Jawapan untuk persoalan Prof Agus

Timmy Say
PROF memulakan tulisan dengan berkata bahawa seorang rakannya bertanya apakah Pas masih perlu memberikan ruang kepada PKR untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tewas di PRK Kajang.

Prof, sebenarnya soalan ini tidak berbangkit. Pas ingin mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor meskipun apa jua keputusan yang dicatatkan PKR di PKR Dun Kajang.

PRK Kajang telahpun menyebabkan PR berdefisit lagi daripada sudut persepsi rakyat terhadap kemampuan tiga parti untuk bekerjasama.

Niat baik Pas supaya jawatan menteri besar dikekalkan di tangan Abdul Khalid meskipun apa jua keputusan PRK Kajang adalah untuk mengelakkan defisit keyakinan awam terhadap kebolehan kerjasama antara Pas-DAP-PKR semakin mendalam.

Jika Anwar tewas di Kajang, Selangor tidak akan menjadi Dun tergantung walau macammanapun. Ini kerana Abdul Khalid akan meneruskan kerjanya sebagai menteri besar sebagaimana yang diharapkan Pas dan juga DAP, kerana Anwar sudah tewas.

Prof, sebenarnya tidak pernah timbul persoalan Pas tidak mahu PKR menjadi Menteri Besar Selangor.

Pas mahukan Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar untuk mengelakkan polemik Selangor berterusan yang akhirnya menguntungkan Umno. Abdul Khalid adalah orang PKR.

Itu sahaja pendirian Pas.

Namun Prof, apa pula yang bakal berlaku sekiranya Anwar memenangi PRK Kajang?

Jika benar telahan Prof bahawa DAP dan PKR akan menggunakan undi majoriti di Dun untuk menukar Menteri Besar Selangor tanpa persetujuan Pas, maka ini telah melanggar prinsip konsensus yang dipersetujui antara tiga parti, di mana apa-apa jua keputusan politik mesti mendapat persetujuan ketiga-tiga parti.

Sekiranya perkara yang menyedihkan ini berlaku, bukan Pas yang membelakangkan perjanjian, tapi DAP dan PKR. Dan langkah ini mempunyai potensi besar untuk membawa kehancuran kepada PR.

Dun tergantung tidak akan terjadi dalam episod ini.

Selangor masih akan mendapat menteri besar yang baru jika ini berlaku. PKR dan DAP masih boleh memerintah dengan lebihan dua kerusi.

Prof bertanya apakah Pas akan kekal kuat tanpa PR. Persoalan yang sama juga boleh ditanya ialah apakah kerajaan yang dibentuk hanya dengan gabungan PKR dan DAP ini cukup kuat tanpa Pas?

Lihatlah komposisi kaum yang membentuk kerajaan Selangor dengan hanya gabungan PKR dan DAP. Ia akan mirip kerajaan PR Perak yang tumbang lima tahun lalu. Apakah kerajaan ini akan stabil dan diterima orang Melayu, yang menjadi majoriti di negara ini?

Itulah bahayanya langkah menukar Menteri Besar Selangor ini. Ada yang berkata, ini mudah, kalau Pas bersetuju untuk menukar Menteri Besar Selangor. Sebenarnya ia lagi mudah sekiranya PKR menyelesaikan masalah dalaman secara dalaman tanpa mengubah kedudukan Menteri Besar Selangor. Semua parti tidak perlu berkempen, dan berdepan dengan masalah defisit keyakinan rakyat akibat kemelut ini.

Pas cuma tidak mahu PR diheret bertembung dengan istana hanya kerana hasrat satu parti untuk menukar seorang Menteri Besar Selangor, yang sehingga kini tidak dapat dinyatakan apa kelemahannya. Bertembung dengan istana, pada Pas, akan merugikan PR secara keseluruhannya dari sudut persepsi orang Melayu pedalaman.

Kalau Umno akur dengan pilihan Sultan Terengganu untuk memilih Datuk Seri Ahmad Said dan tidak Datuk Seri Idris Jusoh, terpaksa menerima pilihan Sultan Perlis untuk menolak orang besar Umno Tan Sri Shahidan Kassim, apakah alasan PR untuk tidak menghormati istana untuk mengekalkan Abdul Khalid dan bertegas inginkan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor?

Susah sangat nak dihujahkan.

Sekiranya pertukaran Menteri Besar Selangor masih berlaku tanpa persetujuan Pas dan pengkhianatan kepada janji perlunya konsensus ketiga-tiga parti, ia adalah amat malang. Jika betul ia berlaku, susah dijangka apa yang akan berlaku selepas itu. Apakah itu akan membawa titik nokhtah kepada setiakawan di dalam PR?

Namun, semua ini dapat dielakkan dengan mengekalkan kerusi MB di tangan PKR tanpa sebarang perubahan meskipun PKR tewas di Dun Kajang. Iaitu Abdul Khalid Ibrahim terus menerajui Selangor.

Pas mudah menjadi punching bag apabila mereka tidak bersetuju dalam sesuatu perkara yang melibatkan PR, meskipun bukan mereka yang membuat silap.

Tapi jangan pandang rendah dengan Pas hanya kerana Pas kurang bersuara.

Ketika pemimpinnya bersuara sumbang dan merugikan Pakatan Rakyat, Pas berani membuang Hasan Ali dan perwakilan PAS berani menukar Ustaz Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden. PAS yang selalu dituduh konservatif mengekalkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden untuk dua penggal berturut-turut.

Ini semua menandakan Pas sudah matang dan lebih arif berpolitik.

Pas juga pentingkan setiakawan. Pas juga tahu pentingnya Pakatan Rakyat. Pas harapkan rakan-rakannya saling mempercayai, boleh dipercayai dan melengkapkan.

Tapi ini tidak bermakna, setiap kali, Pas terpaksa akur dengan perkara yang silap kononnya demi ‘kepentingan’ PR walhal ia adalah alasan untuk menutup bau bangkai rakannya.

PRK Kajang telahpun terjadi. Dan Pas telah berjanji akan membantu PKR sepenuh hati atas semangat PR. Cuma isu jawatan Menteri Besar Selangor, Pas meminta jangan dijadikan polemik selepas ini meskipun apa yang terjadi di Kajang. Biarlah ia kekal di tangan PKR, di tangan Abdul Khalid. Status quo, jangan buat polemik baru. Cukuplah polemik Kajang.

Jadi Prof, siapa yang tidak konsisten dalam kemelut ini?

Persoalan yang lebih besar untuk disemak Prof ialah siapa yang ingin menukar Khalid? DAP? Pas? Atau PKR sahaja? Atau segelintir pemimpin di dalam PKR sahaja?

Mengapa?

Maaf sekiranya ada salah silap menulis dalam tulisan ini.
-sinarharian-

2 ulasan:

  1. Tan Sri Khalid belum letak jawatan macam mana ia akan menimbulkan masaalah jika DSAI kalah.

    Adakah ini monourve pil kuda dan pertindihan calun.

    Lebih baik PAS fikir masaalah PAS Kelantan yg akan jadi PAS Perak dan Tganu.

    Sebagaimana bukan ahli parti mana2 dan mengharap PEMBANGKANG menang saya amat meluat dgn ulama2 muda PAS yg buta dan bodoh politik.

    Mereka selurus politik Saidina Ali dan jd makanan Khawarij dan mereka wajib menjiwai Perjanjian Hubaidiyah.

    Terus terang saya amat meluat dgn Si Ulama gemok dan ulama Si Kering.

    Si Gemok saya perhatikan taksub Hadi dan Si Kering cuba mahu keluar dari bayangan ayah nya

    BalasPadam
  2. Agaknya PAS mengidam na letak Hasang Ali, tapi kecewa kerana Hasang dah keluar PAS kerana kempunan jadi Menteri Besar.Sepatutnya Hadi tanding di Kajang biar Selangor tonggang langgang macam Trganu

    BalasPadam