Al-Qaradhawi peringat negara Arab tipu helah Yahudi

TUNIS: Pendakwah terkemuka, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan negara-negara Arab agar sedar dan serik dengan tipu helah Yahudi terutama terhadap isu Palestin yang sudah memakan masa tempoh yang berpanjangan, begitu juga apa yang berlaku di Syria yang merupakan penjajahan Israel nombor dua.
Golongan Yahudi ini katanya, sudah menipu umat Islam khususnya rakyat Palestin kerana masih tidak mahu berganjak dari bumi Palestin sampai ke hari ini, malah menyusahkan rakyat negara itu dengan membina tembok pemisah yang disifatkan tidak sah oleh PBB dan masyarakat antarabangsa dan inilah juga tindakan yang dilakukan oleh rejim Basyar al-Assad.

Beliau bercakap dalam satu persidangan anjuran Yayasan al-Quds di Tunisia dan beliau juga merupakan pengerusinya sambil memberi teguran agar persidangan kemuncak Arab yang berlangsung di Arab Saudi barubaru ini lebih waspada agar tidak memberi kelonggaran dan bersekongkol dengan Israel dalam apa jua hubungan yang menguntungkan negara Zionis itu.

Secara tegas beliau menyebut, pihaknya tidak dapat menerima apa jua alasan terdapat negara Arab yang masih mahu berbaik-baik dengan Israel.

“Ini kerana kita tidak mahu masuk lubang biawak dua kali seperti mana yang pernah diingatkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadisnya,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Ulama Islam Antarabangsa yang beribu pejabat di London, selanjutnya menegaskan bahawa beliau rasa kecewa yang amat sangat kerana Jordan mengadakan rundingan damai dengan Israel sementara itu terdapat pula negara-negara Arab yang masih meneruskan hubungan diplomatik dengan Israel, sedangkan pada masa yang sama, Israel mencabuli hak rakyat Palestin dengan pelbagai bentuk perlakuan yang boleh disifatkan sebagai biadap.

Beliau berterima kasih kepada pihak berkuasa Tunisia pimpinan Dr Rasyed Ganushi kerana sudi menjadi tuan rumah persidangan penting itu bagi mengingatkan negara-negara Arab agar meletakkan Islam lebih penting daripada habuan dunia yang melalaikan. – islamonline.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan