehlah dikatakan seimbang tetapi kalau sebaliknya risiko untuk ikat perut sampai terjerut itu berpotensi sangatlah.

Syiah, Mat Sabu dan kesesatan terpilih

MOHAMED HANIPA MAIDIN

MUNGKIN Haji Mohamad Sabu ialah pemimpin PAS paling kerap diuji dengan pelbagai ujian. Apa yang Umno tidak lakukan bagi mendepani Mat Sabu. Di tahan ISA dua kali Mat Sabu tetap istiqamah. Ditangkap dan ditahan dilokap terlalu banyak dan kerap.

Didakwa di mahkamah, dulu, kini dan tidak tahu sampai bila. Siapakah pemimpin PAS yang terpaksa berhadapan dengan lebih 1000 laporan polis selain Mat Sabu? Mungkin laporan sebanyak itu boleh tersenarai dalam Buku Rekod Guiness sebagai laporan yang paling banyak di Malaysia atau di Asia atau mungkin juga di dunia.

Semasa kes Almarhum Mat Indera dahulu, ada yang minta Mat Sabu ditarik kerakyatan, di buang negara, diancam dengan simbahan asid ke atas beliau dan keluarga, dicuba bakar rumahnya, diganggu ceramahnya, dipotretkan gambarnya dengan bintang tiga dan akhirnya didakwa di mahkamah.

Kita tidak pasti adakah Umno masih mempunyai senarai tuduhan baru di dalam stoknya untuk dilabelkan ke atas Mat Sabu selepas label Syiah. Tidak peritkah insan bernama Mat Sabu jika musuh di luar dan juga kawan di dalam berkongsi menuduh beliau dengan tuduhan Syiah.

Tapi itulah Mat Sabu. Dalam keadaan orang ramai beristirehat di rumah beliau berceramah di seluruh pelosok daerah dan kampung menyedarkan rakyat betapa bobroknya Umno dalam memerintah negara. Jika orang lain gembira meraikan perkahwinan anak gadis mereka, Mat Sabu pula dikepung , dipecah cermin keretanya dengan ganas, digari, ditangkap dan diaibkan saat beliau dan keluarga ingin meraikan perkahwinan anak gadisnya. Untuk Umno, adakah kamu fikir Allah melupakan segala kezaliman yang kamu lakukan ke atas Mat Sabu?

Sebagai peguam beliau, saya hanya boleh menitiskan air mata mengenang bagaimana Timbalan Presiden PAS itu terpaksa tidur di kerusi di luar mahkamah seawal pukul 8 pagi dan dikejut oleh pengawal keselamatan. Apabila ditanya mengapa tidur di situ, beliau memberitahu balik dari berceramah hampir dini hari dan kerana gusar akan lewat menghadiri perbicaraan jika balik ke rumah, maka beliau terus ke mahkamah.

Saya tidak lupa seorang hakim bukan Islam memberitahu saya betapa hormatnya dia kepada Mat Sabu kerana meskipun sibuk, beliau masih menghormati mahkamah dengan selalu hadir ke mahkamah mengikut masa yang ditetapkan.

Pemimpin Umno tersilap besar jika merasakan Mat Sabu akan lemah dengan serangan yang bertubi-tubi dan tidak pernah berhenti. Jika Umno berfikir begitu, jelas Umno belum kenal siapa Mat Sabu. Mat Sabu adalah insan yang makin dituduh makin dirempuh Umno. Makin diancam makin geram beliau kepada Umno. Makin ditangkap makin cekap dia menyerang Umno. Makin didakwa , makin berstamina beliau untuk terus melawan kezaliman Umno.

Bagi saya tuduhan Zahid Hamidi bahawa Mat Sabu sebagai pemimpin Syiah dan dikatakan Syiah adalah sesat dan mengancam keselamatan negara adalah tuduhan yang paling memualkan saya. Mana tidak mualnya apabila pemimpin Umno bercakap tentang isu sesat. Isu sesat ada kaitan dengan agama dan sejak bila Umno benar benar serius dengan agama? Apabila Zahid bercakap tentang kesesatan Syiah saya terpaksa menutup mulut agar tidak termuntah.

Sejak bila pula pemimpin Umno seperti Zahid seorang yang arif tentang mazhab? Sejak bila pula Umno tiba tiba berminat bercerita tentang akidah ahli sunnah wal jamaah? Kenapakah apabila pemimpin Umno bercakap menghina hukum dan syariat Islam tidak pula kita dengar Zahid Hamidi bercakap tentang perlunya kita menjaga akidah ahli sunnah wal jamaah? Apabila ada pemimpin Umno menghina janggut Nabi tidak pula timbul isu akidah ahli sunnah wal jamaah? Adakah kini wujud kesesatan terpilih selepas pendakwaan terpilih?

Apabila Zahid Hamidi berucap di Melaka dan meminta polis tembak sahaja para penjenayah tanpa perlu mereka dibicara dan diberi hak membela diri, maka kita ingin tahu adakah ini proses keadilan yang dianjurkan oleh penganut Islam yang bermazhab ahli sunnah wal jamaah?

Apabila wang negara dibazirkan dengan rasuah, pembaziran, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa adakah akidah ahli sunnah wal jamaah tidak ada masalah kepada hal tersebut?

PENDIRIAN UMNO TENTANG SYIAH

Semasa di Parlimen saya pernah menyuarakan kepada Menteri Luar apakah sebenarnya pendirian Umno tentang Syiah? Jika semua firqah dalam Syiah adalah sesat mengapakah Kerajaan Malaysia melalui Tun Abdullah Badawi, Dato Seri Shahidan Kasim dan Khairy Jamaluddin menandatangani Amman Message yang berpusat di Jordan yang mengiktiraf mazhab Syiah Jaafariyyah dan Zaidiyyah di samping mazhab Ibadhi dan sunni sebagai mazhab yang diiktiraf sah oleh Islam? Malangnya Menteri tidak dapat menjawab soalan saya sehingga kini.

Untuk makluman Amman Message yang mengiktiraf mazhab Jaafari dan Zaidiyyah sebagai sah di dalam Islam bukan sahaja ditandatangani oleh Malaysia malahan banyak negara Islam lain termasuk ulama besar dari pelbagai mazhab seperti Syaikh Abdullah Al Bayyah, ulama tersohor dari Mauritania.

Jika Umno benar-benar yakin semua firqah dalam Syiah adalah sesat maka paling kurang tunjukkan satu sikap yang konsisten . Janganlah terus menerus menjadi bahan ketawa di dalam dan di luar negara. Tidak malukah kamu , jika di luar negara pemimpin kamu sendiri mengakui mazhab Syiah tiba tiba di dalam negara kamu mengambil pendirian berbeza?

Jika Umno yakin semua firqah dalam mazhab Syiah adalah sesat dan Mat Sabu dikira Syiah kerana memuji pemimpin besar Iran iaitu Ayatullah Khomeini, maka kita minta Zahid Hamidi tolong jelaskan isu berikut.

Mengapakah Malaysia tidak melarang mana mana qari Iran menyertai majlis tilawah Al Quran yang dianjurkan negara ini setiap tahun? Jika Iran adalah negara Syiah dan jika qari Iran adalah bermazhab Syiah dan Syiah pula dikira sesat dan mengancam Negara, mengapakah qari yang dikira sesat itu dibenarkan membaca al Quran di Malaysia dan dibenarkan pula menjadi johan oleh para juri?

Adakah masuk akal qari yang bermazhab sesat dibenarkan membaca Al Quran? Tidakkah ini satu penghinaan kepada Al Quran apabila qari yang dikatakan sesat dinobatkan sebagai pembaca Al Quran yang terbaik di dalam majlis tilawah? Bukankah membenarkan qari yang dikira sesat datang ke negara kita akan meletakkan negara kita kepada ancaman kesesatan?

Baru saya faham, kenapa minyak naik, gula naik- Ust Abdullah Husin

YB Ustaz Abdullah Husin
Baru saya faham, kenapa minyak naik, gula naik, GST diperkenalkan, cukai harta naik, tarif elektrik naik, tambang bas sekolah mungkin naik & berbagai kenaikkan lagi adalah kerana :

Tahukah anda, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan DINAIKKAN daripada RM500 kepada RM650

Tahukah anda, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan DINAIKKAN daripada RM250 kepada RM300

Tahukah anda, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450

He..he..he..

Merdeka Centre: Populariti Najib merudum teruk

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) jatuh paling rendah sejak memegang jawatan itu apabila ratingnya jatuh daripada 62% Ogos lalu ke 52% pada bulan Disember ini, lapor kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre.

Menurut Merdeka Centre, kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.

Menurut Malaysian Insider, kajian Merdeka Center juga menunjukkan isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan sehingga 67% daripada responden yang ditanya.

Kajian itu mendapati, 57% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia tidak faham bahagaimana GST berperanan dan memberikan kesan kepada mereka.

Sejumlah 54% daripada mereka juga tidak percaya kepada kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan berkenaaan keadaan ekonomi negara.

Jumlah yang melahirkan rasa gembira dengan kerajaan juga jatuh merudum kepada 38% berbanding 50% Ogos 2013 lalu, yang menunjukkan kejatuhan kepada sikap positif di kalangan semua peringkat di negara ini.

Merdeka Centre juga mendedahkan data yang tidak pernah didedahkan dalam kajian pendapat selama ini iaitu untuk bukan Jun 2013 dan Ogos 2013.

Kajian terkini ini dibuat serentak dengan Perhimpunan Agung Umno ke atas 1,005 orang pengundi berdaftar iaitu 60% di kalangan Melayu, 31% Cina dan 9% India yang dibuat melalui perbualan menerusi telefon.

Mereka dipilih secara rawak yang mewakili masyarakat Malaysia yang berbeza bangsa dan jantina.

Kajian bulan Jun 2013 mengandungi 1006 orag responden manakala 1008 orang responden untuk kajian Ogos 2013

Tan Sri Muhamad Taib dilantik Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan & Hubungan Media PAS Pusat

TAN Sri Muhammad Muhd. Taib, bekas Menteri Besar Selangor mengumumkan penyertaannya kepada PAS dan memohon menjadi ahli PAS sekali gus dibuat selepas penamaan calon PRU 13 22 April 2013.

Beliau banyak membantu PAS memang banyak kerusi Selangor. Atas dasar tidak mengejar kedudukan dan bersahaja beliau sangat baik bersama lajnah penerangan.

RAHMAT UNTUK SEMUA
[Terkini : 17 Disember 2013 ]

Kabinet PAS 2013 / 2015
Terkini : 17 Disember 2013

Presiden : Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Setiausaha Politik Presiden : Samsuri Mokhtar
Setiausaha Sulit Presiden : Zaihan

Pusat Penyelidikan PAS Pusat :
CEO : Dr Dzulkifli Ahmad
COO : Dr Zuhdi Marzuki

Timb Presiden : Mohamad bin Sabu

Naib Presiden 1 : Hj. Salahudin bin Ayub
Naib Presiden 2 : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Naib presiden 3 : Yb. Dato' Husam bin Musa

Setiausaha Agung : Dato' Mustafa bin Ali
Penolong Setiausaha 1 : Yb Dato' Takiyudin Hassan
Penolong Setiausaha 2 : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha 3 : Dr. Raja Iskandar Raja Yaacob

Bendahari : Asmuni Awi

Penerangan : Yb. Dato' Mahfuz bin Omar

Pengarah Jabatan Pilihanraya : Yb. Dr Hatta bin Ramli

1- Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan :
Pengerusi : Yb. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan Pengerusi 1 : Yb. Ustaz Idris Ahmad
Timbalan Pengerusi 2 : Dato' Abu Bakar Chik

2- Pengarah Jabatan Tarbiyah : Yb. Ustaz Idris Ahmad

3- Lajnah Dakwah :
Pengerusi : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Pengerusi 1 : Yb. Ustaz Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 2 : Ustazah Nuridah binti Salleh

4- Lajnah Penerangan dan Hubungan Media
Pengerusi : Yb. Dato' Mahfuz bin Umar
Timbalan Pengerusi : Tan Sri Muhamad Taib

5- Lajnah Pengembangan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan.
Pengerusi : Yb. Dato' Husam bin Musa

6- Lajnah Pendidikan. Pengerusi : Dato' Abu Bakar Chik
Timbalan Pengerusi 1 : Yb. Dato' Mohd Amar Abdullah
Timbalan Pengerusi 2 : Dato' Dr. Mahfuz Mohamad

7- Lajnah Hubungan Antarabangsa.
Pengerusi : Yb. Syed Azman Timbalan
Timbalan Pengerusi 1 : Yb. Dato' Kamarudin Jaafar
Timbalan Pengerusi 2 : Ustaz Nik Zawawi Salleh

8- Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi : Yb. Dr. Mariah Mahmud
Timbalan Pengerusi 1 : Dr. Riduan Mohd Nor

9- Lajnah Undang - undang dan Hak Asasi Manusia.
Pengerusi : Yb. Hanipa Maidin
Timbalan Pengerusi 1 : Abang Ahmad Kardee

10- Lajnah Teknologi Maklumat dan Kominikasi.
Pengerusi : Yb. Datuk Seri Nizar Jamaludin
Timbalan Pengerusi 1 : Ustaz Ghani Shamsudin

11- Pengarah Jabatan IT Pusat : Suhaimi Embong

12- Lajnah Perpaduan Nasional
Pengerusi : Yb. Dato' Dr Mujahid Yusuf
Timbalan Pengerusi 1 : Yb. Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Aziz

13- Lajnah Kebudayaan dan Keseniaan.
Pengerusi : Dr Muhaimin Sulam

14- Lajnah Hal Ehwal Parlimen.
Pengerusi : Yb. Dato' Mahfuz Omar
Timbalan Pengerusi 1 : Yb. Khalid Abdul Samad

15- Lajnah Pekerja dan Pengguna
Pengerusi : Hj Anuar Tahir

16- Lajnah Asas Tani
Pengerusi : Yb. Dato' Ir Amirudin Hamzah

17- Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal.
Pengerusi : Mazlan Aliman
Timbalan Pengerusi 1 : Mohamad Hussain

18- Lajnah Alam Sekitar
Pengerusi : Hj Zulkifli Mohamad Omar

19. Center For Emergency Management and Disaster
Pengerusi : Tuan Hj Salahudin Ayub
Timbalan Pengerusi 1 : Hj Husin Ismail
Timbalan Pengerusi 2 : Hj Mohd Ariffin

20- Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO
Pengerusi : Tuan Hj Mohamad Sabu

21- Lembaga Pemerkasaan Parti
Pengerusi : Tuan Haji Salahudin Ayub

22- Lembaga Pembinaan Kompleks PAS
Pengerusi : Yb. Dato' Paduka Husam Musa

23- Lembaga Pengarah Harakah
Pengerusi : Dato' Mustafa Ali
Pengarah Urusan : Dr. Rosli Yaakob

24- Lembaga Penasihat DHPP
Pengerusi : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Pengerusi : Yb. Dato' Dr Mujahid Yusuf
_______________________________________

Pesuruhjaya Negeri :
Kelantan : Dato' Ahmad bin Yaacub
Terengganu : Satiful Bahri Mohd
Pahang : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor : Yb. Aminul Huda
Melaka : Adli Zahari
Negeri 9 : Taufiq Ghani
Selangor : Yb. Ir. Iskandar Abd Samad
Perak : Hj Razman Zakaria
Kedah : Yb. Dato' Mahfuz Omar
Penang : Mohamad Sabu
Perlis : Yb Md Shukri
Wilayah : Hj Mohd Nor
Sabah : Amirudin
Sarawak : Hj Adam

AJK baru [ Lantikan ] : Dato Mohd Amar Abdullah, Dato ' Abu Bakar Chik, Anuar Tahir, Mohamad Husin, Abang Ahmad Kardee, Zulkifli Omar

Ini dia jawapan Gred A dari Mat Sabu

http://http://bloglist-malaysia.blogspot.com/
SINAR HARIAN: Ramai yang meletakkan persepsi apabila Tuan memilih mengagumi pemimpin yang berfahaman Syiah itu, bahawa Tuan juga sealiran dengan mereka. Adakah tuan rasa tercalar dengan dakwaan itu?

MAT SABU: Saya tidak kisah orang mahu burukkan nama saya. Tetapi hari ini apabila saya berdepan orang ramai, saya tidak nampak semakin buruk sebaliknya semakin ‘harum’.

Jika dahulu hanya segelintir sahaja yang datang bersalam dengan saya, tetapi hari ini ramai datang bersalam tidak kira Melayu, Cina, India, orang tua, muda budak kecil juga datang kepada saya. Saya berharap perjuangan untuk membawa Islam untuk semua yang cuba dibawakan akan berjaya. Sejauh mana berjaya atau tidak, saya cuba.

SINAR HARIAN: Boleh disimpulkan, bahawa mengagumi seseorang itu tidak semestinya terikut aliran yang dibawa pemimpin berkenaan, boleh tuan sahkan yang tuan berpegang teguh dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah?

MAT SABU: Ya, ya... ya saya Ahlul Sunnah.

SINAR HARIAN: Bagaimana ahli keluarga berhadapan dengan kontroversi ini termasuk yang terbaru, isu Syiah?

MAT SABU: Apabila timbul isu Syiah, media elektronik hentam saya di dalam berita mereka. Pada malam kejadian (7 Disember lalu) saya hubungi isteri saya kira-kira jam 11 malam. Dia sudah tidur.

Maknanya isteri saya tidak ambil kisah pun dan menganggap cerita yang berlaku pada suaminya sebagai siaran ulangan dan tidak susah hati dengan kontroversi itu.
http://bloglist-malaysia.blogspot.com/
Saksikan video temubual di atas

Zahid, Rosmah, pakej Islami

Ahmad Lutfi Othman
ARAHAN Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi secara terbuka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom agar mengambil tindakan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ekoran isu Syiah semasa perhimpunan agung parti itu hujung minggu lalu menarik perhatian ramai.

Hairan juga Zahid secara menjolok mata bertindak lebih superior kepada rakan kabinetnya, dalam perhimpunan parti pula, suatu amalan yang bercanggah dengan kelaziman urus tadbir. Memang sejak lama, pemimpin Umno tidak pernah membedakan antara kepentingan parti dengan kerajaan.
Apa nak dihairankan ... Dalam PAU juga, perwakilan dan pemimpin Umno dengan jelas membayangkan untuk membolot khazanah kekayaan negara di kala kita bakal berdepan situasi tidak menentu ekonomi.

Apabila kontrak kerajaan dan posisi strategik, termasuk dalam GLC, diserahkan tanpa merit kepada kroni Umno-BN, seperti dipersetujui perwakilan, maka keadaan tidak menentu itu akan semakin cepat membarah dan rakyat yang dijerut kenaikan kos sara hidup lebih tercekik lagi.

Sementara saya menganggap Zahid cuba berlagak samseng dan menonjolkan diri sebagai hero di gelanggang sendiri, kolumnis terkemuka A Kadir Jasin lebih terkesan dengan ucapan penggulungan Najib Razak yang begitu menyanjungi isterinya, Rosmah Mansor.

Dikhabarkan, berita tentang Zahid, Rosmah, pakej Islami tulisan Kadir yang disiarkan laman Astro Awani terpaksa ditarik balik atas arahan pegawai Jabatan Perdana Menteri.

Pelik memikirkan mengapa Najib perlu respons sebegitu rupa terhadap rungutan mengenai karenah isterinya, yang bunyinya juga tidak disenangi Dr Mahathir Mohamad. Jika Abdullah Ahmad Badawi dikritik kerana menyerahkan kuasa kepada menantunya, Najib pula kerap tunduk dengan kemahuan dan selera Rosmah.

Sungguh malang nasib negara tercinta ini!

Dalam masa sama, seorang lagi menteri Ahmad Shabery Cheek, yang juga Ahli Parlimen Kemaman, daerah yang teruk dilanda banjir, akhirnya mengaku kemudahan kepada mangsa, seperti tilam, beg tidur dan khemah perlu diteliti semula bagi memastikan keselesaan.

Jika negara bukan Islam seperti Jepun cukup mementingkan privacy mangsa bencana, apa kah kita sanggup melihat mereka tidur bergelimpangan di lokasi terbuka? Sewajarnya kita yang dipandu hukum perlu lebih prihatin bukan saja dengan privacy tetapi juga soal kehormatan diri dan penjagaan aurat.

Ya, pengurusan bencana di negara ini, termasuk banjir, perlu lebih manusiawi dan Islami.