Pro Canselor UiTM Perlu Disekolahkan Semula


Pro Canselor UiTM ni tak tengok ke laman kemasukan pelajar UiTM yang mengatakan peribumi Sabah dan Sarawak boleh masuk UiTM. UiTM dan Umno bukan milik Melayu semata-mata, UiTM dan Umno juga adalah milik orang Kadazan, Suluk, Melanau, Iban, Orang Asli dan banyak lagi kaum dan agama lain yang bernaung bawah Orang Asli atau Peribumi.

UiTM hak Melayu
22 Mei 2014

Melaka: Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak boleh dibuka kepada kaum lain kerana ia adalah antara keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Pro Canselornya Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata, setiap keistimewaan Melayu tidak boleh ‘diusik’ atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana mereka yang melakukannya bererti melanggar perlembagaan negara.

“UiTM adalah keistimewaan yang paling utama bagi orang Melayu, namun kita perlu akui orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan berbanding kaum lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan