Norman tanya, Abby balas 'Ok! Saya ada Allah...

HARAKAHDAILY 
KUALA LUMPUR: "Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubunginya dan bertanya 'awak ok?'
"Dan Abby pula balas; 'Ok! Saya ada Allah...' Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya," kata pelakon Norman Hakim dipetik mStar Online.

Norman berkata, beliau terkejut apabila mengetahui mengenai situasi bekas isterinya, Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

Katanya, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar selain mendoakan agar menemui jalan penyelesaian.

"Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya," ujarnya.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pada 9 Julai 2013, sehari menjelangnya Ramadan.

Beliau pernah berkahwin dengan Norman yang dikurniakan tiga orang anak.

Norman kini suami kepada pelakon Memey Suhaiza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan